Monday, June 27, 2016

UBER BUKAN MUSUH PEMANDU TEKSI



Pemandu teksi jangan meletakkan undang-undang ditangan sendiri. Negara ini ada undang-undang, apa pun masalah ikut saluran yang betul.Jika betul pun tidak puashati dengan UBER janganlah bertindak mengikut perasaan. 

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar menasihatkan pemandu-pemandu teksi agar mencari jalan perdamaian, jalan perbincangan dalam keadah menyelesaikan kemelut persengketaan antara pemandu teksi dan Grab/ Uber.


Dalam satu insiden sekumpulan 50 lelaki yang dipercayai pemandu teksi bertindak keterlaluan menyerang beberapa orang pengguna perkhidmatan Grab/Uber termasuk pelancong di KL Sentral.  Perbuatan ini langsung tidak akan membantu golongan pemandu teksi menambah pendapatan mereka, bahkan orang ramai akan bertambah takut dan tidak suka dengan pemandu teksi.

sudah tentulah motif serangan ini kerana pemandu teksi merasakan pemandu Grab/Uber ini telah menjejaskan pendapatan mereka. Namun adakah dengan bertindak ganas dan penuh provokasi ini akan meningkatkan pendapatan mereka? Pemandu teksi kena berfikir lebih jauh. 

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian tidak akan suka dengan cara ini. Pemandu teksi patut meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka. Bukan dengan meyerang pengguna dan pemandu uber sehingga mengalami kecederaan. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemandu teksi itu sendiri.

Kerajaaan kena mencari penyelesaian yang adil untuk semua. Perkhidmatan Grab/ Uber jika tidak dikawal dan diselia pemantauan oleh kerajaan akan menimbulkan masalah lain. Pengguna tetap akan mencari perkhidmatan yang memudahkan kerja mereka. 

Akhirnya pengguna juga akan membuat keputusan, walaupun macam-macam akta dilaksanakan. 

No comments:

Post a Comment