Admin yang naik motor ni pun kadang-kandang terpaksa beri laluan kepada mereka. Sudah la bawa macam kurang ajar, biadap dan belagak. Kes yang belaku ahad lepas di Melaka memang tidak boleh dimaafkan lagi.
Ini sudah melibatkan nyawa, sampai meninggal kerana ambulans terhalang dengan karenah penyangak-penyangak jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Tidak reti menghormati pengguna jalan yang lain.
Depan mata admin beberapa kali kenderaan motor terpaksa mengelak kerana kereta tiba-tiba masuk lorong kecemasan secara mengejut. Panas memang panas, tapi apakan daya kenderaan mereka lebih besar, salah ke atau betul ke mereka penunggang motor tetap juga menjadi mangsa.
Sudah sampai masanya kerajaan melalui JPJ dan PDRM bertindak tegas kepada golongan seperti ini. Sudah melampau sangat. Admin pun pernah bawa keretalah. Iikut lah undang-undang dan jangan menyusahkan orang.
JOHOR BHARU 26 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengheret pemandu kenderaan yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya Utara-Selatan, di Melaka, Ahad lepas, ke mahkamah kerana menghalang laluan ambulans.
Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk V.Valluvan berkata, pihaknya memandang serius perbuatan menggunakan lorong kecemasan sehingga menjadi punca ambulans itu lewat tiba di lokasi kemalangan berhampiran susur keluar Simpang Ampat.
"JPJ Melaka sudah diarahkan menyiasat rakaman video kejadian yang diperoleh daripada orang awam bagi mengenal pasti kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan itu dan daripada penelitian, kita dapati sebanyak 91 kenderaan menggunakan lorong berkenaan.
"Daripada 91 kenderaan itu, tujuh daripadanya termasuk tiga kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sudah dikenal pasti menghalang laluan ambulans dan akan dihadapkan ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pegawai dan anggota penguatkuasa JPJ Johor, di sini hari ini.
Valluvan berkata siasatan seterusnya akan digiatkan bagi mengesan pesalah laku selebihnya supaya mereka turut dibawa ke muka pengadilan, sekali gus menunjukkan JPJ bertindak tegas berhubung kejadian terbabit.
No comments:
Post a Comment