Belum ada keputusan ! Belum ada kata putus berkenaan pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 2 tahun yang lalu. Walaupun misi melengkapkan sasaran pencarian 120,000 kilometer persegi dari Lautan Hindi telah selesai. Misteri kehilangan pesawat boeing 777masih belum terungkai sehingga menimbulkan pelbagai versi cerita dan spekulasi yang kadangkalanya memang tidak masuk akal langsung.
Kerajaan pula telah membelanjakan lebih RM280 juta untuk operasi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014. Sehingga kini tiada jawapan kepada persoalan berhubung punca insiden tragedi tersebut , ia hanya boleh diketahui jika pesawat itu ditemukan.
Sebelum ini, ketiga-tiga negara Malaysia, China dan Australia bersetuju untuk menghentikan operasi pencarian sekiranya seluruh kawasan pencarian telah diteroka, melainkan jika ada bukti dan petunjuk baru ditemui.
Namun ada satu pertubuhan Voice 370 yang mewakili ahli keluarga dan waris mangsa tragedi MH370 merayu agar misi pencarian pesawat ini diteruskan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan, mensyuarat yang membabitkan Malaysia, China dan Australia akan diadakan Jun atau Julai ini bagi membincangkan tindakan seterusnya dalam mesyuarat tiga pihak.
Kita perlu menunggu keputusan dari laporan pakar dan meneliti pandangan dan candangan daripada mereka. Dari laporan tersebut ianya akan dibawa kedalam mesyuarat tiga pihak. Oleh itu sehingga kini tiada lagi apa-apa keputusan dibuat.
Justeru itu rakyat tidak perlu melayan jika ada desas desus yang menyatakan kononnya siasat telah dihentikan kerana sememangnya belum ada apa-apa ketetapan dibuat.
Sebelum ini, lima serpihan pesawat telah ditemui dan dikenal pasti ada kemungkinan besar ianya milik pesawat MH370, namun itu semua belum cukup untuk memberi petunjuk dimana MH370 bersemadi.
Rakyat Malaysia tidak pernah berputus asa menunggu episodnya yang terakhir.
No comments:
Post a Comment