Bagaimana sukar sekalipun, penjenayah yang menembak jatuh pesawat MH17 tetap akan kita perjuangkan sehingga mereka yang bertangungjawab dihadapkan kemuka pengadilan.
Walaupun Russia mengunakan kuasa vetonya menolak resolusi yang dibentangkan oleh Malaysia kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan tribunal antarabangsa, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang dianggotai oleh Malaysia, Belanda., Australia, Belgium dan Ukraine akan tetap menfailkan pertuduhan sebaik sahaja siasatan jenayah perbuatan menembak jatuh pesawat MH17 selesai.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pasukan JIT telah tiba dinegara bagi mebincangkan prosuder tindakan undang-undang seterusnya terhadap pihak yang menembak jatuh pesawat MH17.
Malaysia hanya menunggu siasatan jenayah diselesaikan setelah siasatan teknikal insiden tersebut telah mendapat keputusannya. Bagi pihak negara kita, Peguam Negara sedang berusaha mencari kaedah terbaik bagi membawa penjenayah yang menembak jatuh MH17 dibawa ke muka pengadilan. Syukurlah usaha Malaysia ini juga mendapat kerjasama dari pihak berkuasa undang-undang dari negara lain yang terlibat dengan insiden ini.
Malaysia dan negara-negara yang terbabit dalam insiden MH17 akan terus berusaha dan terus berjuang bagi mendapatkan keadilan untuk semua mangsa dan juga keluarga mereka.
Kerajaan sedar dan memahami penderitaan mereka kehilangan orang tersayang dan tempat bergantung. Oleh itu kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan jawatankuasa dalam menyelaraskan pemberian pampasan kepada waris mangsa MH17.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementeriannya akan mempercepatkan pemberian pampasan dan juga akan membantu menyelesaikan masalah segelintir waris mangsa MH17 yang mempunyai dua sijil kerakyatan. Kerajaan juga sebelum itu telah sudi memberikan bantuan secara "one off" sebanyak RM20,300 kepada setiap waris penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden MH17.
Pemuda Selempang Merah yakin pekara ini tidak akan selesai dengan mudah dan akan mengambil masa yang panjang. Semoga kaum keluarga mereka yang terlibat dalam insiden ini dapat terus bersabar dan yakin dengan usaha yang telah dilakukan kerajaan Malaysia.

No comments:
Post a Comment