Kerajaan telah berusaha dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam setaraf negara maju. Pelbagai projek berimpak tinggi telah dilakukan oleh kerajaan bagi menghubungkan jaringan antara bandar bagi membantu meningkatkan kegiatan ekonomi secara tidak langsung. Semua yang kerajaan usahakan ini adalah untuk kepentingan rakyat.
Kerajaan melihat pengangkutan jalan darat menuju ke Pantai Timur seringkali mengalami kesesakan yang teruk terutama apabila tiba musim perayaan. Justeru itu kerajaan melalui Suruhanjaya Jaya Pengangkutan Awam Darat telah merancang untuk mewujudkan satu lagi perkhidmatan awam darat yang lebih canggih dan moden iaitu Laluan Kereta Api Pantai Timur (ERCL).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Azharuddin Mat Sah, perkhidmatan tren sepanjang 600 kilometer itu akan merentasi Banjaran Titiwangsa. Ianya akan melalui beberapa bandar utama disepanjang jalan ke Pantai timur. Bermula dari Gombak seterusnya menuju ke Mentakab, Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Baharu dan perhentian terakhirnya di Tumpat.
Projek yang masih berstatus kajian ini masih diperingkat awal dengan satu kaji selidik dijalankan melalui kaedah Pelawaan Memberi Maklumat (RFI) oleh SPAD dengan bantuan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah kerana ingin mendapatkan maklumat dan pandangan industri yang mana akan membantu dalam menentukan proses maklum balas pasaran yang sangat berguna untuk melaksanakan projek ini. Mana-mana syarikat dan konsortium yang boleh mengambil bahagian dalam proses RFI ini jika berminat.
Proses RFI ini juga termasuk dalam mereka cipta bentuk design kereta api ECRL, pembiayaan, pengendalian operasi, pembinaan dan penyelengaraan keseluruhan rangkaian bergantubng kepada kepakaran dan pengkhususan syarikat tersebut.
Jika projek ini dapat direalisasikan kelak ianya akan dapat membantu mengurangkan kos dan masa perjalanan disamping membantu pengangkutan kargo ke Pantai Timur yang dianggarkan mempunyai populasi seramai 4.43 juta penduduk.
Ia juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat disamping dapat meningkatan ekonomi secara keseluruhannya. Selain itu, jaringan integrasi perkhidmatan awam seperti bas dan teksi di setiap stesen juga akan dikaji bagi memudahkan orang awam.
Jika ia berjaya dilaksanakan kelak besar impaknya kepada bandar-bandar disepanjang lalaun ke Pantai Timur. Peluang ekonomi dan pekerjaan akan bertambah. Bentong, Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu sudah tentu akan menjadi sebuah bandar yang moden dan bertambah maju. Boleh jadi Kuala Lumpur akan menjadi desitnasi harian bagi sesetengah dari mereka yang bekerja.
Dikatakan pembinaan ERCL ini akan meningkatkan KDNK sebanyak rm50.1 bilion dan merangsang pertumbuhan .5 peratus setiap tahun kepada KDNK Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Dengan merealisasikan ERCL ini, warga pantai timur yang menetap di Kuala Lumpur akan lebih mudah berulang alik dari Kuala Lumpur ke kampung masing-masing. Kesesakan di musim perayaan akan berkurang.
Walaupun ianya tidaklah sepantas kereta api harapan ADUN Salor, Dato' Husam Musa yang mahukan kereta api selaju satu jam Kota Bahru ke Kuala Lumpur, tapi dengan adanya ERCL ini akan banyak memberi manfaat kepada mejoriti penduduk pantai timur.
Menjadi harapan rakyat agar usaha ini berjaya dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment