Seperti sebuah siri drama, fitnah Rafizi juga bersiri dan penuh dengan episod yang tidak pernah habis. Macam Sinetron cerita Indon, ada saja asbab untuk buat cerita itu berjela-jela.
Apa yang Rafizi tak pernah fitnah ? Dari cincin 24 juta, Lembu di kondo,
40 ribu bangla , blackout punca PKR kalah dan antara yang terbaru sehingga buat orang sudah mula hilang kepercayaan ialah apabila menuduh Tabung Haji rugi.
Apabila Tabung Haji mengumumkan keuntungan RM3.23 bilion dengan memberi dividen 5 peratus ditambah 3 peratus untuk pendeposit yang belum' menunaikan haji, Rafizi mulai gelabah. Fakta yang digunakannya menjadi pedang yang menikamnya semula.
Yang lebih malang mereka yang mengeluarkan semua deposit mereka dalam Tabung Haji hilang kelayakan meraih keuntungan ini,sedangkan Rafizi masih mengekalkan depositnya didalam Tabng Haji dan menikmati dividennya.
Tiada pilihan lain bagi membersihkan saki baki najis yang terpalit hasil dari pembohongan dan fitnahnya, Rafizi mengunakan Dewan yang mulia bagi mengelirukan Ahli Dewan dan rakyat dengan fakta yang jauh dari kebenaran.
Rafizi membayangkan akan kelemahan pengurusan kewangan Tabung Haji seolah-olah semua perniagaan yang disetai Tabung Haji mengalami kerugian. Menurutnya Tabung Haji berjaya mencatat keuntungan kerana pertambahan jumlah simpanan dari penabung, bukannya dari pelaburan perniagaan yang disertai oleh Tabung Haji.
Padahal seperti yang saya sebutkan diatas Tabung Haji telah memberi dividen sebanyak 5 peratus dengan tambahan bonus 3 peratus bagi pendeposit yang belum melaksanakan haji pada tahun 2015. Inilah kata kunci yang rakyat perlu sedar dan lihat dengan mata hati yang bukan dengan persepsi seperti yang dilemparkan oleh Rafizi.
Rafizi cuba mendramakan keuntungan Tabung Haji dengan mengaitkan peningkatan tabungan oleh pendeposit Tabung Haji. Mungkin pada pendapatnya Ahli Dewan dan Rakyat ini dunggu dan boleh 'dperkadukan' olehnya sesuka hati.
Menyedari permainan jahat Rafizi, MP Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin sedar kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Rafizi perlu ditangkis segera agar rakyat tidak terus dicelarukan oleh fakta-fakta Rafizi yang tidak tepat dan berasas.
Datuk Ehsan menangkis tohmahan Rafizi yang cuba mengambarkan Tabung Haji sentiasa mengalami kerugian akibat dari pengurusan Tabung Haji yang tidak cekap dan lemah dengan mempersoalkan kenapa beliau menyembunyikan kejayaan Tabung Haji memperolehi keuntungan melebihi dari kerugian? Rafizi juga tidak membentangkan angka-angka kewangan dari Laporan Tahunan Tabung Haji yang mencatatkan keuntungan.
Menurut Datuk Ehsan adalah pekara biasa bagi sesuatu perniagaan itu untung dan rugi, tidak semua perniagaan akan sentiasa untung, ada masanya akan rugi. Namun apa yang dilakukan Rafizi adalah menyembunyikan kebenaran. Dalam 50 portfolio, hanya 10 sahaja mengalami kerugian, 40 lagi menunjukkan keuntungan tapi itu yang cuba disembunyikan oleh Rafizi. Jelas Rafizi cuba mengelirukan dewan.
Tabung Haji juga memberi pulangan dividen yang tinggi setiap tahun kepada pendepositnya. Bukankah itu menunjukkan sesuatu yang positif ? Tidak ada sesuatu yang mencurigakan dalam urus pentadbiran dan kewangan Tabung Haji. Rafizi sebenarnya gagal mempertahankan hujahnya.
Saya tidak fikir ini lawak terbaru Rafizi setelah episod drama Cincin 24 juta yang dicanangnya terburai. Ini merupakan satu lagi kegagalannya dalam menyerang kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Rafizi perlu sedar, kegagalannya membuktikan semua tuduhan yang dilemparkan secara melulu dan sembrono bukan sahaja akan memberi kesan kepada kerusi parlimen Pandan yang disandangnya sekarang bahkan akan memberi impak yang negatif kepada kekuatan PKR dalam PRU 14 akan datang.
Apatah lagi kedengaran kepimpinan tinggi PKR tidak berapa gemar dengan cara Rafizi menguruskan beberapa isu besar sehingga mengikis kepercayaan rakyat kepada PKR.
Rafizi perlu berhenti menerusan kegemarannya menfitnah.
No comments:
Post a Comment