Monday, November 30, 2015

KEDAH TETAP TAK PUAS HATI

Biarpun sudah mengesah­kan tiket separuh akhir Pia­la Malaysia 2015, namun insiden pelik yang berlaku dalam aksi suku akhir kedua menentang PKNS di Selayang kelmarin tidak menyenangkan Kedah menjelang pertembungan dengan Felda United, Rabu ini.

Dalam perlawanan tersebut, Lang Merah menang 3-1 dan layak secara agregat 4-2, namun jari­ngan pemain lawan, Mohd. Faiz Isa mengundang tanda tanya ke­rana permainan diteruskan dalam saat Kedah meraikan gol kedua mereka yang dijaringkan Sandro Da Silva.

Pengadil perlawanan, Samsudin Ibrahim mengesahkan jari-ngan itu meskipun dibantah oleh pemain dan pegawai pasukan Lang Merah.

Pengurus Kedah, Datuk Jeffrey Low Hang Chow berkata, pihak­nya akan menghantar aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Ma­laysia (FAM) berhubung mutu pengadilan dalam perlawanan di Stadium Majlis Pembandaran Selayang itu.

Walaupun ia tidak akan merubah keputusan perlawanan, apatah lagi Kedah sudahpun meraih tiket separuh akhir, tetapi laporan perlu dihantar kepada badan induk bola sepak negara itu agar perkara yang sama tidak berulang kerana saingan Piala Malaysia masih berjalan.

“Saya tidak pernah tengok gol seperti ini kerana selepas jari-ngan Sandro (da Silva) sebahagian pemain masih meraikan jaringan di tepi padang dan seorang pemain kita (Badrul Bakhtiar) masih berada di kawasan lawan tetapi sepak mula diteruskan dan mereka (PKNS) jaringkan gol.

“Tetapi pengadil menerima ja­ri­ngan PKNS itu dengan mendakwa Badrul berada di luar padang..pasukan tuan rumah pun sepatutnya mempunyai sikit sema-ngat kesukanan iaitu tunggu dulu pemain kedah selesai raikan jari­ngan itu baru mula tetapi mereka tetap teruskan permainan.

“Betul kami telah layak ke se­paruh akhir, namun saya mengambil tindakan supaya perkara se­perti ini tidak berulang kerana ia menjatuhkan standard mutu pengadilan bola sepak negara..sepatutnya pemilihan pe­ngadil lebih teliti..ini kejohanan paling berprestij dalam arena bola sepak negara,” kata Jeffrey kepada Utusan Malaysia.

Dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Aman, Selasa lalu, Kedah dan PKNS FC terikat 1-1 sebelum menang 3-1 dalam suku akhir kedua di Selayang.

Tambah beliau, pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan terlebih dahulu meneliti video insiden terbabit sebelum menghantar laporan kepada FAM.

“Kita tidak akan terburu-buru menghantar aduan kepada FAM..teliti dulu video dan apa yang berlaku dalam perlawanan itu serta mendapatkan pandangan daripada beberapa pengadil profesional. Kemudian barulah kita menye­rahkan aduan. Tindakan selanjutnya terserah kepada FAM,” jelasnya.

Menurutnya lagi, KFA sudah mendapatkan rakaman video daripada TV9, input dari sudut lain turut diperlukan, terutama dari video rakaman peminat sendiri yang menyaksikan perlawanan di stadium.

“Mohon kepada semua penyokong yang hadir menghantar kepada admin di mediakfa@gmail.com sebarang video ber­kenaan insiden tersebut untuk kegunaan kajian pasukan dari pelbagai sudut sebagai panduan semua pihak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing,” menurut status yang dimuat naik KFA dalam Facebook rasminya.

ARAH MANA DAKWAH KITA ?

Asas Orang berdakwah adalah mengajak manusia kembali ke fitrah, iaitu Iman dan Islam. Jika kita berdakwah dengan membuka aib,  mencari salah dan silap orang. Itu hanya akan menimbulkan kebencian manusia dan BUKAN menimbulkan keinsafan dalam hati. 

Inilah yang berlaku kepada sekelumpok manusia yang merasakan diri mereka lebih alim. lebih warak dan lebih mulia dari  orang lain. Hanya kerana sedikit ilmu yang Allah kurniakan kepada mereka, mereka sudah menjadi sombong, bongkak dan takabur. 

Mereka ini merasakan orang lain salah dan berdosa dan mereka sahaja yang betul. Sedangkan bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat ilmu dalam dada-dada mereka.  

Mereka lupa. orang yang berilmu asasnya mestilah berakhlak. Jika tiada akhlak, ternyata ilmu yang ada tidak memberi manfaat langsung kepada tuannya. 

Orang yang paling berdosa ialah orang yang merasakan dirinya tidak ada dosa.

Wallahua'lam.

ORANG DAH TAK SUKA .....PERGI LAHHH...!!!

LIM GUAN ENG cuba mengelakkan diri daripada wartawan selepas Majlis
LIM GUAN ENG cuba mengelakkan diri daripada wartawan selepas Majlis Perasmian Tapak Pembinaan Taman Kejiranan Lengkok Free School, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 29 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus menerima tekanan dari­pada ahli parti sendiri yang mencadangkan supaya jawatan Ketua Menteri disandang Pengerusi DAP negeri yang dipilih dalam pro­ses pemilihan parti.

Ahli DAP Kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan Jawatankuasa Negeri seharusnya mensyaratkan jawatan Ketua Menteri diberikan kepada Pengerusi DAP negeri.

“Ini adalah penting kerana mandat untuk menerajui kerajaan ne­geri mesti diberikan kepada seorang kepemimpinan yang telah diberi kepercayaan oleh akar umbi,” katanya dalam Konvensyen DAP negeri di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya sebelum ini menerima tekanan hebat daripada penduduk negeri ini yang mahukan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow menjadi Ketua Menteri.

Malah sebelum bermulanya Konvensyen DAP negeri pagi ini, sekumpulan 20 penduduk mengadakan demonstrasi aman di hadapan hotel tempat berlangsungnya konvensyen berkenaan yang menuntut Kon Yeow dilantik sebagai Ketua Menteri.

Protes sama juga berlaku di hadapan bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam selepas kira-kira 40 penduduk membawa sepanduk tertera perkataan seperti Guan Eng balik Melaka dan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Shamsher Singh yang juga peguam turut mengkritik proses lantikan jawatan dalam DAP negeri yang tidak memilih calon dengan undian tertinggi sebagai Pengerusi.

Beliau mengambil contoh pemilihan DAP Selangor yang mana Tony Pua dilantik sebagai Pengerusi DAP negeri itu sedangkan menduduki tangga kelapan berbanding Gobind Singh Deo yang mendapat undi tertinggi.

“Sistem pemilihan ahli-ahli jawatankuasa negeri harus diubah kerana tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada akar umbi untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka seperti yang dilakukan semasa pemilihan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY),” katanya.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan bagaimana DAP masih boleh bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dalam kerajaan pembangkang di Selangor sedangkan kedua-dua parti sudah tidak lagi mempunyai hubungan.

“Bukan itu sahaja, tiga Exco kerajaan negeri Selangor juga daripada Pas. Kenapa DAP masih mahu meniduri Pas setelah bercerai dengannya?” katanya.

Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan DAP negeri mengkritik keputusan ADUN kerajaan negeri menyokong usul tambak laut yang dibawa ADUN Barisan Nasional (BN) dalam sidang DUN lalu.

Menurutnya, adalah menghairankan DAP boleh mengkritik sokongan ADUN kerajaan negeri itu sedangkan dalam masa sama mahu wakil Ahli Parlimen BN menyokong usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Malah, beliau turut mempersoalkan jika menjadi tugas ADUN pembangkang untuk menolak semua usul BN, mengapa tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang menolak Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 untuk menaikkan gaji bulanan Ahli Parlimen.



Sunday, November 29, 2015

MALAYSIA TERUS DIYAKINI SEBAGAI AHLI MAJLIS IMO BAGI PENGGAL 2016 -2017





TAHNIAH MALAYSIA !   TAHNIAH DATUK SERI LIOW !

Sekali lagi Malaysia berjaya mengekalkan kerusi anggota majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi penggal 2016 ~ 2017. Malaysia dipilih semula untuk kali ke enam berturut-turut. 

Dalam perhimpunan IMO ke 29 yang dijalankan di ibu pejabatnya London, United Kingdom Malaysia telah dipilih sekali lagi mengekalkan kerusi tersebut buat kali ke enam.

Pemilihan ini membuktikan peranan Malaysia amat dihargai dan diyakini oleh rakan anggota dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa. 

Bagi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pemilihan ini mengambarkan dunia mengiktiraf peranan Malaysia dalam perkapalan antarabangsa terutama dalam IMO.

Datuk Liow berkata," Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang mana pengangkutan laut sebagai salah satu kepentingan utama negara amat komited untuk mengambil bahagian secara aktif dalam IMO. Kita mempunyai beberapa pelabuhan yang bertaraf dunia yang terlibat dalam  perdagangan antarabangsa yang berpengalaman mengendalikan lebih 500 juta tan kargo.

Pada masa ini Malaysia telah tersenarai antara 30 negara teratas dari segi armada perkapalan antarabangsa dengan muatan 7.16 juta tan melibatkan lebih 50,000 pelaut. Bahkan dua dari dari pelabuhan Malaysia tersenarai antara 20 pelabuhan paling sibuk didunia. 

Bagi saya mungkin peranan penting Malaysia diperairan selat Melaka salah satu sebab kenapa Malaysia diberi peranan penting dalam Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

Selat Melaka merupakan perairan penting bagi laluan kapal antarabangsa yang paling sibuk dalam dunia. Diangarkan lebih 25 peratus daripada perdagangan dunia melalui perairan Selat Melaka  yang mana melibatkan 80,000 buah kapal setiap tahun. 





Friday, November 27, 2015

PEMBANGKANG HILANG KEWARASAN, PEROLEHAN FGV MAKIN MENINGKAT




Kelapa sawit merupakan satu perniagaan yang bersifat jangka panjang yang mempunyai kitaran naik dan turun. Oleh itu apabila berlaku kejatuhan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) dan kenaikan caj nilai saksama (LLA) dan tukaran matawang asing mengalami kerugian ianya antara sebab berlakunya dorongan kepada penurunan bagi keuntungan selepas cukai. 

Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah, Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan menyatakan, harga MSM telah memberi kesan kepada semua pemain industri termasuklah FGV apabila harga komoditi tersebut jatuh ke paras terendah dalam tempoh enam tahun pada Ogos lalu.

Oleh itu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)  mengunjurkan harga minyak sawit mentah bakal didagangkan antara sekitar RM2,300 hingga RM2,400 per tan metrik pada suku pertama 2016. 

Keuntungan selepas cukai kumpulan juga terkesan dengan berlaku sedikit penurunan dari RM22.99 juta kepda RM20.19 juta bagi suku ketiga 2015 berbanding tempoh yang sama tahun lepas. 

Jika kita bandingkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2014, harga MSM turun 12 peratus kepada RM2,279 per tan metrik daripada RM2,584 perolehan tahun ke tahun merosot sebanyak 20 peratus daripada RM3,73 bilion.


Berbeza pula dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, FGV merekodkan keuntungan sebanyak RM152.9 juta keuntungan selepas cukai. Manakala bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2015, FGV berjaya mencatat peningkatan perolehan iaitu sebanyak RM4.5 bilion, meningkat 13.8 peratus berbanding suku sama pada tahun lalu. 

Hasil dari sokongan jualan MSM pihak luar yang lebih tinggi, membolehkan perolehan naik dalam tempoh sembilan bulan tahun ini yang mana meyaksikan kenaikan RM11.4 bilion daripada RM11.34 bilion. 

Saya yakin dengan data-data dan angka-angka yang  saya nyatakan diatas akan menimbulkan reaksi yang kurang senang dari pihak pembangkang yang selama ini sering menyerang Felda dengan fitnah-fitnah mereka.








LRT KELANA JAYA TERIMA TREN GENERASI BARU MINGGU DEPAN



Perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang bakal terus melakukan transformasi apabila Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menambah 14 set tren empat koc generasi baru Innovia bagi laluan LRT Kelana Jaya pada minggu depan. 

Ini merupakan satu langkah kehadapan Prasarana dalam usaha melakukan transformasi berterusan pengangkutan awam di Lembah Klang. 

En.  Khairani Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services Sdn. Bhd. (PERDANA), berkata set tambahan ini bagi menampung jumlah peningkatan penumpang bagi laluan LRT Kelana Jaya.

"Kami merupakan pelanggan pertama bagi koc generasi baru  model Innovia yang dikeluarkan oleh Bombardier". tambahnya lagi.

Bombardier Hartasuma Consortium (BHC) telah ditauliahkan untuk membekalkan 4 tren baru model Innovia tersebut. Menurut Khairani lagi semua koc ini akan dihantar ke kilang BHC di Pelabuhan Barat untuk kerja-kerja dalaman dan prosuder ujian biasa sebelum dihantar kepada kami di Depot LRT Kelana Jaya, Subang bagi melakukan ujian rutin dan kelayakan. 

Tren 01 yang sedang melengkapkan ujian kelayakan yang bermula di Kingston, Kanada bagi mengesahkan keperluan reka bentuk keseluruhan sebagai tambahan ujian rutin. Manakala 13 tren lagi akan menjalani ujian rutin untuk mengesahkan fungsi subsistem tren sebelum dihantar ke Port Klang pada bulan Disember ini. Menurutnya lagi tren kedua yang kini berada di Kingston telah mencapai 71 peratus siap. 

Setelah semua ujian selesai, tren ini akan diuji di LRT Kelana Jaya untuk Ujian perjalanan percubaan tanpa berlaku apa kerosakan atau (FFR). Semasa ujian FFR, kereta api perlu melengkapkan 2,000km perjalanan, tanpa  adaapa-apa kegagalan utama, untuk mengesahkan prestasi sebelum mereka diberi kelulusan untuk perkhidmatan seterusnya. 

Ujian yang ketat, terperinci dan menyeluruh adalah amat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin. Ujian ini dijalankan secara kerjasama yang  penuh erat antara pembekal dengan jurutera-juretera dan pegawai tempatan dari SPAD, tambah Khairani lagi.













Thursday, November 26, 2015

LIOW KETUAI DELEGASI IMO DI LONDON



Kerajaan telah memutuskan untuk menghantar delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Maritim Antarabangsa (IMO) di London yang akan diketuai oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah bermula sejak isnin lalu  hingga 2 Disember ini. 

Perhimpunan dwitahunan itu akan disertai oleh menteri pengangkutan dan pegawai kanan maritim dari negara anggota IMO. IMO yang terdiri dari 171 negara anggota dan tiga negara anggota bersekutu akan membuat pemilihan 40 anggota majlis bagi penggal 2016- 2017 semasa perhimpunan agung kali ini

IMO adalah sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan sejak 1948 lagi yang mana Malaysia telah menyertainya pada 1971. IMO ditubuhkan bagi membangun dan mendokong rangka kerja awal bagi menyelia secara komprehensif untuk perkapalan. Antara bidang kuasanya termasuklah isu keselamatan, kesedaran hal ehwal alam sekitar dan undang-undang, kerjasama teknikal, keselamatan maritim dan pekapalan. 

Malaysia sebagai sebuah negara Maritim yang terletak di pusat Asia yang berada ditengah-tengah dua laluan terpenting dunia iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan perlu memainkan peranan yang penting kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. 


Jika dahulu perlabuhan di negara kita dilihat agak ketinggalan berbanding dengan negara jiran, namun hari ini kita telah bejaya memiliki pelabuhan yang besar dan mampu mengendalikan jumlah kontena setanding dengan negara maju.

Negara kita boleh melakukan sesuatu kerana sebahagian besar perdagangan antarabangsa Malaysia merentasi lautan keseluruh pelosok  destinasi dunia. Negara kita juga pernah dijemput ke luar negara untuk berkongsi pengalaman pengurusan pelabuhan. Bagi saya itu sudah cukup membuktikan negara kita sebagai sebuah negara maritim. 


Dalam pada itu saya berharap untuk penggal 2016 ~ 2017  Malaysia  terus dipilih mengekalkan kerusi IMO yang berjaya dimenangi pada 2014 ~ 2015. Sebelum ini Malaysia telah berjaya memperolehi sebanyak 125 undi daripada 170 ahli bagi kategori C untuk penggal 2014 - 2015.


Kejayaan itu merupakan pencapaian dan pengiktirafan yang amat membanggakan terhadap negara sekaligus mencerminkan kegemilangan Malaysia dalam memainkan peranan bagi sektor maritim dunia.






KENAPA EDRA DIJUAL KEPADA SYARIKAT CHINA ?

LAGI FAKTA YG PERLU DIFAHAMI MENGENAI PENJUALAN EDRA ENERGY KEPADA SYARIKAT CGN CHINA.

1. Pasaran Saham, Ringgit dan Bon mengukuh kerana semuanya memberikan respon positif terhadap penjualan tersebut.

2. Ia juga merupakan kemasukan Pelaburan Asing (FDI) yang terbesar tahun ini.


3. BENARKAH EDRA DIJUAL PADA HARGA RM9.83 BILION?

Tidak Benar. Jumlah keseluruhan pembelian adalah RM17.26 bilion, iaitu 1MDB mendapat bayaran tunai ekuiti RM9.83 Bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion. Ini menepati sasaran Pelan Rasionalisasi untuk mengurangkan hutang sebanyak RM16-18 bilion hasil penjualan Edra.


4. KENAPA BIDAAN TNB GAGAL?

Harga bidaan TNB cuma RM15 Bilion sahaja sedangkan bidaan Syarikat CGN dari China ialah RM17.26 Bilion. Amat jauh berbeza. Ini adalah kategori bidaan antarabangsa


5. APAKAH TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK KERANA DIJUAL KEPADA SYARIKAT DARI CHINA?

Tidak. Di Malaysia harga gas dan diesel yang dibekalkan kepada IPP ditentukan oleh Petronas. TNB pula mengendalikan transmisi dan menentukan caj terhadap pengguna (rakyat) bukannya Syarikat CGN tersebut. Pembelian Edra tidak akan menaikkan tarif kerana Syarikat China itu wajib menggunakan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang sama yg digunakan sebelumnya. Syarat dalam PPA termasuk tarif kekal walaupun Edra dibeli oleh syarikat luar negara.


6. APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS TAMAT TEMPOH PPA?

Selepas tamat kontrak PPA ini, CGN Group perlu memenangi semula tender baru yang dilaksanakan secara terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga. Tidak timbul soal rakyat akan membayar tarif eletrik yang lebih tinggi kerana jika tarif yang ditawarkan lebih tinggi, CGN tidak mungkin dipilih oleh Suruhanjaya Tenaga.


7. APAKAH TNB AKAN TERJEJAS DAN TUTUP KERANA PEMBELIAN INI?

Tidak. TNB masih pengeluar utama tenaga di negara ini iaitu sebanyak 50%, MALAKOF 24% manakala EDRA yang dibeli oleh CGN dari China cuma 14%. TNB juga merupakan pihak yang membeli tenaga dari IPP, termasuk daripada CGN. TNB juga yang akan mengedalikan transmisi dan caj yang akan dikenakan kepada pengguna (rakyat). Maka dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.

Wednesday, November 25, 2015

JALAN BANDAR PENAWAR - KOTA TINGGI PERLU DINAIK TARAF SEGERA



Dalam perbahasan menyokong Bajet 2016 baru-baru ini, Datuk Ehsanuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi memohon agar pembinaan naik taraf jalan FT 092 dari dua lorang kepada empat lorong disegerakan. Jalan tersebut menghubungkan Bandar Penawar dan Kota Tinggi. 

Menurut Datuk Ehsan, penjimatan waktu perjalanan dari 90 minit kepada 45 minit  bakal memberi impak besar buat penduduk di Kota Tinggi.  Naik taraf jalan FT 092 dari du lorong kepada empat lorong  juga bakal meningkatkan lagi pembangunan di sekitar Pengerang yang mana manfaat ini akan melimpah kepada penduduk dikawasan sekitar Bandar Penawar dan Kota Tinggi. 

Apa yang lebih penting, jalan raya yang menghubungkan dua bandar tersebut menjadi lebih mudah kepada semua pengguna. Ekoran peningkatan jumlah kenderaan yang mengunakan jalan raya tersebut maka adalah amat wajar sekali jalan raya tersebut dinaik taraf secepat mungkin.

Permintaan ini bagi mengelakan sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan dan kecelakaan dilaluan Bandar Penawar ke Kota Tinggi memandangkan peningkatan kenderaan yang melalui jalan raya tersebut. Pekara ini sudah tentu amat mengusarkan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin yang mahukan naik taraf itu segera dipercepatkan. 


Justeru itu, adalah amat wajar kerajaan memberi perhatian kepada permintaan rakyat di Kota Tinggi. Saya yakin dengan terbinanya jalan raya empat lorong dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi sebahagian masalah kesesakan jalan raya disekitar itu akan berkurangan. Perjalanan dari bandar ke bandar lebih mudah, penduduk dapat menikmati perjalanan yang selesa dengan kos perjalanan lebih murah. 

Dengan mempercepatkan pembinaan naik taraf jalan ini juga akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak dimana sektor pelancongan akan dijangkak meningkat.

Semoga semua ini akan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat dikawasan tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang banyak bertungkus lumus bekerja untuk rakyat. 




Tuesday, November 24, 2015

APA SEBAB MEREKA SERANG INSTITUSI KEWANGAN ISLAM ?

DAPig tahu nak lawan Kekuatan Islam kena cantas UMNO dulu, PAS dan PKR sedikit habuk pun mereka tak kisah. Dibuang macam sampah saja. 

Untuk melemahkan UMNO perlu diserang agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan orang Islam dan UMNO. 

Antaranya yang pernah mereka serang ialah Felda, MARA, Jakim, Tabung Haji, PPZ, Mais dan yang terbaru YaPIEM. 

Untuk semua itu mereka mencaturkan kaldai-kaldai mereka dalam setiap agensi tersebut. Kaldai-kaldai yang tidak ada maruah ni boleh dibeli dengan harga yang murah. Mereka inilah yang mengerakan jarum dengan cerita-cerita benar yng dicampur adukkan cerita bohong dan fitnah bagi menimbulkan rasa kurang senang dan marah rakyat terutama orang Melayu Islam. 

Malangnya orang Melayu ni mudah sangat percaya dengan fitnah dan cerita bohong mereka. Orang Melayu  ni memang  amat terkenal dengan Sindrom Kurang Daya Tahan Fitnah. 

Cuma orang Melayu kena ingat dan berfikir, apakah DAPig yang cuba memporak perandakkan khazanah negara ini disebabkan mereka sayangkan orang Melayu dan ingin membela nasib orang Melayu ?

Fikir-fikirkan lah..... 

Monday, November 23, 2015

Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah


Muzakarah JFMKBHEUIM Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah. Muzakarah telah memutuskan bahawa pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam mengikut asnaf-asnaf yang telah ditetapkan. 

Walaubagaimanapun, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah. Keputusan yang diputuskan pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam dan pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan bagi tujuan dakwah adalah selaras dengan mazhab Syafi‟i (al-Nawawi 1980, 6: 180). 

Pada asalnya adalah tidak harus memberi zakat kepada orang bukan Islam (al-Nawawi 1980, 6: 220). Namun jika mereka yang diberi zakat itu adalah cenderung kepada Islam, mereka termasuk golongan muallafah qulubuhum yang harus menerima zakat (alNawawi 1980, 6: 180; al-Syirazi 1995, 1: 315).

TERIMA KASIH CHINA


Malaysia merasakan cukup bertuah mempunyai rakan seperti negara China kerana berterusan memberi sokongan dan bantuan kepada usaha pencarian MH370. Perdana Menteri Republik rakyat China menyatakan akan memberi sumbangan sebanyak RM61 juta (AUD20 juta) kepada usaha berterusan pencarian  MH370. 


Malaysia melalui Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Li Keqiang dan Republik Rakyat China diatas sumbangan tersebut. 

Liow juga merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan negara anggota Asean yang telah memberi sumbangan dalam usaha pencarian MH370. "Disaat Malaysia memerlukan bantuan, anda semua berada disamping kami memberi sokongan ". "Sokongan padu anda tidak ternilai dan bukti kepada hubungan rapat antara negara-negara kami". Sambung Datuk Seri  Liow.

Sokongan ini merupakan satu perubahan baru terhadap tahap kerjasama yang diberikan oleh kerajaan China dan Australia yang mana peranan kedua-dua negara tersebut amatlah penting dalam usaha pencarian MH370 yang kehilangannya sehingga kini masih lagi menjadi misteri. 

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull turut melahirkan rasa gembira dengan sumbang besar dari Negara China dan baginya ianya sesuatu yang amat membantu dalam usaha pencarian pesawat MH370. 

Pencarian ini merupakan satu misi paling besar dalam sejarah dunia yang mana melibatkan 20 buah negara beserta 100 buah aset terdiri daripada kapal terbang dan kapal laut. 

Menurut Liow lagi, Malaysia bersama-sama dengan China dan Australia amat komited  untuk melengkapkan usaha pencarian di dasar laut dalam zon carian 120,000 kilometer persegi.

Walau sebesar mana pun cabarannya, Malaysia akan tetap meneruskan pencarian ini sehingga kebenarannya tersingkap untuk tatapan dunia sebagai satu sejarah pada abad ini.


FIKIRAN DAN PILIHAN MENENTUKAN KEHIDUPAN



SEMUA orang mahukan hasil kehidupan yang baik/positif; hidup dalam tenang, bahagia, sihat dan memiliki wang yang banyak. Namun begitu, tidak semua orang mampu memilikinya.

 Ada orang memiliki banyak wang, tetapi hidup mereka tidak tenang dan bahagia kerana menghadapi penyakit kronik. Dengan sebanyak mana wang pun tidak dapat mengubati penyakit mereka, malah hidup mereka hanya menunggu dan mengira hari kematian. Wang tidak mampu membahagiakan kita apabila sakit. Ada orang yang miskin hidup mereka, tetapi hidup bahagia dan tenang, kerana mereka diberi Allah kesihatan yang baik. 

Sesungguhnya, walaupun, segala-galanya memerlukan wang, tetapi tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan wang.Ada orang yang kaya raya hidup mereka, tetapi hidup tidak tenang, kerana takut hilang kekayaan dan semakin tamak dengan kekayaan duniawi. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja, walaupun menyalahi dari segi hukum agama, mereka tidak kira asalkan boleh dapat apa yang mereka hajatkan.


Sebaliknya ada orang yang miskin, tetapi sentiasa bersyukur dan reda dengan apa yang mereka ada dan tidak pernah persoalkan apa yang mereka tiada. Ingatlah bahawa “wang” akan membuka “topeng” siapa kita, (sama ada dengan wang itu kita menjadi orang yang lebih beriman atau sebaliknya). Perangai/sikap kita dipengaruhi oleh “pilihan”. Setiap orang boleh mendapat hasil kehidupan yang positif/baik dengan cara mempraktikkan formula “Reset Minda”; FIKIRAN POSITIF – EMOSI POSITIF – RESPONS POSITIF – TINDAKAN POSITIF – HASIL KEHIDUPAN POSITIF, dengan membuat pilihan kehidupan yang betul.
Perangai/sikap manusia ini, 50 peratus sahaja pengaruh hidup kita dikuasai oleh genetik yang diwarisi daripada ibu dan ayah kita, dan 10 peratus sahaja dipengaruhi oleh persekitaran. Dan 40 peratus lagi kehidupan dan perangai/sikap kita dipengaruhi oleh “pilihan” kita yang berdasarkan kepada “fikiran”.


Untuk mendapatkan empat hasil kehidupan yang positif iaitu pertama, untuk mendapatkan ketenangan, tingkatkan ketakwaan – “Orang tenang sentiasa menang”. Kedua, untuk mendapatkan kebahagiaan, jaga silaturahim – “Bahagia dan membahagiakan”. Ketiga, untuk mendapatkan kesihatan, pilih pemakanan – “Makan makanan sihat, bukan makan makanan sedap”. Keempat. untuk mendapatkan kekayaan, gigih dalam pekerjaan – “Duit alat meningkatkan ketakwaan”. Jom kita lakukan transformasi pertama; daripada orang yang tidak tenang menjadi tenang.


Menyesal
Transformasi pertama yang mesti dilakukan adalah transformasi akidah, ibadah dan akhlak. Renung, nilai dan perbetulkan diri sendiri dahulu, sejauh mana hubungan kita dengan Allah; kalau jauh dekatkan, kalau rapuh teguhkan. Nilai kehidupan keluarga kita; adakah memberat ke arah duniawi dengan “kesedaran keegoan”, atau memberat ke arah persediaan kehidupan di akhirat dengan “kesedaran ketuhanan”? Apabila urusan dengan Allah terjaga, urusan dengan sesama manusia juga akan terencana dengan penuh makna. Kita akan tenang jika setiap hari dapat mengelak daripada membuat dosa dan mempertingkat keimanan kepada Allah SWT. “Tinggal kedegilan dan mulakan ketakwaan”.
Kedua, jom kita melakukan transformasi; daripada orang yang hidup duka lara kepada hidup bahagia. Untuk bahagia hapuskan semua pemikiran negatif yang membuahkan tujuh emosi negatif yang akan membunuh kebahagiaan, iaitu rasa takut, benci, dendam, tamak, tahyul, marah dan dengki. Kita melebihkan penghargaan, menyebut kebaikan dan mengurangkan kritikan.


Jangan bersedih mengenang masa silam, kita tidak akan menjadi seperti yang ada kini, kalau tidak melalui zaman silam itu. Kalau kita berdosa, bertaubat. Kalau melakukan kesilapan, betulkan. Kalau melukai hati orang, mohon maaf. Kalau hati dilukai, maafkan. Lakukan transformasi diri tinggalkan segala yang negatif dan mulakan kehidupan positif. Jika kita tutup semua kisah duka lara kita, kita akan melupakannya dan kebahagiaan pasti menjelma.


Ketiga, jom kita melakukan transformasi; daripada orang yang sakit kepada orang sihat. Racun paling utama dalam pemakanan kita, tanpa manusia sedari ialah “gula”. Gula menjadi penyebab utama penyakit kencing manis. Kencing manis pula, menjadi penyebab utama kepada penghidapnya mengalami kegagalan buah pinggang dan seterusnya menjadi buta. Selepas menjadi doktor mata lebih 30 tahun, (daripada pengalaman dan pengamatan), saya dapati kebanyakan pesakit datang berjumpa saya untuk rawatan matanya yang kronik, dalam keadaan buah pinggangnya yang rosak, dan kaki dipotong, sama ada sebelah atau kedua-duanya sekali. Banyak orang menyalahkan faktor luaran yang menyebabkan nasibnya menjadi buruk, tetapi tidak menyalahkan faktor dirinya yang silap dalam membuat pilihan keputusan kehidupannya.


Oleh sebab itu, kita mesti lakukan transformasi, menghindari tabiat hidup yang suka memilih makanan sedap, bukan makanan sihat. Mulai dari sekarang mari kita banyak meminum air kosong daripada memilih minuman bergula atau berkarbonat. Di tangan kitalah letaknya pilihan makanan yang hendak disuapkan ke mulut; yang akan menjadi “racun” (menjadikan kita sakit) atau “zat” (menjadikan kita sihat). Ingatlah, melakukan kesilapan bukanlah satu kesilapan. Tetapi, mengulangi kesilapan yang sama itulah kesilapan yang sebenar.
Keempat, jom kita melakukan transformasi; daripada orang miskin kepada menjadi kaya. Dua perkara yang paling berharga adalah: masa dan fikiran. Jaga bagaimana cara kita menggunakan kedua-duanya. Bekerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan penghargaan, dan bekerja keras mencari kekayaan yang menjadi perantaraan untuk meningkatkan ketakwaan.


Ramai orang takut menjadi kaya dan lebih reda hidup dalam kemiskinan atau kesederhanaan. Takut menjadi kaya, sebab tanggapan negatif; apabila kita kaya bimbang kita menjadi sombong dan lupa diri. Hiduplah di dunia ini sebagai destinasi untuk memberi, dan hiduplah di akhirat sebagai tempat untuk menerima dan dapat apa yang telah kita buat sepanjang hayat. Jadilah kita seorang yang dengan kekayaan boleh bahagia dan membahagiakan orang.
Ingatlah bahawa, hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang, dan hanya orang yang tenang dapat menenangkan orang. Semua orang mendambakan kebahagiaan/kegembiraan dan ketenangan. Bagi mengecap kebahagiaan dan ketenangan abadi amalkan empat perkara.

Pertama, kasih sayang tanpa syarat. Kedua, sentiasa memaafkan. Ketiga, penuh bermurah hati. Keempat, bergantung hanya kepada Allah SWT. Jangan biarkan apa-apa yang berlaku semalam, mengganggu masa kita hari ini. Oleh itu berhenti daripada menyesal dan menyalahkan apa yang berlaku semalam. Niat gunakan hari ini sebaik mungkin, untuk dekat dengan Allah dan mencari kejayaan di dunia dan akhirat. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak.

Dr. Muhaya Muhamad 










HATI-HATI MENJAGA LIDAHMU WAHAI IBU...!!!

Hati-hati menjaga lisanmu wahai ibu... !!!

Suatu hari, saya sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelaki saya datang, ia masih kecil waktu itu, ia menjatuhkan satu hiasan yang terbuat dari kaca, dan pecah.

Saya benar-benar marah ketika itu. Karena hiasan itu amat mahal harganya. Ibu saya telah menghadiahkannya dan saya amat menyukainya, maka saya menjaganya dengan amat baik...

Karena terlalu marah, saya melontarkan kata-kata: "semoga kamu tertimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur!"

Beberapa tahun berlalu, saya lupa akan doa itu, saya pun tak menganggapnya penting, dan saya tidak tau bahwa ternyata doa itu telah naik ke atas langit...

Anakku lelakiku itu dan saudara-saudarinya yang lain semakin besar. Rasanya, dialah yang paling saya cintai dari anak2ku yang lain. Dialah yang paling saya khawatirkan. Ia pula yang paling berbakti kepadaku dibandingkan saudara/i nya yang lain. Dia telah tamat belajar, bekerja, dan sudah waktunya untuk saya mencarikannya pasangan...

Ayahnya memiliki sebuah gedung tua yang hendak direnovasi.

Maka pergilah anakku bersama ayahnya ke gedung itu. Para pekerja sudah siap-siap untuk merenovasinya..

Ditengah-tengah aktivitas mereka, anakku pergi agak jauh dari ayahnya, para pekerja tidak mengetahui bahwa ada ia disana, bangunan yang sengaja dirobohkan untuk direnovasi itu jatuh menimpanya...

Anakku berteriak hingga suaranya tak terdengar lagi. Semua pekerja berhenti. Mereka ketakutan! Mereka khawatir!

Mereka menyingkirkan dinding yang menghimpit anakku itu dengan susah payah dan segera memanggil ambulans. Mereka tidak bisa mengangkan badan anakku. Ia remuk. Seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping...

Mereka membawanya dengan amat sulit dan segera memindahkannya untuk pertolongan lebih lanjut.. . Ketika ayahnya menghubungi saya untuk mengabarkan hal itu, seakan Allah menghadirkan kembali apa yang telah saya doakan untuknya dahulu ketika ia kecil...

Saya menangis hingga jatuh pingsan. Ketika sadar, saya berada di rumah sakit.. Dan saya meminta untuk melihat anak saya...

Ketika melihatnya, ah! Andaikan aku tidak melihatnya dalam keadaan sebegitu... Saya melihatnya, seakan-akan Allah berkata "nih, ini doamu kan? Sudah saya kabulkan setelah sekian lama; doa orang tua itu mustajab, dan sekarang Aku akan mengambilnya..."

Ketika itu, jantung aaya seakan berhenti berdetak...

Anak saya menghembuskan nafas terakhirnya...

Sembari berteriak dan menangis saya berkata:

Andaikan ia hidup lagi! Tidak mengapa jika dia hancurkan semua perabot rumah...
ولا افقده ..
Asalkan saya tidak kehilangan ia...

Andaikan saja lidah saya ini terpotong dan tidak mendoakannya sebegitu!

Andaikan... Andaikan... Andaikan... Tetapi, andaikan kalimat 'andaikan' ini berguna...

Risalah kepada para ibu: jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika sedang marah...

Berlindunglah kepada Allah dari godaan setan,... Jika kamu ingin memukulny, pukul aaja, tapi jangan mendoakannya macam-macam, sehingga kalian akan menyesal seperti saya...

Saya menuliskan ini dengan airmata yang membanjir...

Andaikan ruhku pun turut bersamamu, nak. Hingga saya bisa beristirahat dari kepedihan yang saya rasakan sepeninggalmu...

Kisah yang menginspirasi. Tolong sebarkan keseluruh wanita, doa itu akan terjawab, walau setelah beberapa lama...

EKSTREMIS BUKAN DARI AJARAN ISLAM

Ideologi ini yang diperjuangkan oleh ekstremis, yang menjadi punca kepada keganasan sadis ini; dan dalam tragedi ini, kita tidak boleh terlepas pandang akan hakikat bahawa ideologi itu sendiri perlu didedahkan berserta pembohongannya - dan ditumpaskan. Kerana ia bukan ajaran Islam. Tidak sama sekali.

Telah dinyatakan dengan jelas dalam kitab suci al-Quran bahawa sesiapa yang mengambil nyawa orang secara salah, “ia seolah-olah telah membunuh seluruh manusia”. Bunuh diri - di bawah apa juga keadaan, usah pedulikan pengebom berani mati yang membunuh insan-insan tidak bersalah - kedua-duanya adalah dosa besar. Dalam satu hadis, diriwayatkan Nabi Muhammad telah bersabda bahawa Allah mengharamkan syurga bagi sesiapa yang membunuh diri – apatah lagi nyawa mereka yang tidak bersalah.

Kita perlu mengkaji semula kenapa seseorang itu terperdaya untuk mengikut ideologi terpesong ini - apa tujuan mereka? Tetapi kita perlu jelaskan: ia terang-terangan mempersendakan agama yang menganjurkan keamanan, keadilan dan kesederhanaan ini.
Lebih penting lagi, konsep yang terakhir, kesederhanaan, kita amat perlukannya di seluruh dunia. Kesederhanaan, atau wasatiyyah, ialah jantung Islam. Ia adalah suruhan yang terkandung dalam al-Quran yang orang Islam tidak boleh tidak patuhi. 

Tetapi kesederhanaan bukan hanya milik kita. Ia merupakan pendekatan tanpa keganasan dalam menyelesaikan konflik yang terpahat dalam sejarah.

Inilah bagaimana Gandhi, Nelson Mandela dan Martin Luther King memenangi hati dan minda musuh-musuh mereka, dan menyelesaikan konflik dan ketidakadilan yang mereka masing-masing cuba atasi. Mereka menang dengan cara mengubah musuh mereka untuk menjadi rakan. Ia memerlukan usaha berani.


DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK