Monday, November 23, 2015

EKSTREMIS BUKAN DARI AJARAN ISLAM

Ideologi ini yang diperjuangkan oleh ekstremis, yang menjadi punca kepada keganasan sadis ini; dan dalam tragedi ini, kita tidak boleh terlepas pandang akan hakikat bahawa ideologi itu sendiri perlu didedahkan berserta pembohongannya - dan ditumpaskan. Kerana ia bukan ajaran Islam. Tidak sama sekali.

Telah dinyatakan dengan jelas dalam kitab suci al-Quran bahawa sesiapa yang mengambil nyawa orang secara salah, “ia seolah-olah telah membunuh seluruh manusia”. Bunuh diri - di bawah apa juga keadaan, usah pedulikan pengebom berani mati yang membunuh insan-insan tidak bersalah - kedua-duanya adalah dosa besar. Dalam satu hadis, diriwayatkan Nabi Muhammad telah bersabda bahawa Allah mengharamkan syurga bagi sesiapa yang membunuh diri – apatah lagi nyawa mereka yang tidak bersalah.

Kita perlu mengkaji semula kenapa seseorang itu terperdaya untuk mengikut ideologi terpesong ini - apa tujuan mereka? Tetapi kita perlu jelaskan: ia terang-terangan mempersendakan agama yang menganjurkan keamanan, keadilan dan kesederhanaan ini.
Lebih penting lagi, konsep yang terakhir, kesederhanaan, kita amat perlukannya di seluruh dunia. Kesederhanaan, atau wasatiyyah, ialah jantung Islam. Ia adalah suruhan yang terkandung dalam al-Quran yang orang Islam tidak boleh tidak patuhi. 

Tetapi kesederhanaan bukan hanya milik kita. Ia merupakan pendekatan tanpa keganasan dalam menyelesaikan konflik yang terpahat dalam sejarah.

Inilah bagaimana Gandhi, Nelson Mandela dan Martin Luther King memenangi hati dan minda musuh-musuh mereka, dan menyelesaikan konflik dan ketidakadilan yang mereka masing-masing cuba atasi. Mereka menang dengan cara mengubah musuh mereka untuk menjadi rakan. Ia memerlukan usaha berani.


DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK 

No comments:

Post a Comment