Friday, November 27, 2015

LRT KELANA JAYA TERIMA TREN GENERASI BARU MINGGU DEPAN



Perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang bakal terus melakukan transformasi apabila Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menambah 14 set tren empat koc generasi baru Innovia bagi laluan LRT Kelana Jaya pada minggu depan. 

Ini merupakan satu langkah kehadapan Prasarana dalam usaha melakukan transformasi berterusan pengangkutan awam di Lembah Klang. 

En.  Khairani Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services Sdn. Bhd. (PERDANA), berkata set tambahan ini bagi menampung jumlah peningkatan penumpang bagi laluan LRT Kelana Jaya.

"Kami merupakan pelanggan pertama bagi koc generasi baru  model Innovia yang dikeluarkan oleh Bombardier". tambahnya lagi.

Bombardier Hartasuma Consortium (BHC) telah ditauliahkan untuk membekalkan 4 tren baru model Innovia tersebut. Menurut Khairani lagi semua koc ini akan dihantar ke kilang BHC di Pelabuhan Barat untuk kerja-kerja dalaman dan prosuder ujian biasa sebelum dihantar kepada kami di Depot LRT Kelana Jaya, Subang bagi melakukan ujian rutin dan kelayakan. 

Tren 01 yang sedang melengkapkan ujian kelayakan yang bermula di Kingston, Kanada bagi mengesahkan keperluan reka bentuk keseluruhan sebagai tambahan ujian rutin. Manakala 13 tren lagi akan menjalani ujian rutin untuk mengesahkan fungsi subsistem tren sebelum dihantar ke Port Klang pada bulan Disember ini. Menurutnya lagi tren kedua yang kini berada di Kingston telah mencapai 71 peratus siap. 

Setelah semua ujian selesai, tren ini akan diuji di LRT Kelana Jaya untuk Ujian perjalanan percubaan tanpa berlaku apa kerosakan atau (FFR). Semasa ujian FFR, kereta api perlu melengkapkan 2,000km perjalanan, tanpa  adaapa-apa kegagalan utama, untuk mengesahkan prestasi sebelum mereka diberi kelulusan untuk perkhidmatan seterusnya. 

Ujian yang ketat, terperinci dan menyeluruh adalah amat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin. Ujian ini dijalankan secara kerjasama yang  penuh erat antara pembekal dengan jurutera-juretera dan pegawai tempatan dari SPAD, tambah Khairani lagi.













No comments:

Post a Comment