Wednesday, October 14, 2015

TEKSI BEBAS JEJAS 50 PERATUS PENDAPATAN PEMANDU TEKSI



Siapalah yang tidak marah jika tempat mereka mencari rezeki diganggu sehingga pendapatan mereka terjejas. Inilah yang berlaku kepada pemandu -pemandu teksi di Lembah Klang yang mendakwa bahawa pendapatan mereka terjejas sehingga 50 peratus. Ini kerana timbulnya teksi-teksi jadian dan kereta sapu yang mencuri pelanggan mereka. 

Kadang-kadang kita hendak salahkan seratus peratus kepada teksi-teksi sapu ni  pun tak boleh juga. Sikap pemandu teksi di negara kita pun ada masalah juga. Ada yang melaporkan sesetengah pemandu teksi tidak mengunakan meter. Mereka "deal" dengan pelanggan dengan harga-harga tertentu yang mana pelanggan tidak dapat tidak terpaksa mengunakan khidmat mereka kerana kesuntukan masa dan sebagainya. 

Pengerusi Persatuan Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor, Saari Omar berkata sikap dan mentaliti segelintir pemandu teksi yang masih di takuk lama punca penguna memilih kereta atau teksi sapu ini. 

Mereka datang dengan pelbagai jenis jenama menawarkan perkhidmatan yang lebih murah dan cepat. Ia bagaikan satu mimpi buruk kepada pemandu-pemandu teksi yang sah kerana mereka kehilangan sehingga 50 peratus pendapatan mereka.  Sudahlah dibebani dengan pelbagai bayaran termasuk sewa teksi dan pemeriksaan Puspakom.

Oleh itu ada sesetengah dari pemandu teksi ini terpaksa berkerja lebih masa sehingga larut pagi, kadang-kadang tidak sempat berehat. 

Satu kumpulan yang dikenali sebagai Badan Bertindak Pemandu Teksi (BBPTB) menuntut kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi bebas kerana ia menjejaskan pendapatan pemandu teksi lain. 

Saya setujulah teksi bebas ini dibenteras, pada masa yang sama sikap pemandu teksi kita pun patutlah diubah. Amalkan sikap yang baik dengan mementingkan kesejahteraan penumpang. Pemandu teksi ini adalah pintu utama pelancong datang ke negara kita. Jagalah nama baik negara kita dengan memberi perkhidmatan yang baik dan profesional. 



No comments:

Post a Comment