Monday, October 26, 2015

BAJET 2016: BAJET PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT



Semua rakyat Malaysia ternanti-nanti di kaca TV pada 23hb Oktober 2015 yang lepas untuk mendengar bajet 2016 yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Alhamdulilah, bajet 2016 merupakan satu bajet yang sangat berimbang, adil dan menepati sasaran. 

Saya ingin mengimbas sedikit pencapaian ekonomi negara kita. Dalam tempoh lima dekad yang lalu, Malaysia telah berjaya menjadi antara negara yang terbaik di Asia dalam pertumbuhan ekonomi walaupun  menghadapi cabaran dan kejutan ekonomi. 

Negara kita berjaya mentransformasikan struktur ekonomi dari berasaskan pertanian kepada perkhidmatan moden. 

Dalam keadaan ekonomi semasa, kerajaan telah berusaha memastikan pembangunan negara berterusan, ini menunjukan komitmen kerajaan sepenuhnya. 

Bagi saya, antara pekara penting yang rakyat mahukan dalam bajet ini adalah pembangunan infrastruktur pengangkutan. Ini kerana mereka menggunakan kemudahan pengangkutan awam setiap hari ke tempat kerja. Oleh perkara ini memang menjadi antara perhatian utama kepada rakyat terutama warga kerja di Lembah Klang. 

Sebagai rakyat saya amat berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kerana  kerajaan amat prihatin dengan permasalahan berkenaan pengangkutan awam. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kerajaan telah memperuntukan RM8.54 bilion untuk pembangunan pengangkutan negara merupakan satu peruntukan yang besar dalam merintis jalan menuju sebagai sebuah negara maju. 

Sudah tentu peruntukan sebesar ini mampu meningkatkan lagi pembangunan dan kualiti pengangkutan negara terutama jalan raya, lebuhraya, transit Aliran ringan dan lain-lain lagi. Rakyat juga  amat mengharapkan kesesakan dijalan raya dapat segera diatasi dan mempunyai kualiti jalan raya yang lebih baik. 

Begitu juga dengan projek MRT yang di jangka siap pada awal 2017, yang bakal menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat di Lembah Klang. Diharap apabila siap projek ini, kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat dikurangkan serta memastikan kemudahan rakyat dan keselesaan pengguna untuk berhubung dari satu tempat ke satu tempat.

Justeru itu, pembangunan infrastruktur adalah amat penting bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan seperti pengangkutan, komunikasi, elektrik dan air bersih. 

Integrasi pelbagai mod pengangkutan yang lebih baik akan memudahkan pergerakan orang dengan lebih lancar. Infastruktur yang baik juga dapat mengurangkan kos perjalanan perniagaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.

Menurut Datuk Seri Liow lagi, dalam menghadapi cabaran ekonomi  di peringkat global dan domestik ini kerajaan perlu menguruskan  perbelanjaan secara berhemah dan berhati-hati. Justeru itu kerajaan perlu mencari idea untuk mengembangkan lagi ekonomi negara. Ini termasuklah melabur dalam projek-projek yang akan membawa faedah kepada rakyat dan negara. 

Oleh itu kerajaan tidak teragak-agak memperuntukan sebanyak RM3.95 juta bilion untuk belanja pengurusan dan pembangunan bagi mewujudkan kemudahan pengangkutan berintegrasi, moden, canggih dan efisien.

Pelbagai inisiatif yang telah kerajaan berikan kepada rakyat bagi meningkat pendapatan mereka dan mengurangkan beban mereka antaranya kadar cukai bagi rakyat yang berpendpatan sederhana dan  pengurangan kos sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah. 



Datuk Liow juga mengucapkan bagi pihak beliau dan warga MCA kerana kesudian YAB Perdana Menteri menerima permintaan MCA melalui peruntukan RM50 juta di bawah KOJADI bagi membantu usahawan PKS bagi golongan masyarakat Cina. 






No comments:

Post a Comment