Cuci darah atau Hemodialisis (HD) adalah salah satu kaedah rawatan kepada pesakit yang ginjalnya gagal berfungsi dengan baik dimana dalam hal ini fungsi pengubahan darah yang biasanya dilakukan oleh buah pinggang diganti dengan mesin. Dengan mesin ini pesakit tidak perlu lagi melakukan cantuman buah pinggang, pesakit hanya perlu melakukan cuci darah secara berkala dengan jarak masa bergantung dari keparahan dari kegagalan fungsi buah pinggang.
Di Malaysia terdapat 128 buah hospital Kementerian Kesihatan (KKM) yang menyediakan perkhidmatan hemodialisis dengan sejumlah 1,633 unit mesin hemodialisis. Sehingga kini (statistik 2013) seramai 5,924 pesakit menerima rawatan di hospital KKM. Setiap mesin hemodialisis mempunyai Jangka hayat tertentu. Biasanya sesebuah mesin hemodialisis boleh bertahan selama 8 tahun. Oleh itu Mesin hemodialisis yang lama dan yang mengalami kerosakan perlu diganti dengan seberapa segera.
Menyedari keperluan ini, Kementerian Pengangkutan melalui menterinya Datuk Seri Liow Tiong lai telah menyumbangkan sebanyak 10 unit mesin Hemodialisis menerusi program khidmat masyarakat bersama pemain industri yang berkaitan kementerian itu. Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, usahasama ini bagi menyahut seruan kerajaan mengantikan 635 unit mesin hemodialisis secara berperingkat tahun ini.
Menurutnya lagi, 10 unit mesin hemodialisis yang bernilai RM497,500 itu akan diserahkan kepada klinik Felda Chemomoi, Pusat Hemodialisis Mawar cawangan Yong Peng, Pusat Hemodialisis cawangan Gemas dan Hospital Bentong.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang menyumbang iaitu Lembaga Pelabuhan Kuantan, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Klang, North Port Malaysia Berhad dan Syarikat Jurutera Consult.
No comments:
Post a Comment