Dalam negara bergerak kearah negara maju pendapatan tinggi, perkhidmatan pengangkutan awam juga bergerak seiringan dalam mencapai wawasan negara maju 2020. Ini dibuktikan dengan peningkatan demi peningkatan yang dibuat oleh kerajaan terhadap perkhidatan awam. Keselesaan dan kemudahan rakyat menjadi keutamaan kerajaan.
Perkhidmatan Tren Elekterik (ETS) antara Kuala Lumpur ke Padang Besar yang merupakan tren pertama yang dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah keselamatan telah memulakan operasinya pada 10 julai lepas.Namun begitu Tren Elektrik yang bernilai RM48 juta masih belum lagi mengunakan keretapi baru kerana masih lagi dalam ujian.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan bahawa buat masa ini ETS masih mengunakan keretapi sedia ada sehingga dua set tren yang baru mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD. Menurut Tiong Lai, dua set keretapi baru yang diterima oleh KTMB daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd dari China masih belum mendapat kelulusan SPAD untuk memulakan operasinya. SPAD masih menguji sistem keselamatan perlindungan automatik tren (ATP) antara punca kelewatan kelulusan tersebut.
Menurut Tiong Lai lagi, beliau berharap pasukan teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan SPAD dapat segera menilai ciri-ciri keselamatan keretapi baru ini. Ia tidak ada masalah cuma memerlukan sedikit masa untuk penyelarasan kepada sistem ATP.
Tren ETS ini adalah mesra pengguna terutamanya di kalangan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) malah ETS juga dilengkapi dengan kafeteria serta layanan daripada pramugara dan pramugari.
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) antara Kuala Lumpur-Padang Besar yang bermula pada 10 Julai lepas belum lagi menggunakan kereta api baharu yang ketika ini masih diuji.
Sebaliknya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laluan itu pada masa ini menggunakan kereta api sedia ada sehingga dua set tren baharu untuk tujuan itu mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Saya menyerahkan kepada pasukan teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan SPAD untuk menilai ciri-ciri keselamatan kereta api baharu itu," kata beliau kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di sini, hari ini.
Tiong Lai yang juga Presiden MCA mengulas laporan berita baru-baru ini mengenai dua set kereta api baharu yang diperoleh KTMB daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd dari China yang masih gagal mendapat kelulusan SPAD untuk memulakan operasinya.
Kelewatan kelulusan itu dikatakan ada kaitan dengan sistem keselamatan perlindungan automatik tren (ATP).
"Sebenarnya tiada masalah. Cuma ia mungkin perlukan sedikit pelarasan kepada sistem ATP," katanya.
Sebelum ini, KTMB melancarkan perkhidmatan ETS untuk laluan Kuala Lumpur-Padang Besar pada 10 Julai lepas.
Mengulas insiden pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini, Tiong Lai berkata semua pihak perlu menjadikannya sebagai iktibar untuk tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan sewenang-wenangnya.
Beliau turut memuji kecekapan polis dalam mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk lagi.
Insiden di Low Yat pada 11 Julai lepas yang berpunca daripada kes mencuri telefon bimbit bertukar menjadi isu perkauman apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk mengapi-apikan keadaan dengan menyebarkan maklumat berbaur perkauman.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment