Hendak Jadi pemimpin kena ada sifat kesabaran,
sabar itu adalah perjalanan kejayaan,
sabar itu kunci kejayaan,
sabar itu sendiri adalah kejayaan,
Berjaya menyabarkan diri, itulah PEMIMPIN.
sabar itu adalah perjalanan kejayaan,
sabar itu kunci kejayaan,
sabar itu sendiri adalah kejayaan,
Berjaya menyabarkan diri, itulah PEMIMPIN.
Tersebar di media sosial nama dua orang penyokong pembangkang yang dikatakan merupakan penjawat awam dan seorang lagi merupakan pegawai komunikasi di Khazanah.
Nama penjawat awam tersebut adalah Mohd Zahar, seorang guru di Pulau Pinang. Seorang lagi adalah Adiba Shareen, pembantu Naib Presiden Khazanah.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini adalah sejauh mana keyakinan kerajaan Malaysia yang membayar gaji mereka bahawa mereka mampu melaksanakan tugas mereka seperti mana dikehendaki oleh sebuah kerajaan yang mendukung dasar- dasar Barisan Nasional (BN) secara bersungguh-sungguh dah berkesan.
Kedua; sejauh mana keyakinan kerajaan yang menggaji mereka bahawa mereka tidak akan bersikap khianat dan mensabotaj kerajaan pimpinan BN, baik dari aspek kerahsiaan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan BN.
Saya berasa amat pelik bagaimanakah seorang penyokong pembangkang boleh dilantik untuk melaksana dasar-dasar kerajaan BN dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN dengan berkesan?
Berdasarkan pemerhatian saya, seorang penjawat awam yang menjadi penyokong pembangkang tidak mungkin dapat melaksanakan dasar kerajaan BN dengan cemerlang dan berkesan kerana:
1. Mereka tidak yakin sepenuhnya dan tidak menyokong dasar-dasar kerajaan BN, dan atas sebab itu mereka tidak mungkin akan mempunyai sense of ownership terhadap pelaksanaan dasar-dasar ini.
2. Mereka tidak akan melaksanakan dasar-dasar kerajaan BN secara bersungguh-sungguh supaya kerajaan BN akan dilihat gagal
3. Mereka tidak mungkin dapat menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN dengan baik kepada subordinat mereka dan rakyat
4. Mereka akan menyerang dasar-dasar kerajaan BN dalam tindakan dan kata-kata mereka.
5. Terdapat kemungkinan bahawa mereka akan mensabotaj kerajaan BN dengan membocorkan rahsia-rahsia kerajaan dan mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar kerajaan BN sehingga menyebabkan dasar ini gagal
Atas sebab-sebab ini KSN dan JPA perlu membersihkan penyokong pembangkang daripada kementerian dan agensi kerajaan kerana mereka berkemungkinan besar menjadi punca kegagalan banyak dasar-dasar kerajaan.
Apakah yang akan dilakukan oleh majikan sebuah syarikat swasta atau badan korporat jika pekerja mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 5 perkara di atas?
Adakah sebuah organisasi akan terus menggaji individu yang tidak yakin dengan dasar organisasi dan tidak mempunyai kesetiaan kepada organisasi tersebut?
Adakah majikan akan menyimpan lagi orang seperti ini atau membuang mereka sebelum mereka memudaratkan syarikat?
Seorang penjawat awam yang menyokong pembangkang wajar meletakkan jawatan kerana jika mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 5 perkara di atas, mereka sudah dianggap tidak dapat memenuhi 'expectation' pihak yang menggaji mereka, iaitu kerajaan Malaysia.
Adakah gaji mereka juga masih HALAL jika mereka melakukan salah satu daripada 5 perkara tersebut?
Perkara yang sama juga wajar terpakai kepada sebarang lantikan di dalam Badan-badan Berkanun, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat yang dimiliki kerajaan. Pihak yang tidak mempunyai kesetiaan kepada organisasi yang menggaji mereka tidak wajar dikekalkan dalam organisasi tersebut.
tun faisal dot com: Penjawat awam, pegawai GLC penyokong pembangkang antara punca dasar kerajaan gagal -
No comments:
Post a Comment