Saturday, February 28, 2015

PRESIDEN PAS MESTI FUQAHA, FAQIH DAN MUJTAHID -Utusan Malaysia

 Dewan Ulama Pas tidak berganjak dengan pendirian tegasnya untuk mempertahankan kedudukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada digulingkan pada muktamar parti itu Jun nanti.

Dewan itu bertegas hanya mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid sahaja layak menjadi Presiden Pas.

Malah tanpa berselindung, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, perbuatan kumpulan tertentu mahu mengguling Abdul Hadi adalah sama seperti cubaan berkempen dari sesuatu yang afdal kepada tidak afdal.

Fuqaha bermaksud mereka yang menguasai ilmu fekah, faqih pula membawa erti golongan pakar berhubung nas-nas al-Quran, hadis serta budaya setempat manakala mujtahid ialah ulama yang berijtihad sehingga berkelayakan untuk mengeluarkan fatwa.

“Ada segelintir pimpinan membuat kenyataan Presiden Pas tidak semestinya dalam kalangan ulama. Apakah tujuan kenyataan ini? Tentu bermaksud membuka gelanggang untuk menukar Presiden yang ada dalam kalangan ulama dan faqih kepada bukan ulama.

“Sekiranya dilihat lebih jauh, ada pemimpin yang ingin memulakan gelanggang jawatan Presiden perlu ditandingi atau ingin berkempen bahawa terdapat individu yang lebih baik lagi untuk menjadi Presiden Pas berbanding Tuan Guru (Abdul Hadi).

“Merujuk kepada Islam yang menjadi dasar kepada perjuangan Pas, Dewan Ulama Pas menegaskan bahawa keutamaan untuk menjadi Presiden Pas mestilah dalam kala­ngan mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kepemimpinan Abdul Hadi kini berada dalam keadaan goyah berikutan gerakan tersusun kumpulan Anwarinas yang ingin menjatuhkannya sehingga ada dalam kala­ngan pemimpin Pas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Mohamad untuk bertanding jawatan Presiden.
Abdul Hadi bagaimanapun masih mendapat sokongan padu kumpulan ulama dan perkara itu dinyatakan pada Multaqa Ulama SeMalaysia II baru-baru ini sehingga wujud desakan mahu Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dipecat.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, Abdul Hadi yang telah memimpin Pas sejak sekian lama mempunyai kemampuan untuk berijtihad dan sifat faqihnya juga diiktiraf masyarakat dunia apabila dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

“Pas diketuai oleh Presiden yang mempunyai kemampuan berijtihad dan faqih yang telah diiktiraf dunia. Keadaan ini meletakkan Pas berada pada landasan yang betul dari sudut kelayakan keutamaan sebagai pemimpin tertingi dalam gerakan Islam,” katanya.

DERITA GAZA 100 TAHUN - Harian Metro

Pembangunan semula Gaza boleh mengambil masa terlampau lama melainkan sekatan Israel terhadap wilayah itu dibatalkan lapor agensi bantuan Oxfam, semalam.
Menurut badan itu, Gaza - yang berantakan akibat diganasi rejim Zionis sebelum ini - memerlukan bahan binaan lebih 800,000 lori untuk membina semula atau memulihkan pelbagai kemudahan yang musnah.
Bagaimanapun, kata Oxfam, dalam tempoh tiga bulan, kurang daripada satu peratus daripada keperluan itu dibawa masuk ke Gaza.
Pengarah Serantau Oxfam, Catherine Essoyan berkata, sekatan berpanjangan dikenakan Israel membawa risiko amat besar kepada penduduk Gaza.
“Ketika ini ramai orang awam masih tinggal dalam keadaan tidak sempurna, di bawah bangunan tidak berbumbung dan tiada bekalan air, manakala bekalan elektrik pula tidak mencukupi,” katanya.
Gaza dihujani pelbagai jenis bom sepanjang tempoh 50 hari perang antara rejim Zionis dengan pejuang Hamas pada Julai dan Ogos tahun lalu.
Lebih 2,100 orang - termasuk 73 orang warga Israel - maut dalam konflik berkenaan.
Tel Aviv mengenakan sekatan menyeluruh ke atas Gaza selepas Hamas memenangi pilihan raya umum pada 2006.
Dasar itu menyebabkan bahan keperluan asas terlalu sukar dibawa masuk dari luar.
Mesir memburukkan keadaan apabila mengambil pendekatan sama dengan rejim Zionis itu.
Kata Catherine, kira-kira 100,000 orang - kebanyakannya kanak-kanak - ditempatkan di rumah perlindungan, tempat tinggal sementara atau bersama saudara apabila rumah mereka musnah.
“Ada beribu-ribu yang lain masih berlindung di dalam bangunan rosak dan bergantung kepada plastik untuk menahan diri daripada hujan atau panas,” katanya.

UMAT ISLAM DIKELIRUKAN OLEH MUSUH

Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad s.a.w hanya membawa satu ajaran agama iaitu Islam. Islam yang diterimanya daripada Allah hanyalah satu. Tetapi hari ini terdapat banyak versi agama Islam yang dibawa oleh umatnya. Terdapat dua Mazhab Terbesar dalam Islam iaitu Sunni dan Syiah. Sunni (ahlul sunnah wal jamaah) terbahagi kepada empat imam mazhabnya iaitu , Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Ahmad dan Imam Syafie. Manakala Syiah pula penuh dengan pelbagai tarekat dengan 12 imamnya. Tetapi bukan itu yang menjadi pokok perbincangan kali ini. Yang menjadi fokus saya adalah perpecahan yang berlaku dikalangan  umat Islam.

Kita tahu sepanjang 23 tahun Nabi Muhammad s.a.w  berdakwah, beliau tidak bercakap tentang apa-apa mazhab ataupun tarekat. Semua ini hanya muncul setelah kewafatan baginda. Inilah hasil dari perbezaan tafsiran mengenai Islam oleh ulama dan mereka yang berkepentingan didalam politik Islam.

Bahkan kita boleh lihat sebahagian dari tafsiran dan ajaran begitu amat berbeza antara satu sama lain.Sebahagian dari mereka menganggap umat Islam yang tidak mengikuti cara mereka sebagai kafir. 

Di Malaysia, satu parti politik telah menyakinkan pengikut-pengikutnya bahawa mereka yang tidak menyertai atau meyokong parti mereka sebagai kafir atau munafik. Malangnya berpuluh-puluh ribu pengikut mereka yang terdiri dari Melayu Islam mempercayai ajaran ini. Mereka juga percaya mengundi parti ini mendapat pahala dan diberi gajaran syurga. Walaupun ianya kedengaran tidak masuk akal tetapi inilah yang dipercayai dan dipegang oleh pengikut-pengikut taksub mereka. Mereka sanggup bermusuhan dengan saudara seagama hanya kerana tidak sealiran dalam pemikiran fikrah politik. Kini perpecahan dikalangan umat Islam di Malaysia begitu amat mendalam dan serius disebabkan oleh ahli-ahli politik yang menyalahgunakan ajaran Islam.

Hasil dari pelbagai tafsiran yang berbeza dan banyak mazhab-mazhab yang berbeza maka umat Islam menjadi keliru. Kekeliruan dan kecelaruan ini amat dinanti-nantikan oleh musuh Islam. Musuh Islam mengetahui bahawa umat Islam amat fanatik dengan agama mereka. Jadi jalan untuk memesongkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar adalah menambahkan kekeliruan mereka tentang agama Islam itu sendiri dengan dibantu oleh ulama-ulama  yang mempunyai kepentingan dan agenda politik yang tertentu.

Datuk Mashitah Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pondok Malaysia  dalam Perhimpunan Agung Kebangsaan Melayu Bersatu berkata, bahawa Rasullullah s.a.w ada menyebut tentang zaman kekeliruan umat sehinggakan mereka bergaduh sesama sendiri,  mereka lupa musuh sebenar, siapa yang perlu diperangi. Umat Islam berpecah kepada Fahaman Sunni, Fahaman Syiah yang berperang dalam jangka masa yang cukup lama tanpa memberi manfaat kepada ummah. Menurutnya lagi, timbulnya kumpulan Wahabi menambahkan lagi kekeliruan umat Islam apabila mereka menyuntik aliran pemikiran yang berbeza,  mereka dengan mudah menjatuhkan hukum bidaah, syirik dan kemudiannya mengkafirkan umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka. "Rasullullah s.a.w datang mengIslamkan umat orang, mereka pula mengkafirkan umat Islam. selepas mengkafirkan umat Islam, mereka menghalalkan darah dan akhirnya berlakulah peperangan begitulah kelirunya umat Islam sepertimana yang dapat kita lihat di Afganistan, Iraq dan Arab Spring". 

Natijah dari kekeliruan ini, jurang persaudaraan menjadi bertambang jauh. Mereka terdedah kepada memerangi sesama sendiri. Umat Islam jadi kurang berminat untuk memajukan diri, bangsa dan agama, sebaliknya menuruti apa sahaja kehendak musuh-musuh Islam asalkan mereka dapat terus kekal berkuasa atau dapat menjatuhkan kuasa umat Islam yang sedia ada. Sedikit pun mereka tidak peduli  samaada umat Islam menjadi lemah atau tidak. Bagi mereka, jihad adalah menumbangkan kerajaan Islam yang mereka tidak suka.

Justeru itu, ramai umat Islam mengunakan jalan keganasan untuk menentang ketidakadilandan kebobrokan  kerajaan Islam itu sendiri. Semua yang berlaku adalah hasil dari perancangan teliti musuh-musuh Islam yang telah menemui justifikasi untuk menambahkan lagi tekanan kepada umat Islam. 


Thursday, February 26, 2015

UMAT ISLAM PERLU TRANSFORMASI ILMU

Umat Islam berhadapan dengan cabaran yang sukar dan amat getir di zaman moden ini. Dimana-mana umat Islam di buli, dibunuh dan dizalimi sewenang-wenangnya. Umat Islam bukan lagi satu umat yang pernah digeruni oleh Tentera Salib, yang dahulunya mereka anggap sebagai "sang singa di padang pasir". Apakah semua ini berlaku kerana kesalahan agama Islam atau kesalahan umat Islam yang tidak memahami kehendak Islam?


Ada sesetengah umat Islam mentafsirkan nasib buruk mereka ini dengan menyatakan dunia ini bukan untuk kita, tempat kita diakhirat...di syurga. Dan mereka yang menzalimi kita akan disiksa di neraka. Begitu dangkalnya sekali pemikiran umat Islama kini.

Apakah ini ajaran Islam yang sebenar ? Adakah Nabi S.A.W membiarkan diri dan pengikut-pengikutnya dianiaya kerana tempatnya sudah terjamin di syurga? Apa yang akan berlaku kepada dakwah penyebaran Islam jika Nabi tidak berjuang menentang musuh Islam, berhijrah ke Madinah untuk membina kekuatan Islam ? Jika Nabi S.A.W berundur menunggu pahala selepas mati dan tidak berjuang untuk Islam, sudah tentu kita hari ini tidak merasai nikmat Iman dan Islam.

Pendapat yang menyatakan kita (umat Islam) perlu menerima hidup dalam kemiskinan dan menunggu syurga diakhirat nanti adalah satu pendapat yang salah dan batil. Allah dalam Al-Quran meyuruh kita menyediakan kelengkapan persenjataan bagi menghalang musuh dan mempertahankan diri. Namun bukan persenjataan yang hebat itu menjadi tujuan utama, yang penting adalah untuk menghalang dan mengalahkan musuh-musuh umat Islam. Bagi melaksana dan menjayakan semua perkara tersebut umat Islam perlu menguasai ilmu pengetahuan baru. Bukan sahaja ilmu agama tetapi ilmu lain seperti sains, matematik dan sebagainya wajib kita kuasai. 

Dalam hal ini peranan ulama dan umarak amat diperlukan bagi mengembeleng tenaga dan menjana minda baru bagi umat Islam yang jauh ketinggalan dalam bidang ilmu sains dan teknologi. Umat Islam bukan sahaja perlu belajar sains dan teknologi bahkan perlu menguasai ilmu tersebut. 

Di negara kita Malaysia khususnya, umat Islamnya lebih menitik beratkan ilmu agama asas dari mempelajari ilmu sains dan teknologi. Maka ramai ibubapa muslim lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama atau sekolah pondok.  Kenapa ini berlaku ? Ianya berlaku kerana sesetengah pentafsir agama memberitahu kita bahawa sains dan teknologi adalah ilmu sekular yang tidak akan mendapat pahala jika belajar mengenainya. 

Oleh itu amat bertepatan sekali apabila Datuk Mashitah Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pondok Malaysia menyarankan agar sekolah-sekolah agama dan pondok ini melakukan Tranformasi dalam pendidikan. Disamping mengekalkan ciri-ciri tradisional mereka juga sepatutnya lebih terbuka menerima idea-idea baru, berkongsi sumber serta lebih terbuka menerima kaedah pembelajaran dan ilmu tambahan seperti teknologi komputer, maklumat, sains, matemtik dan bahasa Inggeris. 

Menurutnya Datuk Mashitah Ibrahim, musuh-musuh Islam mempunyai strategi-strategi tertentu untuk mengelirukan umat Islam. Mereka mengunakan institusi Ilmu seperti  ulama dan ustaz-ustaz dalam usaha mengelirukan umat Islam. "Kenapa musuh-musuh Islam mengelirukan ulama ? kerana ulama adalah warisatul ambia', perlu dikelirukan institusi ulama supaya tidak bergerak". Musuh Islam amat faham, bahawa selemah-lemah umat Islam, mereka amat fanatik dengan agamanya."  katanya dalam satu forum Kebangsaan. 

Ulama adalah gedung ilmu bagi umat Islam. Kata-kata ulama dianggap sebagai ilmu, fatwa serta perlu dipatuhi. Oleh itu dalam mengubah persepsi umat Islam terhadap ilmu-ilmu baru seperti sains dan teknologi, peranan ulama amat penting.  Apabila ulama dan ustaz-ustaz  sebagai pendokong institusi ilmu lebih sibuk berpolitik dan bercakaran dengan penguasa maka umat menjadi lemah. Apabila kita lemah, musuh mengambil kesempatan mengucar-kacirkan negara dan akhirnya negara menjadi hancur. 

Ingatlah, umat Islam dahulu dihormati dan ditakuti bukan kerana sentiasa menang didalam peperangan, tetapi kerana kebenaran Islam dan ilmu pengetahuan umatnya yang luas. Umat Islam ketikaitu bukan sahaja kuat dari segi ketenteraan dan ekonomi serta maju dalam bidang sains dan matematik. Ibnu Sina, Al-Jabar (Algebra), Ibnu Khladun, Al Razi antara nama-nama ilmuan Islam yang menjadi rujukan orang Eropah , Yunani dan lain-lain. Mereka mengkaji dan menterjemahkan dalam bahasa mereka untuk mereka bangunkan negara dan bangsa mereka.

Sungguh amat malang jika kita masih lagi terleka dan terbuai-buai dengan angan-angan ke syurga dengan mudah sedangkan kita sebenarnya sedang membinasakan diri kita, bangsa kita dan tanahair kita tanpa kita sedari. Adalah amat penting Ulama dan Umarak bergandingan dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan moden dan terkini kepada umat Islam agar ummah dan Islam terbela.









Tuesday, February 24, 2015

MH370 DI ANTARTIKA ? - sinar harian

BUKTI baharu mengenai kehilangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari siasatan tentang misteri kehilangan pesawat malang berkenaan.

Pendedahan itu akan disiarkan dalam dokumentari National Geographic bertajuk “Malaysia 370: What Happened?” yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.


Dalam dokumentari tersebut, pakar-pakar penerbangan dilaporkan akan membentangkan teori bagaimana MH370 dengan sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.

Laporan juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Memetik laporan Mirror.uk, mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.

Salah seorang pakar penerbangan, Malcolm Brenner berkata, kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang itu dilaporkan hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti.

"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan bangkai pesawat", katanya.


sinar harian
 

Monday, February 23, 2015

DUN CEMPAKA BUKAN AGENDA UTAMA




Umum sedang kecoh berbincang ttg isu PRK DUN CEMPAKA, samada BN perlu bertanding atau tidak.

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa pilihanraya bukanlah seperti pertandingan bola sepak. Jika pasukan gergasi piala dunia Germany mencabar pasukan Harimau Malaya, kita tetap akan turun padang atas semangat kesukanan. Namun dalam pilihanraya, kita tidaklah bertanding atas semangat pilihanraya tetapi atas semangat ingin menang dan berbakti. Jadi, jika kita tahu kita akan kalah di Dun Cempaka maka adalah afdhal untuk tidak bertanding.

Ini bukan soal semangat pilihanraya. Ini soal kita bukan parti cap bola utk melihat gawang BN dilihat sebagai jaguh berani mati. BN adalah parti yg bijak...parti yg membangunkan negara selama 57 tahun. Kita tidak perlu buktikan pada rakyat kita parti berani mati. Kita buktikan pada rakyat kita berjaya memerintah dengan cemerlang.

Atas dasar kecerdikan, tinggalkan Dun Cempaka untuk terus diduduki oleh parti Pas dan tumpukan sepenuh tenaga parti untuk PRK Parlimen Permatang Pauh.

Bagi seluruh ahli Pas, saya tegaskan Umno bukan parti yg memusuhi saudara sendiri sehingga sanggup berani mati. Umno adalah saudara yang berfikir dengan timbang rasa dan akal budi terpimpin. Umno hurmati pemergiaan TGNA sebagai saudara dan kita semua sayangkan agama, bangsa dan negara.
Salam harum cempaka sari,
Anina Saadudin
Lecturer& Project Manager
(Bank Rakyat/Unirazak Research Collaboration)
Bank Rakyat School of Business and Entrepreneurship
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

SURAT TERBUKA BUAT PEMIMPIN MELAYU ISLAM


Assalamualaikum wbt.
Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.
Dunia semakin hampir ke penghujungnya. Beratus tahun kita telah habiskan masa dan waktu utk bertelagah dan berbalah sesama kita kerana pangkat, harta dan kuasa. Berapa banyak masa, tenaga dan harta yg dibazirkan utk bergaduh dan bermusuhan sesama sendiri. Kita punyai banyak persamaannya cuma apa yg berbeza hanya nama parti politik.
Kini, CNN dan semua media barat sibuk mengancam Brunei sbb Undang-Undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei samada di dalam atau luar negara.
Berbeza dengan Malaysia, negara Brunei adalah sebuah negara kecil yg mempunyai sumbernya sendiri iaitu minyak dan gas serta hampir keseluruhan penduduknya Melayu dan Islam. Berbeza dgn Malaysia yg pernah dijajah oleh Jepun dan British, Brunei tidak pernah dijajah sesiapa dan mengamalkan sistem monarki beraja iaitu Sultan Brunei mempunyai kata putus dlm semua perkara. Malaysia pula mengamalkan sistem Demokrasi Berperlembagaan dan semua perkara mesti mendapat persetujuan 2/3 Parlimen dan melalui sistem pilihanraya. Parti Pembangkang yg wujud di Malaysia juga amat teruk mentaliti dan pemikirannya kerana mereka asyik membangkang semata tanpa ada solusi atau memberi penambahbaikan kpd pihak kerajaan. Niat dan tujuan utama pihak pembangkang PR hanya utk menjatuhkan Kerajaan BN bagi membolehkan mereka berkuasa di Putrajaya semata.
PAS pula asyik mendendangkan lagu yg sama setiap kali tiba musim pilihanraya iaitu Hudud sedangkan apa yg sepatutnya diperjuangkan oleh PAS yg mengaku sbg parti Islam ialah Syariah Islam yg mempunyai 4 perkara besar iaitu Ibadat, Munakahat, Muamalat, Takzir dan Jinayat. Hudud, Takzir, Qisas di bwh Jinayat. Takzir dan Qisas telah dilaksanakan Kerajaan cuma Hudud mungkin akan dilaksanakan nanti. Insha Allah. Dlm isu Hudud ini sepatutnya PAS memberikan cadangan dan berbincang sebaiknya dgn pihak kerajaan. Bukan sekadar retorik di pentas ceramah. Jangan memberi pelbagai alasan bg menjalankan perintah Tuhan!
Baru-baru ini Perdana Menteri, DS Najib telah melancarkan Maqasid Syariah. Malaysia adalah negara Islam pertama yg melancarkan Maqasid Syariah sbg indeks negara. Mengapa dlm isu ini pemimpin PAS membisu pula?
Baru-baru ini kita telah diuji. Ianya sbg pengajaran dan ingatan Allah kpd kita. Kelantan yg diperintah oleh PAS (lebih 20 thn) teruk dilanda banjir. Alhamdulillah kita telah berjaya buktikan bhw nilai persaudaraan dan ukhuwah sesama Islam mengatasi batasan ideologi politik. Pemimpin UMNO dan PAS bersatu berganding bahu bantu-membantu. Ini merupakan sikap terpuji disebalik segala ujian Tuhan ini.
Alhamdulillah. Malaysia selepas 50 thn merdeka mengalami banyak perubahan dlm pelbagai aspek. Asimilasi ini semakin hari semakin baik. Kalau dulu pelajar sekolah dan pasukan beragam memakai seluar pendek kini mereka berseluar panjang dan bertudung. Taraf ekonomi Islam juga semakin baik apabila adanya sistem perbankan Islam, Takaful, Ar-Rahn dan lain-lain. Mahkamah Syariah juga telah dibina dgn gahnya di Jalan Duta sbg persediaan utk memindahkan undang-undang drp Mahkamah Sivil. Segalanya perlu dilaksanakan secara berhemah dan bijaksana kerana ancaman Malaysia bukan saja drp dalam negara bahkan yg paling bahaya adalah drp luar negara. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan agama. Harus diingat bahawa Bar Council yg dikuasai oleh para peguam DAP adalah pelindung kpd Common-Law dan penentang utama kpd Undang-Undang Islam. Hampir semua pemimpin PKR dan DAP samada Cina atau India berpegang kpd agama Kristian Evangelist yg sejak drp Perang Salib lagi memang memusuhi Islam. Cita-cita dan matlamat Evangelist ini hanya utk menghancurkan Islam dgn apa cara sekalipun! Apakah pemimpin PAS tidak menyedari hal ini atau mereka sekadar "memejam mata" demi kuasa dan matlamat utk menjatuhkan UMNO semata?
Apa yg utama sekarang ialah perpaduan dan penyatuan ummah. Ini adalah masa yg terbaik utk UMNO dan PAS bergabung demi ummah. Tidak timbul soal siapa memerlukan sesiapa kerana melihat kpd statistik sokongan org Melayu kpd UMNO dlm PRU13 semakin meningkat manakala sokongan semakin menurun kpd PAS. Justeru, PAS tidak perlu menggunakan alasan ini sbg alasan utk menolak penyatuan dgn UMNO. Kedudukan PAS dlm PR pula adalah ketiga selepas DAP dan PKR. Jentera PAS pula digunakan maksima oleh calon PKR dan DAP sewaktu pilihanraya sahaja namun diabaikan selepas pilihanraya bahkan di Pulau Pinang tiada jawatan Exco diberikan kpd PAS. Lebih memalukan apabila PAS sekadar membisu apabila Bendahari PAS, Sdra. Aszuree dipecat drp semua jawatan dlm Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya kerana menegur Lim Guang Eng dlm Muktamar PAS di Johor baru-baru ini.
Seluruh umat Melayu di Malaysia amat mengharapkan penyatuan UMNO dan PAS. Kami mengharapkan perpaduan demi ummah. Bersatu teguh, bercerai kita roboh. Membina sebuah tamadun bangsa mengambil masa beratus tahun tapi utk menghancurkannya hanya memerlukan tempoh kurang drp setahun. Buang segala ego wahai pemimpin PAS dan UMNO. Bersatulah demi ummah!
Ikhlas demi ummah,
Anak Jati Paka
Shah Alam, Selangor
19hb Februari 2015

Sunday, February 22, 2015

WAKIL DEWAN ULAMA DESAK, PECAT MAT SABU DAN HATTA


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Pas tidak lagi berlapik apabila secara terbuka mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Dr. Mohd. Hatta Ramli sebagai dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menyifatkan kedua-dua pemimpin tersebut sebagai biadab, wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin, seterusnya mendesak tindakan tegas termasuk memecat Mohamad dan Mohd. Hatta bagi merawat kembali parti itu yang kini dilanda perpecahan.
Beliau yang berkias dengan mengaitkan permasalahan Pas kini seperti penyakit kencing manis berkata, apabila mana-mana anggota badan dijangkiti penyakit tersebut langkah terbaik bagi menyelamatkan nyawa adalah dengan memotong bahagian terlibat.
“Mana tindakan kita bila ada suara sumbang pertikai Presiden? Mereka datang rasmi mesyuarat cawangan tapi cerita keburukan Presiden. Ini jelas biadab. Perlu tindakan tegas tidak kiralah siapa pun walaupun pangkat dia Timbalan Presiden atau Pengarah Pilihan Raya parti.
“Kalau isteri ingkar perintah suami maka jatuh nusyuz dan adalah dayus jika kita tidak ceraikan bini yang nusyuz,” katanya semasa membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, dekat sini hari ini.
Pada 8 Februari lalu, Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim bersama kira-kira 300 ahli yang merupakan penyokong Abdul Hadi berhimpun di ibu pejabat parti itu mendesak Mohd. Hatta dan mereka yang terlibat dalam komplot menjatuhkan Presiden serta kepe­mimpinan ulama meletak jawatan.
Dalam laporan sebuah portal baru-baru ini, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden Pas.
Bagaimanapun, beliau dilaporkan menafikan terlibat dalam kumpulan itu walaupun ada pihak yang mengaitkannya bersama Mohamad, Mohd. Hatta dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam kumpulan yang didakwa cuba menjatuhkan Abdul Hadi.
Dalam pada itu, Fauzi bertindak menyelar sikap Mohamad yang sering kali menyifatkan kenyataan Abdul Hadi mengenai pelbagai isu berkait pakatan pembangkang cuma sebagai pandangan peribadi Presiden Pas tersebut dan bukan mewakili pendirian parti.
Katanya, jika begitu pendirian yang diambil oleh Mohamad, mengapa Timbalan Presiden Pas tersebut tidak pula tampil menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pandangan peribadi dalam isu serupa.
“Sebab itu pada saya, seluruh ahli Majlis Syura Ulama perlu bertegas, mesti menyatakan pendirian segera dan jangan ada muslihat (kerana) kepentingan jemaah perlu dijaga, kalau tidak kekuatan yang ada pada kita pada hari ini akan hilang,” katanya.

Saturday, February 21, 2015

MENGENALI GERAKAN PGS & HAWAII FIVE O DI BAWAH ARAHAN DR HATTA (siri 1)



1) PGS (Pasukan Gerak Saraf) adalah satu badan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

2) Dari sudut struktur organisasi badan ini adalah seperti berikut:
- Dr Hatta Ramli (Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Pusat (JPRPP) adalah Pengerusi/Ketua Eksekutif kepada PGS.
- Pengarah PGS : Juragan Belang Tarung (Nordin Pahang) atau juga dikenali Din Botak.

3) Di bawah PGS terdapat unit2 kecil yang menjalankan fungsi2 tertentu seperti kajian politik, ict dll. Antara ahli PGS pusat adalah zainulfaqar dan mazhar yusof.

4) Mazhar yusuf mengetuai unit media baru PGS dan ahli2 unit ini terdiri daripada blogger, facebooker, dan lain-lain dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

5) Diantara fungsi yang diwujudkan sekarang di bawah Unit Media Baru PGS adalah menyebarkan info berkaitan isu semasa politik negara yg melibatkan Pas terutamanya dalam hal menyanggah hujah2 keyboard warrior yg menyokong idea kepimpinan ulamak termasuk memberi gambaran buruk kepada kepimpinan ulamak kononnya mereka adalah golongan Unity Government (UG).

6) Fokus isu Unit Media PGS adalah menyanggah hujah dan program pimpinan yg dilihat menggunakan parti dan agama untuk kedudukan memperteguhkan kepimpinan ulamak.

Antara perkara yang difokuskan oleh Unit Media PGS ialah mempengaruhi ahli Pas dengan beberapa isu seperti:
- Memberi gambaran buruk kepada mana-mana pemimpin dan ahli PAS yang berpegang kepada fahaman "kita menyertai pilihanraya bukan untuk menang semata-mata tetapi kita mengharapkan keredhaan Allah"
-Memfitnah Tuanguru Presiden PAS dengan alasan beliau telah menerima imbuhan daripada Kerajaan Persekutuan untuk melemahkan PR dari memenangi usaha menawan Putrajaya.
- Memberi imej buruk kepada pengikut2 Presiden yg memberikan wala' kepada Presiden seperti Ust. Nik Zawawi, Yb. Ust.Nasrudin Tantawi, Yb. Dr. Khairudin Attakiri, Yb.Ust.Nik Abduh, Ust. Mokhtar Senik dan lain-lain lagi.
- Mereka turut menyerang dan menyanggah keputusan Majlis Syura Ulamak.
- Mengkambinghitamkan ngo seperti "Geng Ustaz" yang banyak mempertahankan Presiden.
- Dan lain-lain

7) "Sembang2" antara ahli Unit Media Baru dibuat melalui group what apps unit media baru PGS (yg kemudiannya ditukar nama kpd HAWAII FIVE O sempena persamaan modus operandi group ini dengan filem tersebut.

8) Group ini telah menjadi "bank maklumat" utk semua blogger dan facebooker bagi mendapatkan info secara direct dari Dr Hatta Ramli dan Aiman Athirah selaku pimpinan Pas Pusat.

9) Group ini juga secara tidak langsung mempromosikan Anwar Ibrahim serta pimpinan PR lain dalam bersatu menentang kezaliman UMNO/BN dan mana-mana pimpinan PAS yg dilihat menyebelahi Tuanguru

Friday, February 20, 2015

SUSAHNYA NAK MAKAN AYAM DULU ...


Dulu semasa di kampung, nak makan ayam bukan senang macam sekarang.Dulu nak tangkap ayam kena pasang perangkap, kena kejar ayam keliling rumah. Bukan aku je kering mengejar, ayam pun cekeding kena kejar.Pernah korang tengok ayam kampung ada lemak tak, cuba tengok ayam sabung "Pasma"....naik lemak...!!!

Ayam di kampung pun bukan makan makanan mahal-mahal. Cacing, beras dan segala mak nenek yang kat atas tanah. Ayam di kampung lebih tahu berdikari mencari rezeki, tahu berusaha tak macam ayam bandar cuma tahu kedarah dedak saja. Mana otak tak lembab macam mahasiswa yang robohkan pintu pagar UM dulu tu. Pernah dengar peribahasa "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", itu semua dari permerhatian orang Melayu dulu-dululah.

Jika malas nak tangkap ayam waktu siang, tunggu malam ...ayam biasanya akan tidor atas pokok. Tapi tidur ayam, bukan macam tidur korang- azan subuh depan cuping telinga pun tak dengar.Ayam tidur ala-ala "James Bond" Sebab tu ada peribahasa orang Melayu,"tidur-tidur ayam", taklah sebodoh macam ayam di bandar tu "tidur-tidur atas jalanraya".

Pencuri Melayu dulu paling malas nak curi ayam lah, "Alarm" ayam bukan senang nak cari butang off. Apatah lagi ayam betina, "Telor sebiji, riuh sekampung".

Cuba korang perhatikan betul-betul ayam jantan, nak tangkap ayam jantan bukan senang kalau tak dibuat perangkap. Tak semudah nak tangkap "ayam jantan bandar"....pantang nampak ayam betina yang seksi-seksi- terlungkup terus. Ada juga ayam jantan yang gemar dengan ayam jantan lain yang jambu..meleleh air liur ,

Hebat ayam Jantan ni bukan terletak pada "karismanya" yang berjalan mendabik dada,tetapi kerana dialah makhluk Allah yang pertama kali mengejut hamba-hamba Allah untuk bangun sujud kepada Sang Pencipta.
Bila dah dapat tangkap, nak kena sembelih. Korang reti ke sembelih ayam? Tengok darah memancut pun pengsan ! macam mana nak sembelih ?

 Hebat ayam kampung ni, walaupun mata pisau sudah dekat dengan leher, diorang tak pernah berputus asa nak melepaskan diri. Ada je usaha dia nak melepaskan diri. Termasuklah menjerit meminta tolong (dalam bahasa ayamlah). Bahkan , ada yang dah kena sembelih tu pun sempat nak melarikan diri lagi tu. Ayam bandar...???, orang tak nak sembelih pun dia sua leher untuk disembelih.

Bila dah confirm ayam yang disembelih tu mati, kena masak air panas untuk direbus ayam kat dalam tu. Agak-agak dalam masa 5 ke 10 minit, boleh la ayam tadi dikeluarkan untuk dicabut bulunya satu persatu sehingga togel. Ayam bandar ni tak payah susah-susah, diorang sendiri yang togelkan diri tanpa di suruh.

Hemmmm.....begitulah susah nak makan ayam di kampung, tk semudah "makan" ayam bandar. Kalau korang ada lagi cerita fasal ayam, bolehlah dikongsi disini.
Like · 

Monday, February 16, 2015

KERAJAAN TIDAK PERNAH MEMINGGIRKAN PELAJARAN AGAMA KEPADA PELAJAR ISLAM

Pembangkang seringkali menyalahkan kerajaan kononnya meminggirkan pelajaran agama Islam dalam arus pendidikan negara. Mereka yang menuduh kerajaan sedemikian, bukan sahaja  buta mata tetapi juga buta hati kerana tidak melihat kesungguhan kerajaan berusaha meningkatkan syiar Islam di seluruh negara terutama dalam bidang pendidikan.

Sejak berkurun dulu lagi, kerjaan cukup menitik beratkan pelajaran agama kepada pelajar-pelajar Melayu Islam sehinggakan berapa ramai pelajar-pelajar aliran agama sekolah kerajaan dan agama rakyat dihantar ke Negara Timur Tengah seperti Universiti Al-Azhar di Mesir, Islamik Universiti of Madinah di Arab Saudi dan negara Arab yang lain. Mereka dihantar bukan sahaja untuk belajar bertutur bahasa Arab dengan fasih, tetapi juga mendalami ilmu-ilmu tertentu yang khusus. 

Di negara kita sendiri sebenarnya penuh dengan sekolah-sekolah agama bantuan penuh kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat, termasuklah penulis sendiri pelajar disalah sebuah sekolah agama di Negeri Kedah, Sekolah Menengah (Agama) Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar Kedah. (yang dahulunya lebih dikenali sebagai Raudzatul Ulum Addiniyah). 

Di kawasan "Langgar" ini saja penuh dengan sekolah pondok antaranya yang terkenal ialah  pondok Tasak yang diasaskan oleh Haji Mohamad Nor. Begitu juga dengan Pondok Haji Ahmad Janggut dan Pondok Haji Husin

Beritahulah apa mata jenis  pelajaran agama yang  tidak diajar ? Dari subjek agamanya seperti Fekah, Tajwid, Tauhid, Qawaid, usul Fekh, Balaqoh, Tafsir AlQuran, Hadis, Luqatul Arbiyah, Tawarikh  Islam , Faraid dan sebagai  manakala subjek-subjek teras dan selektif  seperti Matematik, English, Bahasa melayu, sains, ekonomi Asas, Perdagangan, Sejarah Islam , Sejarah dunia turut di beri penekanan penting.

Bahkan hari ini kerajaan telah memberi pengiktirfan  kepada pelajar-pelajar agama sehingga  ke peringkat tertinggi dalam negara dengan tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa UIA, dan Universiti Sains Islam USIM. 

Selain itu, Institusi-institusi pengajian Pondok juga diberi pengiktirafan yang sama taraf dalam pendidikan negara dengan tertubuhnya Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia​ (YPPM). Penubuhan Yayasan ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.

 Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, yang juga merupakan produk dari sekolah agama. Beliau dilahirkan di Kedah, pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987.

Di negeri Kedah sahaja terdapat lebih kurang 28 sekolah pondok yang menerima bantuan dari kerajaan dan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dan ribuan lagi di seluruh negara.

Olleh itu, amat dangkal sekali pemikiran mereka apabila menuduh kerajaan meminggirkan pelajaran agama kepada pelajar-pelajar Islam di Malaysia. Mereka yang menyatakan sedemikian bukan sahaja buta mata tapi juga buta hati dan buta sejarah. Semoga rakyat terutama umat Islam tidak termakan dengan dakyah-dakyah dan pembohongan mereka  -

sekian,
PSM 

Sunday, February 15, 2015

TURUN HARGA MINYAK BUKAN PENENTU TAMBANG TEKSI

Penurunan harga petrol dan diesel global banyak memberi keceriaan dan manfaat kepada rakyat khususnya kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Namun begitu, penurunan bahan api ini tidak memberi impak posotif terhadap tambang teksi, ini kerana kos keseluruhan operasi teksi masih lagi tinggi.

Pendapatan pemandu teksi rata-ratanya tidak tetap dan stabil, terutama pemandu teksi di negeri Kelantan. Ini ditambah lagi dengan faktor peningkatan harga penyelangaraan, tayar dan insurans yang tinggi, manakala purata pendapatan pemandu teksi di Kelantan hanya antara RM1000 ke RM1200 sebulan.

Masalah ini dikongsi bersama dengan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang berpendapat kos yang terpaksa ditanggung oleh pemandu teksi adalah amat tinggi dan membebankan. Selain kos operasi yang tinggi, kenaikan kos penilaian khas oleh Puspakom juga bakal menambahkan beban mereka yang sedia ada.

Menurutnyanya lagi, masalah-masalah mereka akan diberi perhatian dan akan dipnajangkan kepada pihak kerajaan.

 Pengusaha teksi dan kereta sewa berharap kerajaan perlu dapat membantu mencari jalan penyelesaian kepada kemelut permasalahan ini yang sudah berdekad lamanya merunsingkan mereka. Mereka Bimbang, kerana "fenomena" penurunan harga petrol dan diesel tidak akan berkekalan lama. Jika harga minyak kembali naik, tentu kos operasi dan penyelengaraan meningkat, sudah tentu ini akan menambahkan lagi beban kepada mereka.

Friday, February 13, 2015

WAWASAN 2020 BAKAL GAGAL...???


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara ini mungkin tidak dapat mencapai Wawasan 2020 yang diilhamkannya jika diukur pencapaian ekonomi Malaysia pada masa ini.

Menurutnya, ini kerana untuk mencapai Wawasan 2020, negara bukan sahaja diukur melalui pendapatan per kapita rakyat tetapi melibatkan kemajuan dalam pelbagai sektor.

“Kalau kita ada nisbah lima orang kaya dengan 1,000 orang miskin boleh dikira sudah baik.

“Jadi untuk capai sasaran ini kita perlu majukan pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, industri serta pengetahuan. Macam-macam pengetahuan kita perlu ada untuk kita capai (status) negara maju," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan bertajuk Dilema Rakyat Malaysia di satu forum sini, semalam.

Beliau berkata, pada masa ini, ramai yang salah faham bahawa hanya ukuran pendapatan rakyat yang perlu dilihat untuk menentukan sama ada Malaysia sudah mencapai negara maju.

"Kita lihat (ukuran status negara maju) dibuat hanya bersandarkan kepada pendapatan per kapita dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sahaja.

“Ukuran kepada negara maju bukan semata-mata berkaitan dengan anggaran keseluruhan pendapatan (kerana) itu hanya mengambil kira purata sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapannya sebelum itu turut menggesa golongan sederhana supaya lantang menentang golongan ekstremis di negara ini.

“Saya pernah katakan golongan sederhana lebih ramai daripada ekstremis tapi golongan tersebut (sederhana) tidak mengendahkan apa yang dikatakan kumpulan ekstremis hingga membuatkan ekstremis menguasai masyarakat.

“Oleh itu adalah penting bagi golongan sederhana untuk memastikan suara mereka didengar. Mereka perlu melakukannya (bersuara) untuk diri sendiri,” katanya.

Menurutnya, beliau juga pernah dilabel sebagai ekstremis sepanjang pemerintahannya kerana beliau lantang mengkritik golongan pelampau.

“Saya dikatakan seorang ekstremis apabila cuba melawan ekstremis lain tetapi saya ada sokongan semua pihak, Melayu, Cina dan India selama menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Ada orang mengecam saya, ada juga yang simpati. Orang Melayu pada waktu itu tidak menyokong BN kerana mereka kata saya diktator,” katanya.