Betul juga cakap pembangkang hanya orang kampung miskin sahaja yang sokong UMNO. Jika disorot kembali UMNO kebanyakkan di sokong oleh orang-orang miskin.
Semasa UMNO memperjuangkan kemerdekaan Tanahair, 70 peratus orang Melayu dalam kategori amat miskin. Dengàn perjuangan dan duit orang miskin inilah UMNO berjaya memerdekakan negara.
Setelah merdeka sedikit demi sedikit peratusan ini makin mengecil hinggalah sekarang. Namun peratusan orang Melayu. Yang lupakan jasa-jasa UMNO semakin meningkat.
Tak apalah kalau mereka tak mahu berterima kasih kepada perjuangan nenek moyang mereka yang miskin melalui UMNO, tapi yang paling malang...untuk bersyukur kepada Allah pun mereka tak mahu. Mungkin Pada mereka selagi UMNO masih lagi menerajui negara tiada erti bersyukur kepada Allah.
Tunggulah saat apabila semua nikmat yang kita rasai hari ini di tarik balik. Masa tu mungkin ucapan syukur sudah terlambat.
No comments:
Post a Comment