Umum sedang kecoh berbincang ttg isu PRK DUN CEMPAKA, samada BN perlu bertanding atau tidak.
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa pilihanraya bukanlah seperti pertandingan bola sepak. Jika pasukan gergasi piala dunia Germany mencabar pasukan Harimau Malaya, kita tetap akan turun padang atas semangat kesukanan. Namun dalam pilihanraya, kita tidaklah bertanding atas semangat pilihanraya tetapi atas semangat ingin menang dan berbakti. Jadi, jika kita tahu kita akan kalah di Dun Cempaka maka adalah afdhal untuk tidak bertanding.
Ini bukan soal semangat pilihanraya. Ini soal kita bukan parti cap bola utk melihat gawang BN dilihat sebagai jaguh berani mati. BN adalah parti yg bijak...parti yg membangunkan negara selama 57 tahun. Kita tidak perlu buktikan pada rakyat kita parti berani mati. Kita buktikan pada rakyat kita berjaya memerintah dengan cemerlang.
Atas dasar kecerdikan, tinggalkan Dun Cempaka untuk terus diduduki oleh parti Pas dan tumpukan sepenuh tenaga parti untuk PRK Parlimen Permatang Pauh.
Bagi seluruh ahli Pas, saya tegaskan Umno bukan parti yg memusuhi saudara sendiri sehingga sanggup berani mati. Umno adalah saudara yang berfikir dengan timbang rasa dan akal budi terpimpin. Umno hurmati pemergiaan TGNA sebagai saudara dan kita semua sayangkan agama, bangsa dan negara.
Salam harum cempaka sari,
No comments:
Post a Comment