Dulu semasa di kampung, nak makan ayam bukan senang macam sekarang.Dulu nak tangkap ayam kena pasang perangkap, kena kejar ayam keliling rumah. Bukan aku je kering mengejar, ayam pun cekeding kena kejar.Pernah korang tengok ayam kampung ada lemak tak, cuba tengok ayam sabung "Pasma"....naik lemak...!!!
Ayam di kampung pun bukan makan makanan mahal-mahal. Cacing, beras dan segala mak nenek yang kat atas tanah. Ayam di kampung lebih tahu berdikari mencari rezeki, tahu berusaha tak macam ayam bandar cuma tahu kedarah dedak saja. Mana otak tak lembab macam mahasiswa yang robohkan pintu pagar UM dulu tu. Pernah dengar peribahasa "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", itu semua dari permerhatian orang Melayu dulu-dululah.
Jika malas nak tangkap ayam waktu siang, tunggu malam ...ayam biasanya akan tidor atas pokok. Tapi tidur ayam, bukan macam tidur korang- azan subuh depan cuping telinga pun tak dengar.Ayam tidur ala-ala "James Bond" Sebab tu ada peribahasa orang Melayu,"tidur-tidur ayam", taklah sebodoh macam ayam di bandar tu "tidur-tidur atas jalanraya".
Pencuri Melayu dulu paling malas nak curi ayam lah, "Alarm" ayam bukan senang nak cari butang off. Apatah lagi ayam betina, "Telor sebiji, riuh sekampung".
Cuba korang perhatikan betul-betul ayam jantan, nak tangkap ayam jantan bukan senang kalau tak dibuat perangkap. Tak semudah nak tangkap "ayam jantan bandar"....pantang nampak ayam betina yang seksi-seksi- terlungkup terus. Ada juga ayam jantan yang gemar dengan ayam jantan lain yang jambu..meleleh air liur ,
Hebat ayam Jantan ni bukan terletak pada "karismanya" yang berjalan mendabik dada,tetapi kerana dialah makhluk Allah yang pertama kali mengejut hamba-hamba Allah untuk bangun sujud kepada Sang Pencipta.
Bila dah dapat tangkap, nak kena sembelih. Korang reti ke sembelih ayam? Tengok darah memancut pun pengsan ! macam mana nak sembelih ?
Hebat ayam kampung ni, walaupun mata pisau sudah dekat dengan leher, diorang tak pernah berputus asa nak melepaskan diri. Ada je usaha dia nak melepaskan diri. Termasuklah menjerit meminta tolong (dalam bahasa ayamlah). Bahkan , ada yang dah kena sembelih tu pun sempat nak melarikan diri lagi tu. Ayam bandar...???, orang tak nak sembelih pun dia sua leher untuk disembelih.
Bila dah confirm ayam yang disembelih tu mati, kena masak air panas untuk direbus ayam kat dalam tu. Agak-agak dalam masa 5 ke 10 minit, boleh la ayam tadi dikeluarkan untuk dicabut bulunya satu persatu sehingga togel. Ayam bandar ni tak payah susah-susah, diorang sendiri yang togelkan diri tanpa di suruh.
Hemmmm.....begitulah susah nak makan ayam di kampung, tk semudah "makan" ayam bandar. Kalau korang ada lagi cerita fasal ayam, bolehlah dikongsi disini.
Like ·
No comments:
Post a Comment