Tuesday, December 2, 2014

BETAPA ZALIMNYA UMNO

Betapa jahat dan zalimnya kerajaan dibawah pimpinan UMNO apabila TELAH membina 20,777 unit rumah bernilai RM 1.5 bilion untuk BUMIPUTERA dari  2011 hingga jun 2014.

Kerajaan juga amat zalim kepada BUMIPUTERA apabila menambah kampus UiTM yang dalam pembinaan di empat lagi kawasan iaitu Mukah, Raub, Dengkil dan Rembau sedangkan  UiTM sudah ada 32 kampus di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, peningkatan jumlah enrolmen pelajar UiTM dari 174,875 pada 2011 meningkat kepada 177,051 pada tahun 2014. Bahkan dijangkakan pada tahun 2020 jumlah ini akan meningkat sebanyak 250,000 orang pelajar Melayu dan Bumiputera.

Begitulah sedikit sebanyak kezaliman kerajaan UMNO  / Barisan Nasional yang begitu di benci oleh DAP dan kaldai-kaldainya.

No comments:

Post a Comment