Monday, January 20, 2014

JEPUN TAK BENARKAN SI KANGKANG JEJAK KAKI DI NEGARANYA

Anwar Ibrahim dihalang masuk ke Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut pagi tadi. 
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita jam 6.45 pg bukan saja gagal lepas pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang dgn penerbangan pertama dari Tokyo.

"Saya dihalang untuk memasuki Jepun dan diarahkan untuk pulang ke Malaysia sekiranya tidak berbuat demikian pihak berkuasa akan menahan saya," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

"Apabila saya kenapa saya dihalang, mereka beritahu ia adalah kerana hukuman sebelum ini pada tahun 1999," kata Anwar dalam kenyataan media hari ini. 

Jepun tahun lalu mula membenarkan rakyat Malaysia masuk ke negara tersebut tanpa visa.
Anwar kemudian persoal pihak imigresen Jepun sebagai tidak munasabah.

"Saya beritahu mereka ini bukan alasan yang berasas kerana saya telah pun masuk ke Jepun pada 2006, 2009 dan 2012," kata Anwar lagi.

Anwar hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa mendesak penjelasan pihak berkuasa Jepun tersebut dn memberi alasan ia mungkin disebabkan laporan terbaru tentang dirinya pada tahun 2013.

"Mereka akhirnya memberitahu saya tindakan ini terpaksa diambil mungkin kerana laporan terbaru pada tahun 2013," kata Bang Non yang dipaksa mengambil tiket penerbangan ke Kuala Lumpur jam 10.45 pagi ini.

Anwar dijadualkan membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Muslim mendakwa telah menyemak dgn kedutaan Jepun sebelum kesana,tak dimaklumkan akan apa2 halangan ke atas lawatannya.

Anwar membidas tindakan itu adalahmemalukan dan tak sepatutnya berlaku di negara yang dianggap pelopor utama demokrasi dunia.

"Saya bantah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku ini daripada kerajaan Jepun dalam menafikan hak saya dan menghalang saya.

"Ia sangat sukar difahami bagi sebuah negara demokrasi yang terkenal mengambil tindakan tidak wajar ini di bawah alasan tersebut dan menyebabkan saya curiga wujud dalang disebalik perkara ini," katanya.

Beliau mendesak Kementerian Luar memberi penjelasan dan mempersoalkan peranan Wisma Putra dalam episod penuh skandal ini membabitkan "laporan terbaru" yang menyebabkan beliau dihalang masuk.

"Saya desak penjelasan daripada Menteri Hal Ehwal Luar Negara," desaknya lagi.

Bekas TPM itu berdepan ulangan pendakwaan pada 1999 apabila dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan Liwat II tersebut.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwa mengemukakan rayuan kpd Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan Anwar itu dan masih belum selesai sehingga kini.

Perkembangan terbaru, Anwar gagal lag dlm cubaan untuk mengenepikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya dalam kes liwat beliau apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak penggunaan Akuan Bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang juga seorang bekas pegawai tertinggi polis. – 19 Januari, 2014.

Sunday, January 19, 2014

UMNO KECEWAKAN ORANG MELAYU

Tindakan UMNO menarik balik saman terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua boleh dianggap sebagai satu kesilapan besar yang dilakukan oleh parti itu.
Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Mohd. Aidit Ghazali berkata, ini kerana penarikan saman itu menunjukkan UMNO tidak yakin kepada tindakan mereka sehingga boleh menimbulkan lebih banyak kebiadaban daripada pihak pembangkang pada masa akan datang.
Katanya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada penyokong tetapi juga kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bekerja keras untuk memperjuangkan hak agama Islam dalam Perlembagaan.
"Pemimpin UMNO harus pandai membezakan isu berkaitan parti dengan isu yang mempunyai kepentingan bangsa, agama dan negara. Isu tersebut (Tian Chua) bukan semata-mata hendak menjaga imej UMNO tetapi turut berkaitan dengan masalah bangsa, agama dan negara.
"Kita lihat isu Tian Chua boleh diibaratkan sebagai isu negara dan kita tidak mahu nama baik UMNO sebagai parti perjuangan terjejas disebabkan penarikan balik saman seperti itu kerana mereka yang bersalah perlu diberikan pengajaran secukupnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Isnin lalu, kes saman fitnah yang difailkan UMNO terhadap Tian Chua dan dua individu lain berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu kononnya sandiwara UMNO telah diselesaikan di luar mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.
Dalam penjelasannya, Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberitahu, penarikan balik kedua-dua saman tersebut bukan bermaksud UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat selain turut menolak dakwaan kononnya parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat pihak lawan.
Sementara itu, Mohd. Aidit turut menegaskan supaya UMNO konsisten dalam tindakannya untuk memperjuangkan bangsa, agama dan negara tanpa mengira masa.
"Kita tidak mahu UMNO dilihat sebagai parti bermusim. Apabila dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) atau Perhimpunan Agung UMNO, kita lihat UMNO sentiasa tegas dengan tindakan mereka.
"Jadi, kita tidak mahu pemimpin UMNO hanya bertindak tegas secara bermusim sahaja, sebab musuh politik akan sentiasa cuba memburukkan parti itu tanpa mengira masa," tegasnya.
Dalam pada itu, Mohd. Aidit turut menyarankan kepada pemimpin UMNO supaya meningkatkan keberanian dan ilmu pengetahuan dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.


SUMBER

AHLI UMNO KECEWA TIAN CHUA DIBIARKAN TERLEPAS

Tindakan UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bukan sahaja meremukkan hati seluruh ahli UMNO dan orang Melayu tetapi penjelasan diberikan barisan peguam juga sangat tidak meyakinkan.
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, beliau bimbang tindakan itu akan mendedahkan UMNO kepada fitnah yang lebih teruk pada masa hadapan kerana pembangkang menyedari, mereka hanya perlu membuat permohonan maaf untuk mengelak disaman.
Katanya, penjelasan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun sukar diterima kerana jika benar mahu membuktikan keterbukaan parti, sepatutnya UMNO jangan bertindak mengambil tindakan undang-undang dari awal lagi ke atas Tian Chua dan Mustafa serta membiarkan sahaja apa juga fitnah selepas ini.

"Saya percaya inilah antara detik paling menghancurkan hati seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia. Tragedi pencerobohan Lahad Datu memakan korban 10 anggota keselamatan negara dan UMNO difitnah sebegitu rupa oleh Tian Chua tetapi parti ini boleh bertindak menarik balik saman dan berkata, ini lambang keterbukaan?

"Apakah harga darah dan nyawa anggota keselamatan boleh dibayar dengan hanya satu permohonan maaf? Apakah selepas ini pelbagai pihak boleh memfitnah UMNO semahunya dan kemudian cukup dengan membuat permohonan maaf? Apakah itu erti keterbukaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Isnin lalu, kes saman fitnah yang difailkan UMNO terhadap Tian Chua dan dua individu lain berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kononnya sandiwara UMNO diselesaikan di luar mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Dalam kes berlainan, saman fitnah UMNO terhadap Mustafa, peguamnya dan laman web lidah rasmi Pas, HarakahDaily, juga diselesaikan dengan cara yang serupa selepas Setiausaha Agung Pas itu bersetuju menarik balik kenyataan fitnah mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah dikatakan mirip beliau.
Mohd. Hafarizam dalam penjelasannya selepas banyak pihak menyuarakan kekesalan memberitahu, penarikan balik kedua-dua saman itu bukan bermaksud UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat selain turut menolak dakwaan kononnya parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.
Sementara itu Muhammad Zahid meminta pucuk pimpinan UMNO mengambil iktibar dan melihat dengan mendalam kelemahan tertentu yang wujud di ibu pejabat parti, sehingga memungkinkan keputusan penarikan balik saman dipersetujui meskipun sedar tindakan tersebut memberi mesej yang salah kepada rakyat.
"Mungkin ada baiknya jika pembaharuan dapat dilakukan di ibu pejabat parti termasuk melihat semula barisan peguam sedia ada kerana sudah tentu ahli UMNO tidak mahu hati mereka remuk sekali lagi kerana saya percaya selepas ini akan lebih banyak fitnah dilemparkan dan tidak mustahil keputusan serupa dibuat parti," katanya.


SUMBER

JANICE LEE DESAK DAP LAKUKAN PERUBAHAN

DAP yang masih berdepan dengan krisis pengesahan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) terus didesak supaya berubah khususnya dalam kepimpinan jawatankuasa disiplin parti agar prinsip demokrasi dan keadilan dapat ditegakkan.
Desakan itu disuarakan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang melihat DAP kini dikuasai pemimpin autokrasi selain berat sebelah.
Malah tegasnya, berbanding parti-parti lain, DAP tidak mengamalkan sistem pemilihan secara terus melibatkan kelompok perwakilan yang besar di peringkat nasional serta negeri.
"Di peringkat nasional, wakil-wakil cawangan akan memilih 20 orang calon melalui sistem pengundian. Tetapi jawatan-jawatan penting seperti pengerusi atau setiausaha agung dipilih di antara 20 orang calon yang menang itu.
"Jika sesiapa ingin memegang jawatan penting, individu tersebut hanya perlu mendapat sokongan daripada 10 orang yang menang dalam pemilihan. Ini bermakna, pandangan calon yang menang itu, besar kemungkinan akan bercanggah dengan pandangan kelompok besar perwakilan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, jawatankuasa disiplin parti juga perlu diubah dengan pemegang jawatan pengerusi serta setiausaha jawatankuasa itu tidak seharusnya memegang sebarang jawatan lain bagi mengelakkan percanggahan kepentingan.
"Contohnya, Pengerusi Disiplin parti, Tan Kok Wai merupakan Timbalan Pengerusi DAP. Ini jelas menunjukkan percanggahan kepentingan kerana seorang 'hakim' daripada peringkat pertama tidak harus berada dalam peringkat rayuan dan ini merupakan prinsip asas sistem rayuan yang berdasarkan keadilan semula jadi.
"Cuba lihat sistem yang diamalkan oleh UMNO dan MCA apabila Pengerusi Jawatankuasa Disiplin diketuai oleh ahli veteran yang bukan merupakan Ahli Majlis Tertinggi parti, selain mempunyai kelayakan profesional undang-undang. Inilah yang perlu digubal oleh DAP demi menegakkan demokrasi dan keadilan," jelasnya.


sumber

3000 berarak bantah Khai Loon



Suasana tenang hujung minggu di Bandar Seberang Jaya, dekat sini hari ini berubah selepas kira-kira 3,000 penduduk di sekitar kawasan itu turun ke jalanan bagi membantah tindakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lalu.
Dalam perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi itu, penduduk berkenaan berarak sejauh lebih satu kilometer bermula di sebuah gelanggang futsal menuju ke pusat beli-belah yang terletak tidak jauh dari situ.
Diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, perhimpunan berkenaan yang disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk anak muda dan wanita bertujuan memberi mesej jelas kepada Khai Loon yang bertindak keterlaluan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika gambar Najib.
Sepanjang perarakan, peserta turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam tindakan ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang membisu dalam isu berkenaan.
Setibanya di hadapan pintu masuk pusat beli-belah itu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas mencabar Khai Loon supaya mengulangi perbuatan biadab tersebut.
"Rakyat berasa amat terkejut dengan penghinaan terhadap Perdana Menteri yang dipilih secara sah dalam pilihan raya umum lalu.
"Kepada Khai Loon, kalau beliau berani dan benar-benar anak jantan, saya cabar buat sekali lagi. Kita tengok dalam masa sejam, apa yang akan kami lakukan," katanya.
Yang turut hadir, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said serta wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.
Perhimpunan berkenaan turut bertujuan membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang merobohkan gerai peniaga Melayu, mempertahan isu kalimah Allah serta turut menolak tuntutan songsang Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
Dalam kejadian Rabu lalu di Pasar Malam Alma, Bukit Mertajam dekat sini, sekumpulan penyokong PKR yang diketuai Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut Perdana Menteri dan mempersenda kenyataan Najib berhubung penurunan harga sayuran berkenaan baru-baru ini.
Sementara itu, Musa berkata, tindakan ADUN Machang Bubuk berkenaan dianggap sebagai keterlaluan, kurang ajar serta tidak boleh diterima.
"Orang Melayu punya kesabaran yang cukup tinggi tetapi hari ini terdapat pihak-pihak tertentu yang semakin berani dan melampau dengan menghina pemimpin negara. Orang Melayu juga terus diasak termasuklah dalam isu kalimah Allah serta tuntutan songsang Comango.
"Sehubungan itu, saya menyeru kita bersatu melawan pihak-pihak ini yang bertindak keterlaluan," katanya.


sumber

Wednesday, January 15, 2014

SJKC BIADAP KEPADA GURU ISLAM

CINA DAP LAKNATULLAH SUDAH MULA TUNJUK BESAR KEPALA, DIPAKSA BUKA TUDUNG JIKA MAHU MENGAJAR DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA????

Ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru wanita mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian..Biadap, kurang ajar, melampau serta tidak tahu menghormati agama orang lain sedangkan pada masa sama dia mahu orang lain menghormati agamanya. Begitulah sikap biaDAPiG yang ditunjukkan oleh seorang Pengerusi Lembaga Pengurusan sebuah sekolah cinabeng di Kota Tinggi, Johor kelmarin terhadap seorang guru wanita Muslim yang berhijab ketika datang mengajar di sekolah.

Dalam kejadian itu, guru wanita berkenaan telah dipanggil oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah tersebut dan telah mengarahkan guru wanita itu agar tidak memakai tudung ketika mengajar kerana tindakan itu kononnya boleh mencemar imej sekolah berkenaan. Pengerusi biaDAPiG itu turut memberi amaran serta mengugut sekiranya berdegil, dia akan menjatuhkan maruah guru wanita itu serta keluarganya dengan memanggil wartawan bagi menghebahkan keburukan guru tersebut. TIDAK CUKUP dengan itu, si cinabeng lahanat haramjadah bangsat itu turut mengugut untuk membunuh dengan menembak guru wanita Muslim itu. Berikutan kejadian itu guru wanita yang dalam ketakutan itu dikatakan telah membuat satu laporan polis.

Lihatlah betapa saban hari, penghinaan demi penghinaan dibuat golongan biaDAPig ke atas agama Islam dan umat Islam di negara ini. Adakah ini yang dikatakan hak asasi juga? Kalau orang Melayu Islam bersuara membantah hal seperti ini akan dikatakan rasis dan tidak bersikap toleransi. Tapi kalau mereka pulak boleh bebas mengutuk, menghina, mengeji, mencerca Islam dan umat Islam serta orang Melayu !! Itulah bangsa lahanat haramjadah yang tak tahu mengenang budi dan berterima kasih !! Pemimpin yang dok ada pulak dah jadi bisu. Bagaikan "teloq dah kecut" gamaknya !! Sampai bila kita "nak jaga hati" puak-puak haramjadah lahanat sial gerombolan biaDAPiG ni?

P/S ◆ Eloklah para pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Melayu menghalau andainya ada guru-guru wanita bangsa cinabenggong ni datang ke sekolah dengan berpakaian ketat atau singkat. Kita nak tengok apa pulak puak-puak sial lahanat haramjadah biaDAPiG tu nak kata !! (Tapi dalam hal sebegini, kalau kena atas batang hidung mereka, akan dikatakan itu hak asasi untuk berpakaian manakala Melayu Islam akan dituduh rasis - itulah komen yang akan dikeluarkan oleh Ketua Lahanat biaDAPiG Tokong Guan dan sudah tentu kemudiannya disokong oleh gerombolan macai-macai penjilat pungkoknya). Tempurung pasti tulisan ini sudah tentunya akan dikecam hebat dan dianggap rasis sedangkan Tempurung mendedahkan perkara sebenarnya berlaku !!



· 

Sunday, January 12, 2014

THE PRIDE OF MALAY RACE



1. Dalam hujah pertama Jayagopal memperkatakan bahawa mleayu itu tidak wujud, dan Kerajaan Melayu Melaka adalah kerajaan bukan Melayu. Saya mohon saudara Jayagopal untuk membuka kembali apa yang dipanggil sebagai Kitab Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang. Kerana Sulalatus Salatin/The Malay Annal adalah sebuah kitab sejarah Melayu yang ditulis seawal 1614 lagi. Jadi, di mana dakwaan mengatakan bahawa Melaka bukanlah sebuah kerajaan Melayu kalau pada usia itu pun sudah wujud sebuah kitab sejarah Melayu yang memasukkan Melayu di dalam penceritaannya?

2. Jayagopal yang comel lotey, I-Ching tidak pernah datang ke Majapahit. Anda bercakap laksana seorang professor, tetapi timeline sejarah pun mengarut. Zaman I Tsing adalah pada abad ketujuh Masihi dan ketika itu, nenek moyang Majapahit pun tak wujud lagi. Yalah, ketika zaman itu, Sultan Melaka pun belum wujud sebab Parameswara adalah putera bangsawan Srivijaya yang menyambung legasi Srivijaya pada Melaka.

Oh ya, bila anda bercakap mengenai I-Ching, saya nak and abaca ni. Dia ada menyebut mengenai Melayu dalam catatannya…

"...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

Sekarang, anda hanya perlu senyum. Itulah, main-main lagi tulis sejarah sendiri kan?

3. Pada masa dulu tu bila? Bumiputra keturunan India? Memeluk Islam baru dinamakan Melayu? Jangan keliru saudara… saya nampak saudara sebenarnya sedang keliru. Peluk Islam tidak bermakna anda memeluk Melayu.

Sekali lagi saya nak mengajar saudara mengenai bangsa-bangsa di dunia. Orang Melayu tak ada kena mengena dengan bangsa india. Orang Melayu adalah daripada keluarga BAHASA AUSTRONESIA. Keluarga bahasa yang menghimpunkan rumpun Melayu di seluruh alam yang dipanggil sebagai ALAM MELAYU.

4. Jangan diambil apa yang terjadi di Indonesia pada waktu itu. Ambil apa yang terjadi sebelum kemerdekaan dan semangat Nasionalis Indonesia. Saya nak ambil contoh apa yang berlaku pada zaman sebelum ketiga-tiga negara ini mencapai kemerdekaan. Tahukah saudara Jayagopal bahawa anda sebenarnya ada penyakit yang dipanggil “INFERIORITY COMPLEX + SUPERIORITY COMPLEX”. Dan saya rasa kita ada beberapa likers daripada Indonesia di sini yang masih mahu MENGAKU SEBAGAI MELAYU. Kita ada bapak Sunan Empirit dari Kalimantan, kita ada sahabat kita Imran Khan, orang BUGIS yang mengaku sebagai MELAYU.

5. Dalam saudara mengatakan bahawa pada waktu dulu mereka seperti Acheh, Bugis dan sebagainya tidak mendakwa diri mereka sebagai Melayu tetapi bangsa lain. Sekali lagi tuan membuktikan betapa rendahnya pengetahuan sejarah tuan. Tapi tidak mengapa, biar saya ceritakan fakta yang boleh membuka pandangan saudara mengenai siapakah itu Melayu.

• Raja Haiwaii pernah mengusulkan kepada Maharaja Abu Bakar, untuk penyatuan dunia Melayu yang dikenali sebagai Pan Malaysia.

• Jose Rizal dikenali sebagai PRIDE OF MALAY RACE oleh bangsa Filipina bahkan saya sertakan cover buku lagi mengenainya.

• 9 Raja Melayu yang sebenarnya adalah orang BUGIS. Sultan Johor sekarang adalah keturunan Tun Habib, dari sebelah ibu berdarah Bugis hasil perkawinan Temenggung Abdul Jamal

(keturunan Tun Habib) dengan Daeng Maimunah bin Daeng Perani.
• Dan Raja Haji, seorang pahlawan bugis dari Riau begitu bangga bergelar Melayu dan dalam wasiat terakhirnya pun bercakap mengenai BANGSA MELAYU, bukannya bugis dan oh ya, 1727-1784.
• Hamka, seorang tokoh yang memang dikenali sebagai orang MINANG begitu asyik mengatakan tentang survival MELAYU. Baca puisi Hamka.

6. Bangsa Melayu dikenalkan dalam tempoh 150 tahun? Ini pembohongan sejarah apakah ini? Mari, saya campakkan kepada kamu batu-batu bersurat yang kamu perlu baca.

• Batu Bersurat Matari Singa Jaya Himat.

Batu bersurat ini adalah batu bersurat yang terpahat dalam BAHASA MELAYU KUNO. Ianya ditulis dalam tulisan MELAYU ASLI iaitu RENCONG. Dalam batu bersurat ini ada menulis mengenai MELAYU… BANGSA MELAYU… Usianya seawal kerajaan MAJAPAHIT.

"...Matari Singa Jaya Himat namanya.
Lama-lama baranak lanang;
Matari Singa Jaya Mat, dari ratu,
lami lami bangsa Malayu..."

NAMPAK TAK PERKATAAN BANGSA MELAYU? Usia kerajaan majapahit itu 150 tahun lalu ke? Kalau macam tu, saya nak bertanya matematik kamu waktu persekolahan dulu dapat berapa?



• Batu Bersurat Han Cey

“... mala Malayu iva malayam raja..." (Petikan Batu Bersurat)

Batu bersuray Han Chey di Kemboja bertarikh abad ke-6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II, raja Chenla yang berjaya menakluk seluruh Funan.Ayat di atas bermaksud 'Raja Mala dari Negeri Melayu'.

Boleh bagitahu siapa yang bernama "MALAYU" yang disebut tu? Apakah itu adalah bangsa alien? British yang cipta nama "MELAYU" ini? Bangsa Melayu ciptaan British? UMNO yang create bangsa Melayu?

Habis bodoh sangat ke Bhavarman tu sampai nak sebut pasal MELAYU. Wahh... hebatnya dia boleh tengok masa depan. Waktu ni British tak kenal pun erti TAMADUN. Kita lebih bertamadun daripada bangsa British yang masih berperang dengan ROM.

7. Saudara-saudara semua, saya memohon sekiranya kita melihat kelibat Jayagopal di setiap posting sejarah Melayu kita, mendakwa Melayu tak wujud dan tak pernah wujud, maka tempekkan link ini pada beliau, bagi menyedarkan beliau dari tidur yang lama. 

Wednesday, January 8, 2014

COMANGO PERTUBUHAN HARAM

KDN istihar Comango PERTUBUHAN HARAM.

KDN isytihar Comango pertubuhan haram
| 4:00PM Jan 8 2014
Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan
bahawa gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango)
yang menurutnya “memperjuangkan hak yang
menyeleweng daripada Islam” sebagai pertubuhan
haram.
Satu kenyataan dikeluarkan oleh ketua setiausaha
kementerian tersebut, Datuk Mohamad Khalid
Shariff menyebut, Comango tidak didaftarkan bawah
Akta Pertubuhan 1966.
“Gabungan ini kebanyakannya terdiri daripada
pertubuhan bukan berasaskan Islam dan sebahagian
besarnya tidak berdaftar.
“Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan
aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah
berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966
seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta
Pertubuhan 1966.
“Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi
keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan
sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan
menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1)
(b).
“Comango dengan itu merupakan sebuah pertubuhan
haram," kenyataan itu dipetik.
Jelasnya, KDN mendapati hanya 15 dari 54
pertubuhan yang bergabung dan bernaung di bawah
Comango berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966
(Akta 335).
Menurutnya, pertubuhan itu juga didapati
memperjuangkan "hak yang menyeleweng daripada
agama Islam", iaitu hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual,
Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons).
Comango pada Oktober lalu menyerahkan satu
laporan berhubung isu agama dan hak LGBT di
Malaysia kepada Majlis Hak Asasi Manusia (HRC),
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi
tujuan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic
Review) (UPR) di Geneva.
Dalam satu kenyataan segera, pengerusi bersaa
Jatawatankuasa Hak Asasi Badan Peguam Andrew
Khoo berkata keputusan berkenaan merupakan
tindakan "memeranjatkan dan tidak wajar".
Katanya, kerajaan bekerjasama dengan Comango
sepanjang proses UPR sejak 2008.
"(Kerajaan) diberikan salinan laporan UPR Comango
pada Mac 2012," kata Khoo.
"Tiada apa-apa berlaku sehingga organisasi
konservatif Muslim menggariskan aspek larpoan
Comango, yang tidak dipersetujui oleh mereka, dan
menuntut tindakan dikenakan ke atas Comango,"
katanyalagi.
Tambahnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan
tidak menghormati kebebasan berekspresidan hak
berpersatuan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan.
Khoo pernah bekerjasama dengan Comango tetapi
tidak menganggotai gabungan NGO tersebut.

TIDAK AKAN MOHON MAAF

Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew (gambar) enggan tunduk terhadap desakan pihak yang mahukan beliau menarik balik serta memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini supaya gereja Katolik terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan di Selangor.


Sebaliknya, beliau mempertahankan kenyataan itu dan meminta semua pihak tidak salah faham terhadap apa yang dinyatakannya sebelum ini.

Beliau memberikan alasan kenyataan itu dibuat berasaskan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap orang berhak menganuti serta mengamalkan agama masing-masing selain berhak menguruskan urusan agama sendiri seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 11(3) perlembagaan yang sama.

"Kenyataan saya sebelum ini adalah berkaitan dengan Perkara 11 tersebut. Begitu juga dengan hak kumpulan mana-mana agama untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, ini yang saya sebut.

"Kita tidak boleh pergi kepada agama lain dan mengarahkan apa nak dibuat seperti jangan guna bau-bauan, jangan guna air. Perlembagaan jelas menyebut setiap kumpulan agama berhak menguruskan agama masing-masing.

"Saya tak boleh beritahu orang Islam, Hindu, Buddha, Sikh apa yang perlu dibuat. Saya tidak boleh cakap apa-apa tentang agama lain... jangan salah faham," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Xavier Jayakumar.

Selain laporan polis dan desakan supaya Andrew memohon maaf, pelbagai NGO turut menganggap kenyataan paderi itu sebagai biadab serta mencabar sensitiviti umat Islam termasuk memperlekehkan titah Sultan Selangor yang sebelum ini menitahkan supaya semua rakyat negeri ini tanpa mengira kaum serta latar belakang agama supaya akur dan patuh terhadap larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Dalam pada itu, Andrew ketika diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan Sallehen berkata, pihaknya bersedia mengadakan dialog dengan mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian membabitkan isu yang membabitkan isu agama di negara ini.

Friday, January 3, 2014

ORANG MELAYU TAMAK...???

Pada zahirnya orang Melayu berjiwa kebangsaan sehinggakan ada kalanya berbau perkauman. Mereka boleh menjadi sangat anti Cina serta tidak teragak-agak untuk berlaku kasar dan keterlaluan apabila mengkritik orang Cina.

 Sikap mereka menyamai orang Arab di Palestin. Apabila Yahudi Zionis mula-mula merancang mahu menubuhkan negara Israel di bumi Palestin, orang Yahudi hanya memiliki 5% tanah negara itu . Bilangan orang Yahudi tempatan di Palestin pun sangat kecil.

Namun , dalam pada mereka begitu hebat mengutuk rancangan Zionis, orang Arab Palestin dengan sukarela menjual tanah mereka kepada orang Yahudi. Sama ada bersemangat kebangsaan atau tidak , mereka gagal menolak godaan wang yang di tawarkan kepada  mereka .