Sunday, January 12, 2014

THE PRIDE OF MALAY RACE



1. Dalam hujah pertama Jayagopal memperkatakan bahawa mleayu itu tidak wujud, dan Kerajaan Melayu Melaka adalah kerajaan bukan Melayu. Saya mohon saudara Jayagopal untuk membuka kembali apa yang dipanggil sebagai Kitab Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang. Kerana Sulalatus Salatin/The Malay Annal adalah sebuah kitab sejarah Melayu yang ditulis seawal 1614 lagi. Jadi, di mana dakwaan mengatakan bahawa Melaka bukanlah sebuah kerajaan Melayu kalau pada usia itu pun sudah wujud sebuah kitab sejarah Melayu yang memasukkan Melayu di dalam penceritaannya?

2. Jayagopal yang comel lotey, I-Ching tidak pernah datang ke Majapahit. Anda bercakap laksana seorang professor, tetapi timeline sejarah pun mengarut. Zaman I Tsing adalah pada abad ketujuh Masihi dan ketika itu, nenek moyang Majapahit pun tak wujud lagi. Yalah, ketika zaman itu, Sultan Melaka pun belum wujud sebab Parameswara adalah putera bangsawan Srivijaya yang menyambung legasi Srivijaya pada Melaka.

Oh ya, bila anda bercakap mengenai I-Ching, saya nak and abaca ni. Dia ada menyebut mengenai Melayu dalam catatannya…

"...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

Sekarang, anda hanya perlu senyum. Itulah, main-main lagi tulis sejarah sendiri kan?

3. Pada masa dulu tu bila? Bumiputra keturunan India? Memeluk Islam baru dinamakan Melayu? Jangan keliru saudara… saya nampak saudara sebenarnya sedang keliru. Peluk Islam tidak bermakna anda memeluk Melayu.

Sekali lagi saya nak mengajar saudara mengenai bangsa-bangsa di dunia. Orang Melayu tak ada kena mengena dengan bangsa india. Orang Melayu adalah daripada keluarga BAHASA AUSTRONESIA. Keluarga bahasa yang menghimpunkan rumpun Melayu di seluruh alam yang dipanggil sebagai ALAM MELAYU.

4. Jangan diambil apa yang terjadi di Indonesia pada waktu itu. Ambil apa yang terjadi sebelum kemerdekaan dan semangat Nasionalis Indonesia. Saya nak ambil contoh apa yang berlaku pada zaman sebelum ketiga-tiga negara ini mencapai kemerdekaan. Tahukah saudara Jayagopal bahawa anda sebenarnya ada penyakit yang dipanggil “INFERIORITY COMPLEX + SUPERIORITY COMPLEX”. Dan saya rasa kita ada beberapa likers daripada Indonesia di sini yang masih mahu MENGAKU SEBAGAI MELAYU. Kita ada bapak Sunan Empirit dari Kalimantan, kita ada sahabat kita Imran Khan, orang BUGIS yang mengaku sebagai MELAYU.

5. Dalam saudara mengatakan bahawa pada waktu dulu mereka seperti Acheh, Bugis dan sebagainya tidak mendakwa diri mereka sebagai Melayu tetapi bangsa lain. Sekali lagi tuan membuktikan betapa rendahnya pengetahuan sejarah tuan. Tapi tidak mengapa, biar saya ceritakan fakta yang boleh membuka pandangan saudara mengenai siapakah itu Melayu.

• Raja Haiwaii pernah mengusulkan kepada Maharaja Abu Bakar, untuk penyatuan dunia Melayu yang dikenali sebagai Pan Malaysia.

• Jose Rizal dikenali sebagai PRIDE OF MALAY RACE oleh bangsa Filipina bahkan saya sertakan cover buku lagi mengenainya.

• 9 Raja Melayu yang sebenarnya adalah orang BUGIS. Sultan Johor sekarang adalah keturunan Tun Habib, dari sebelah ibu berdarah Bugis hasil perkawinan Temenggung Abdul Jamal

(keturunan Tun Habib) dengan Daeng Maimunah bin Daeng Perani.
• Dan Raja Haji, seorang pahlawan bugis dari Riau begitu bangga bergelar Melayu dan dalam wasiat terakhirnya pun bercakap mengenai BANGSA MELAYU, bukannya bugis dan oh ya, 1727-1784.
• Hamka, seorang tokoh yang memang dikenali sebagai orang MINANG begitu asyik mengatakan tentang survival MELAYU. Baca puisi Hamka.

6. Bangsa Melayu dikenalkan dalam tempoh 150 tahun? Ini pembohongan sejarah apakah ini? Mari, saya campakkan kepada kamu batu-batu bersurat yang kamu perlu baca.

• Batu Bersurat Matari Singa Jaya Himat.

Batu bersurat ini adalah batu bersurat yang terpahat dalam BAHASA MELAYU KUNO. Ianya ditulis dalam tulisan MELAYU ASLI iaitu RENCONG. Dalam batu bersurat ini ada menulis mengenai MELAYU… BANGSA MELAYU… Usianya seawal kerajaan MAJAPAHIT.

"...Matari Singa Jaya Himat namanya.
Lama-lama baranak lanang;
Matari Singa Jaya Mat, dari ratu,
lami lami bangsa Malayu..."

NAMPAK TAK PERKATAAN BANGSA MELAYU? Usia kerajaan majapahit itu 150 tahun lalu ke? Kalau macam tu, saya nak bertanya matematik kamu waktu persekolahan dulu dapat berapa?



• Batu Bersurat Han Cey

“... mala Malayu iva malayam raja..." (Petikan Batu Bersurat)

Batu bersuray Han Chey di Kemboja bertarikh abad ke-6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II, raja Chenla yang berjaya menakluk seluruh Funan.Ayat di atas bermaksud 'Raja Mala dari Negeri Melayu'.

Boleh bagitahu siapa yang bernama "MALAYU" yang disebut tu? Apakah itu adalah bangsa alien? British yang cipta nama "MELAYU" ini? Bangsa Melayu ciptaan British? UMNO yang create bangsa Melayu?

Habis bodoh sangat ke Bhavarman tu sampai nak sebut pasal MELAYU. Wahh... hebatnya dia boleh tengok masa depan. Waktu ni British tak kenal pun erti TAMADUN. Kita lebih bertamadun daripada bangsa British yang masih berperang dengan ROM.

7. Saudara-saudara semua, saya memohon sekiranya kita melihat kelibat Jayagopal di setiap posting sejarah Melayu kita, mendakwa Melayu tak wujud dan tak pernah wujud, maka tempekkan link ini pada beliau, bagi menyedarkan beliau dari tidur yang lama. 

No comments:

Post a Comment