Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sidang sahabat FB yang saya muliakan,
Dalam mengupas berkenaan isu Dakwah Islamiah, ramai masyarakat kita keliru dan dikelirukan. Mereka tidak dapat membezakan antara politik orang dakwah dan dakwah orang politik. Barangkali bagi pembaca dan rakan fb ini hanya mainan bahasa, namun apa yang penting ialah maksud dan tujuan sesuatu ungkapan. Mungkin maksud "politik orang dakwah" adalah dengan mengunakan kaedah strategi yang diizinkan oleh syarak untuk kepentingan dakwah. Manakala "dakwah orang politik" pula dia menjadikan ajakkannya kepada Islam dengan tujuan politik tertentu yang di cita-citakannya. Saya tidak menafikan kemungkinan orang politik juga jujur dalam dakwahnya. Namun, jika hanya kedudukan politik yang menjadi fokus dalam dakwahnya, maka dia bukanlah pendakwah sebenar yang menjulang syiar Islam yang syumul dan lengkap.
Umat Islam disuruh memasuki Islam secara syumul , apabila kita memasuki dan memahami Islam secara syumul, kita akan dapati di dalamnya ada di bicarakan tentang ekonomi, politik, ibadah , akhlak dan yang paling penting akidah. Oleh itu kita akan berusaha supaya setiap tuntutan Islam itu ditunaikan, juga menilai setiap pekara dengan keluasan Islam itu. Jika kita cuba lihat Islam dari pintu ekonomi sahaja, tanpa melihat soal akidah , ibadah, akhlak, politik dan sebagainya, maka perbincangan ekonomi kita itu akan tersasar dari sudut akidah, ibadah dan akhlak. Sehingga jangan nanti panel-panel syariah bank hanya cekap "meluluskan" produk-produk bank atas nama Islam , namun tidak memikirkan soal roh keadilan dan kebebasan dari unsur-unsur penindasan ekonomi ke atas pengguna yang merupakan cabang daripada akhlak Islam. Maka ramai mulai meraskan sesetengah produk perbankan Islam itu lebih membebankan dibandingkan dengan konvensional.
Oleh itu , jangan lah dalam keghairahan berpolitik, kita melihat segala-gala dengan nilaian politik sahaja. Hingga kita melupai soal-soal akidah dan akhlak muslim , persaudaraan Islam dan semua yng menjadi tuntutan agama.
No comments:
Post a Comment