Friday, October 18, 2013

ADA YANG NAK KOMPLEN KE ?


Rumah sudah siap, pahat masih berdentum dentam...., 
Ramai pengalisis politik yang bertauliah mahupun yang tidak bertauliah berbicara di coffe house mahupun di kedai mamak 24jam bahawa pemilihan sayap-sayap UMNO kali ini dicemari dengan pelbagai kesalahan etika dan teknikal. Dan kedengaran ramai yang bercadang mengunakan senjata ini untuk menarik turun lawan masing-masing. 
Mungkinkah ianya hanya sekadar cakap-cakap kosong kedai kopi atau akan ada tindakan susulan oleh mereka yang tidak berpuashati dengan keputusan yang kita telah sedia maklum? 
Sudah-sudahlah .....lembu dan kambing pun banyak lagi nak di korbankan. 
SELAMAT HARI RAYA KORBAN , jangan sampai terkorban...!!!




Mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi  ketiga-tiga sayap parti Umno yang berlangsung , berjalan baik meskipun masalah kecil timbul di beberapa bahagian, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).
  
"Daripada 191 bahagian itu, tidak sampai 10% yang bermasalah. Ia hanya kekangan teknikal yang tidak memudaratkan dan ini melegakan (kita)," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
  
Beliau berkata antara aduan yang diterima adalah mengenai masalah status perwakilan.
  
Katanya, ibu pejabat Umno sentiasa memantau perjalanan proses mesyuarat agar ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
  
"Kami juga akan melihat dan memperbaiki kaedah yang digunakan pada hari ini yang barangkali mempunyai kekurangan dari segi penyampaian, pengetahuan dan  pelaksanaan untuk pemilihan Majlis Tertinggi minggu depan," katanya.  
  
Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata ibu pejabat Umno mengalu-alukan sebarang kritikan, pandangan serta cadangan membina yang boleh digunakan bagi memudah cara perjalanan sistem pemilihan yang menggunakan kaedah baharu itu.
  
"Kita melihat ada banyak perkara yang boleh ditambah baik berdasarkan masalah kecil yang timbul pada hari ini agar ia dapat diperhalusi dan dibaiki sebagai persediaan menghadapi pemilihan minggu depan," katanya.
  
Menjelas lanjut, Ab Rauf berkata masalah teknikal itu kebanyakkannya melibatkan sudut pentadbiran dan ia dapat diselesaikan dengan kaedah pemudah cara yang diperkenalkan Jawatankuasa Pemilihan Umno dan ibu pejabat.
  
"Meskipun berlaku permasalahan teknikal di beberapa bahagian, namun ia dapat diselesaikan dan mesyuarat dapat dijalankan dengan jayanya...hasil kebijaksanaan urus setia yang telah diberikan latihan simulasi pemilihan di Janda Baik, baru-baru ini.
  
"Kita juga melihat masalah logistik memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pengedaran kertas undi, namun ia dapat diselesaikan," katanya.   
Mengenai mesin kira yang dikatakan rosak di Bagan, Pulau Pinang, Ab Rauf berkata ia berpunca daripada masalah teknikal kerana petugas pemilihan masih belum biasa menggunakan alat berkenaan.
  
"Sepatutnya mesin mengira kertas undi itu mempunyai had (untuk mengira) tetapi mereka ingat ia tiada had, justeru kertas undi tersangkut dan kaedah pengiraan 'manual' terpaksa dilakukan untuk bahagian itu," katanya.
  
Menurutnya, permasalahan seperti kertas undi tidak sampai, tertukar dengan bahagian lain dan tiada bekalan elektrik juga berjaya diselesaikan.
  
"Selain itu, pada peringkat awal kita melihat sistem ini diterima oleh kebanyakan perwakilan yang bersedia dengan transformasi yang dibawa pucuk pimpinan," katanya. 

No comments:

Post a Comment