Showing posts with label syed hamid. Show all posts
Showing posts with label syed hamid. Show all posts

Friday, February 24, 2017

MRT BUKA PELUANG BARU


'Projek mega sering dinilai berdasarkan pelaburan kapitalnya, walhal ia membuka pelbagai peluang buat orang muda mendapat pekerjaan, dan menerima latihan dalam bidang teknologi tinggi' ~ Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.


Masih lagi dalam ingatan pada tanggal 10 Jun 2010 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek Aliran Transit Massa (MRT) semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke 10 di Parlimen yang mana ianya sebahgian daripada Program Transformasi Nasional untuk membina sistem pengangkutan awam bersepadu di kawasan Greater Kuala Lumpur. 

MRT merupakan satu cadangan sistem Aliran Massa yang akan membantu mentransformasikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar mesra pengangkutan awam yang akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Lembah Klang dalam masa yang sama akan mengubah cara hidup penduduk di sekitar laluannya. 

MRT menawarkan mod pengangkutan alternatif berbeza dengan kereta yang selama ini digunakan. Ianya selaras dengan hasrat kerajaan yang ini mencapai perkongsian modal pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang 2030. 

Bagi merancakan lagi peluang dalam projek ini, MRT Corp  juga telah membuka tender ruang niaga di stesen bawah tanah Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh - Kajang (SBK). Oleh itu MRT Corp mempelawa mana-mana perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengambil bahagian dalam tender itu.

Berdasarkan penyertaan bumiputera dalam MRT melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 50 peratus, admin harap untuk tender ini juga MRT wajar memberi peluang lebih kepada bumiputera - sekurang-kurangnya mencapai tahap 50 peratus juga. 

Walaupun syarat untuk mendapat tender ini ialah mempunyai modal berbayar sebanyak RM500 ribu selain mempunyai 3 tahun pengalaman, admin berpendapat peniaga yang berpotensi juga patut diberi peluang yang sama. 

Ruang niaga yang disediakan berukuran 77 meter persegi hingga 122 meter persegi dan jauh lebih besar berbanding ruang niaga di stesen bertingkat yang terletak distesen bawah tanah. 

Kesemua stesen tersebut terletak di Bukit Bintang dengan jumlah lot yang dibuka sebanyak tiga lot, Muzium Negara (satu lot) dan Tun Razak Exchange (TRX) (tiga lot).

Berdasarkan laluan MRT sepanjang Sungai Buloh ke Kajang, admin yakin peluang ini patut di rebut oleh peniaga tempatan. 

Untuk makluman, Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK) akan mula beroperasi dalam dua fasa. Fasa 1 operasi komersial Sungai Buloh – Semantan mula beroperasi pada 16 Disember 2016 manakala Fasa 2, Semantan – Kajang dijangka mula beroperasi secara komersial pada Julai 2017.

Monday, May 23, 2016

NASIB GRABCAR DAN UBER KABINET PUTUSKAN



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sudah lama mengambiil perhatian dan rugutan pemandu teksi berkenaan dengan  kewujudan GrabCar dan Uber yang dikatakan telah menganggu punca rezeki mereka. Telah banyak surat, email dan di medium media sosial berkenaan rungutan mereka ini diterima. Namun pekara ini perlu diteliti dan diperhalusi sewajarnya dengan mengambil kira pendapat dan kemahuan rakyat. 

Akhirnya SPAD akan membentangkan kertas kerja akhir kepada Kabinet berkenaan isu perkhidmatan teksi, GrabCar dan Uber dalam tahun ini juga. Pengerusinya. Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kertas kerja peringkat pertama telah dihantar untuk disemak Unit Perancangan Ekonomi. Katanya, "Sebagai pelindung kepada pengangkutan awam darat, kami hendak tentukan bila kerajaan buat keputusan mesti ada Prosuder Operasi Standard (SOP), perlu adil. 

Syed Hamid juga berkata, SPAD turut membentangkan beberapa idea dan cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk diberi pertimbangan bagaimana kaedah perlaksanaan jika kita hendak menerima pemain-pemain lain seperti GrabCar dan Uber dalam industri perkhidmatan teksi ini. 

Syed Hamid menjawab pertanyaan wartawan ketika merasmikan pejabat SPAD Wilayah Selatan. Turut hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah. Pejabat SPAD Wilayah Selatan ini terletak di Menara MSC , Cyberport, Johor Bahru.

Pihak SPAD perlu diberi ruang dan masa untuk melihat perubahan undang-undang selain perlu mempertimbangkan beberapa usaha bagi melaksanakan perlaksanaan teksi yang dikehendaki oleh rakyat dan pengenndali teksi.

Dalam pada itu juga Syed Hamid menyeru kepada pemain-pemain perkhidmatan awam agar menyiapkan diri dengan ilmu dan teknologi baru untuk berhadapan dengan saingan yang lebih mencabar. Mereka perlu ubah strategi dan cara lama dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan jika tidak mahu ketinggalan.