Showing posts with label halal. Show all posts
Showing posts with label halal. Show all posts

Saturday, March 19, 2016

PENGARUH HALAL DALAM PENYEDIAAN MAKANAN DI McDONALD's

Walaupun telah berkali-kali penjelasan berkenaan status halal McDonald's yang diiktiraf JAKIM, namun masih ada lagi dikalangan kita menyebarkan cerita tidak benar mengenai status halal makanan di McDnonald's. 

McDonald's bukan sahaja memastikan setiap produk makanannya halal dan bersih, bahkan McDonald's juga memastikan ianya berkualiti dan berkhasiat. Oleh itu orang ramai tidak perlu risau dan ragu-ragu untuk makan di restoran McDonald's.

Artikel sebelum ini saya telah menjelaskan berkenaan status halal pembekal makanan di McDonald's (BACA DISINI) dan bagaimana produk makanan McDonald's diproses(BACA DISINI). 

Kali ini saya ingin berkongsi lagi berkenaan bagaimana halal mempengaruhi penyediaan makanan di restoran McDonald's. 

Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's, Encik Wan Mohd Zam Wan Embong menegaskan bahawa McDonald's mempunyai Jawatankuasa Halal Dalaman mereka sendiri bagi memastikan semua produk dan penyediaan makanan di restoran McDonald's betul-betul menepati piawaian halal. Jawatankuasa ini bekerjasama rapat dengan pihak JAKIM dan penasihat bebas halal McDonald's dalam memastikan semua langkah mematuhi hukum syarak. 

Saya yakin , andaikata jawatankuasa halal ini melihat cara kita menyediakan masakan dirumah, saya belum berani jamin makanan masakan kita akan mendapat status halal seperti yang dikehendaki oleh JAKIM. Ini kerana prosuder penilaiannya sangat ketat kerana produk ini akan disediakan kepada pelanggan. Oleh itu keselamatan dan kesihatan pelanggan amat-amat dititik beratkan. 


Antara tugas Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's ini antaranya ialah memantau cara penyediaan makanan itu disediakan, meneliti dan memperhalusi standard halal di McDonald's. Adalah sangat penting bagi McDonald's mengawasi penyediaannya dari semasa ke semasa. Ini akan menjadikan setiap staf yang menjaga makanan di restoran McDonald's begitu berdisiplin.



Selain itu McDonald's juga mempunyai dua individu arif tentang halal yang juga dikenali sebagai Penasihat bebas halal.Menurut Ustaz Khairuddin, peranan mereka antaranya ialah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dua hala, membuat lawatan ke tempat pemprosesan, pengedaran dan penyimpanan dalam usaha meninjau dan melihat sendiri tahap pengeluaran yang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh JAKIM disamping memastikan kualiti produk terjamin. 

Sebagai penasihat bebas halal, Profesor Madya Dr. Muhd Fauzi berkata perkara pertama yang menjadi keutamaannya ialah kebersihan dan kehalalan produk McDonald's. Keyakinan masyarakat terhadap produk McDonald's  adalah amat penting bagi McDonald's. Bukan makanan sahaja mesti halal, tetapi cara penyediaannya kepada pelanggan pun mestilah bersih dan bermutu disamping mengekalkan kemesraan kepada pelanggan.



Setiap restoran McDonald's menyimpan stok tidak lebih dari 3 hari yang mana semua ini diuruskan oleh satu pusat logitik yang mengurus semua stok McDonald's. Masa memunggah stok pula ditetapkan dalam masa setengah jam bagi mengelakan produk terdedah terlalu lama dengan suhu luar. Terutama makanan sejuk beku yang mana suhunya perlulah mengikut standard McDonald's semasa diterima. 




Tuesday, January 12, 2016

PRODUK McDONALD's HALAL DAN SELAMAT




Sehingga kini tidak ada satu bukti pun yang menunjukkan seseorang itu mengalami sesuatu penyakit yang berpunca dari makan makanan di restoran McDonald's

Saya pernah menonton satu video yang dimuat turun dalam facebook yang menunjukkan seekor lembu yang mati tanpa disembelih telah diproses menghancurkan tulang dan dagingnya dikatakan proses ini adalah untuk penyediaan makanan 
McDonald's

Dengan bermodalkan video fitnah tersebut ramai yang percaya kononnya itu adalah daging yang dihasilkan adalah untuk produk McDonald's.


Begitulah mudahnya masyarakat kita diperdayakan oleh mereka yang mempunyai agenda buruk terhadap syarikat 
McDonald's.

Tahukah anda,  McDonald’s Malaysia merupakan Restoran Khidmat Segera pertama menerima sijil Halal oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri.

McDonald's Malaysia menjamin setiap proses dan pemeriksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dipenuhi dan diberi pengiktirafan 100% Halal.

Justeru itu rakyat Malaysia tidak perlu lagi berasa was-was dan curiga terhadap produk McDonald's. Apa yang anda perlu buat adalah merujuk kepada pihak berkuasa JAKIM dan syarikat McDonald's sendiri untuk mendapat kepastian.

Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM ini. semua proses dari awal hinggalah ke akhir perlu perlu diteliti oleh JAKIM. Hinggakan untuk meletakkan nama produk pun JAKIM akan beri perhatian.

Mana-mana syarikat yang mengeluarkan atau mengedar produk halal dalam masa yang sama mengedar sekali dengan produk tidak halal, syarikat tersebut JAKIM akan tolak permohonan mereka sama sekali. 

Selain itu produk yang mengunakan nama yang boleh mengelirukan orang ramai contohnya Bak Kut Teh dan seumpamanya juga tidak akan diterima permohonan mereka.

Bagi mendapatkan sijil pengesahan halal, setiap pengeluar, premis makanan dan rumah sembelihan hanya mengeluarkan produk yang HALAL SAHAJA.  Tidak dibenarkan sama sekali ada produk yang tidak halal diproses ditempat yang sama. 

Syarikat perlu memastikan semua sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal yang membekal produk yang halal sahaja dan mempunyai sijil halal.

Mana-mana syarikat yang disenaraikan dalam kategori Multinasional dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) adalah wajib mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal Dalaman dan melantik seorang Eksekutif Hal Ehwal Islam (Pengajian Islam) bagi mengendalikan dan memastikan pematuhan prosedur pensijlan halal.

 McDonald's Malaysia telah mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal yang antara lain fungsinya adalah memastikan produknya di pasaran halal, sihat dan bermutu.