Showing posts with label LGBT. Show all posts
Showing posts with label LGBT. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

LGBT PATUT DI BERI KEBEBASAN


Topik sokong atau tidak Seksualiti Merdeka merupakan topik yang tidak gemar disentuh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa ?
“Isu di sini bukan sama ada menyokong atau tidak menyokong. Isunya ialah anda menyerang mereka.
“Itu perkara yang berbeza. Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?” katanya kepadapemberita di lobi Parlimen 8 November.
Ketika menjawab persoalan itu, Ketua Umum PKR itu memilih pendekatan mengalih dari isu utama, menjawab kepada isu sampingan yang merupakan teknik biasa dilakukannya jika beliau tidak selesa dengan sesuatu persoalan tersebut.
Itupun Anwar bersedia memberi respon setelah hampir seminggu topik Seksualiti Merdeka mula diperkatakan di negara ini.
Jawapan Anwar seperti dirakamkan Malaysiakini tidak begitu tegas, bercelaru dan samar-samar. Satu sisi, nampak seperti tidak menyokong ketika bercakap dalam Bahasa Melayu (dengan ayat yang tergantung) dan satu sisi lain, nampak seperti menyokong (dengan nada yang lebih tegas) ketika bercakap dalam Bahasa Inggeris.
“Kenapa ‘serang’ (Seksualiti Merdeka) selepas Ambiga (mahu rasmikan)..(Jika) kita pilih untuk pertahankan (Seksualiti Merdeka)..mereka kata..Ahh..Lihat Anwar bersama mereka (Seksualiti Merdeka).
“Saya bukan mahu mendesak supaya mereka mengambil tindakan terhadap Marina..awak harus hormat hak Marina Mahathir untuk menyatakan pendapatnya”, katanya.
Gambaran yang diberikan Anwar, seolah-olah hanya dua tokoh yang dijemput merasmikan Seksualiti Merdeka, iaitu Marina Mahathir (2009) dan Datuk Ambiga Sreenevasan (2011).
Tetapi bagaimana pula dengan penglibatan bekas salah seorang peguam bela kes liwat II, Edmund Bon yang merasmikan Seksualiti Merdeka pada tahun 2010 ?
“Saya cadangkan mereka hormat pandangan Marina..sama juga dengan pandangan Ambiga”, kata Anwar.
Memperbesarkan topik sokongan Marina Mahathir terhadap Seksuliti Merdeka adalah teknik terbaik daripada melindungi pendirian sebenarnya terhadap isu tersebut, walaupun sokongan anak Tun Dr Mahathir bukan perkara pelik yang pernah dilakukan sejak tahun 1998, ketika ayahandanya memecat Anwar atas alasan mengamalkan aktiviti homoseksual dan biseksual.
Bahkan pada tahun 1998, ketika Dr Mahathir memecat Timbalannya atas dakwaan mengamalkan seks luar tabie, wartawan Barat yang pro Anwar menjadikan Marina sebagai sasarannya, kerana anak bekas Perdana Menteri itu dilihat terlibat aktif dalam gerakan feminisme dan kesedaran HIV di Malaysia.
Dr Mahathir dalam bukunya, A Doctor in the House, memberitahu pandangan Barat dengan pandangan Malaysia berbeza tentang aktiviti homoseksual Anwar pada tahun 1998.
“…Seorang wartawan wanita dari Australia bertanyakan tentang Anwar. Beliau begitu sinis apabila menyentuh tentang tuduhan salah laku moral dan liwat di antara orang dewasa berdasarkan suka sama suka apabila menganggapnya sebagai perkara biasa. Bagi beliau dan mereka yang sehaluan dengannya Anwar tidak melakukan sebarang kesalahan”, katanya. Klik di sini
Bermakna sokongan Marina terhadap kumpulan minoriti, bukan perkara baru, tetapi menjadi anak Dr Mahathir sebagai perisai bukanlah kaedah terbaik, kerana fakta membuktikan, sikap Dr Mahathir sebagai negarawan ulung di negara ini tetap bertegas, memecat Anwar kerana tidak mahu menjadikan tokoh yang dikaitkan dengan seks luar tabie dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri di negara ini.
Jika Marina yang tidak bercita-cita menjadi Perdana Menteri (PM) sokong Seksualiti Merdeka, bagaimana pula dengan Anwar yang bercita-cita jadi PM berpandangan tentang Seksualiti Merdeka, sedang Dr Mahathir masih konsisten dengan pandangannya hingga ke hari ini ?
Adalah tidak adil Anwar berlindung di sebalik perisai Marina Mahathir semata-mata untuk menutup pandangannya yang senada dengan Ambiga dan Edmund Bon.
Sebagai bekas Presiden ABIM dan tokoh yang pernah dinobatkan sebagai ‘bakal Presiden PAS’ satu ketika dahulu, Anwar sepatutnya lebih tegas daripada bekas Mutfi Perlis dalam penentangannya terhadap Seksualiti Merdeka.
Dalam pada itu, pandangan Anwar terhadap Seksualiti Merdeka juga turut menjadi topik utama di kalangan komuniti #SeksualitiMerdeka.
“Betul ke @anwaribrahim tak suka #SeksualitiMerdeka?? Semasa temuramah pemberita di lobi parlimen. “HAIRAN””, tanya sheikhnorman

Sunday, March 24, 2013

Anwar : Malaysia Fobia Terhadap Dunia Luar


KETIKA penyokong-penyokong Anwar masih lagi bingung cuba menepis video wawancara Anwar dengan radio BFM yang menyaksikan Anwar menentang diskriminasi terhadap terhadap golongan LGBT dan menganggap ianya merupakan hak peribadi seseorang, timbul satu lagi video yang membawa mesej yang sama dari Anwar, berkenaan isu ini.
Anwar Wawancara
Video yang boleh didapati didalam artikel yang bertajuk “Anwar to end ‘xenophobia’ and promote freedoms“ adalah wawancara Anwar dengan Fairfax Media dari Australia yang disiarkan pada 6 Mac 2013.
Artikel berkenaannya pula yang ditulis oleh Lindsay Murdoch membawa tajuk “Anwar akan hapuskan xenofobia dan mempromosi kebebasan”.
‘Xenofobia’ adalah salah satu gangguan psikologi yang berkaitan dengan rasa takut yang tidak rasional terhadap sesuatu yang asing, termasuk orang asing atau budaya serta apa-apa yang berbeza dengan kebiasaan atau budaya sendiri.
Media Australia ini jelas mengangkat Anwar sebegitu tinggi dengan merujuk kepada beliau sebagai Dr. Anwar, pemimpin berkarisma. Namun, dalam wawancara itu, Anwar pula sebaliknya mengkritik ahli politik Australia yang memuji pembangunan di Malaysia ketika melawat negara ini.
Kata Anwar, mereka hanya melihat Menara Berkembar, Jambatan Terpanjang dan Empangan terbesar tetapi tidak melihat keadaan masyarakat India di ladang-ladang yang dikatakannya sebagai ‘menjijikkan’.
Secara umumnya, Anwar mengkritik segala-galanya tentang Malaysia sebagai buruk, atau terburuk, tidak demokratik, tidak telus, kuku besi, kuno, terkebelakang, mundur, tidak maju, berfikiran sempit, kolot dan apa saja gambaran yang buruk yang mampu difikirkannya.
Menurutnya, Malaysia di bawah pemerintahan beliau akan kelihatan berbeza dan lebih baik berdasarkan perubahan-perubahan yang bakal dilakukannya.
Antaranya, beliau akan membenarkan kebebasan beragama kepada semua termasuk orang Islam iaitu untuk keluar atau memeluk agama lain dan ini juga termasuk membenarkan penguatkuaan undang-undang syariah yang kontroversi.
Namun, beliau kemudian turut menekankan bahawa undang-undang itu akan dikaji semula di mana klausa berkaitan jenayah mungkin akan dihadkan, dan ia mungkin hanya tertakluk kepada negeri-negeri tertentu sahaja.
Anwar turut menyatakan yang demokrasi yang akan dibentuk di bawah pemerintahan beliau adalah dengan mengambil contoh India, Filipina dan Indonesia sebagai model.
Seperti kebanyakan ahli politik lain yang ingin meraih undi kaum Cina, Anwar turut menuduh bahawa polisi ekonomi yang ada sekarang adalah berat sebelah terhadap bumiputera dan tidak adil kepada kaum lain.
Di masa yang sama, Anwar, seperti juga ahli politik lain itu, gagal memperinci dan menjelaskan dakwaan mereka dengan memaparkan angka dan statistik berkenaan pembahagian kek ekonomi negara bagi membuktikan ketidakadilan tersebut.
Apa yang paling menarik mengenai wawancara ini ialah, Fairfax Media turut memaparkan gambar yang pernah menggemparkan Malaysia untuk beberapa jam, iaitu gambar seorang peserta Bersih, dikenali sebagai Suhardi yang kononnya meninggal dunia sebagai mengukuhkan dakwaan kekejaman kerajaan.
Sedangkan ‘kematian’ Suhardi telah dibuktikan sebagai satu penipuan terancang oleh puak Anwar sendiri apabila si Suhardi ditemui masih hidup dan sihat di rumahnya.
Malah, lebih menjelikkan lagi, apabila Suhardi sendiri mengaku telah cuba berlakon sebanyak 3 kali untuk menarik perhatian jurugambar tetapi tidak berjaya.
Fairfax Media wajar merasa malu kerana menyiarkan gambar Suhardi di dalam laman mereka tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya.
Jika perkara semudah ini juga media ini tidak mampu lakukan, maka tidak hairanlah apabila mereka begitu mudah memberi ruang, malah membantu menyebarkan keyakinan bahawa Anwar bakal mengambil-alih tampuk pemerintahan dari Datuk Seri Najib dalam PRU kali ini. Nampaknya, Anwar dan Fairfax Media, sama-sama tidak punya kredibiliti mahupun integriti.
Anwar seterusnya menyatakan bahawa terdapat perubahan dari segi sentimen rakyat Malaysia dan beliau yakin bahawa ini adalah titik penamat bagi Barisan Nasional.
Namun, orang Malaysia tahu bahawa yang nazak sekarang ialah Anwar dan bukan BN, apabila seorang demi seorang pengganas Sulu di Lahad Datu dibunuh dan beberapa orang, telah pun dibawa ke mahkamah.
Oleh itu media Australia boleh percaya dan tulis apa yang mereka suka, dan Anwar juga boleh bercakap apa saja yang beliau suka kepada orang asing. Yang pasti, orang Malaysia tidak takut pada orang asing atau media asing kerana mereka tidak boleh mengundi di sini.
Orang Malaysia cuma takut jika Anwar memerintah kerana beliau telah berikrar akan membawa kebebasan yang berbentuk kecelaruan dalam agama sepertimana yang berlaku di Indonesia, India dan Filipina yang bakal mengakibatkan keruntuhan akhlak dan kehancuran nilai-nilai kekeluargaan, kemasyarakatan serta kemanusiaan.

Wednesday, March 20, 2013