Showing posts with label FIC. Show all posts
Showing posts with label FIC. Show all posts

Thursday, December 24, 2015

PEMBELIAN EHP : KEPUTUSAN FGV KEKAL POSITIF



Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bangkit menjelaskan bahawa pengambil alihan dalam kepentingan PT Eagle High Plantation (EHP) masih lagi  diteruskan oleh Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dan bukannya Felda Investment Corporation (FIC) seperti yang dilaporkan sebelum ini. 

Memetik sumber yang melaporkan sebelum ini, FIC dikatakan telah berunding dengan PT Rajawali Group bagi memiliki 37 peratus saham dalam EHP yang bernilai RM2.55 bilion.  

Pengambilalihan kepentingan EHP  ini amat penting kepada FGV kerana pergantungan kepada tanah seluas 350,000 hektar yang dipajak daripada Felda tidak mampu membuat FGV terus berkembang dimasa akan datang untuk kekal relevan dalam sektor perladangan.

Lokasi, keluasan tanah dan kesesuaian tanah merupakan faktor utama kenapa Indonesia kekal menjadi pilihan FGV.  

Menurut Tan Sri Isa, perbincangan ini hanya melibatkan  FGV dan EHP sahaja tanpa ada pihak-pihak lain terlibat. 

Beliau sangat berharap perbincangan yang terbaru ini akan berjaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak FGV dan EHP. 

Ditanya mengenai kejatuhan harga minyak sawit mentah, Tan Sri Isa menjawab," FGV sedang berusaha meningkatkan kualiti pengurusan ladang dengan berhemah agar dapat mengurangkan kos. 

Dalam pada itu FGV juga sedang giat menjalankan aktiviti hiliran menjelang 2020 bagi mencapai sasaran 40 peratus. 

Saat ini aktiviti perladangan telah meyumbang 75 peratus kepada pendapatan syarikat. 

Pemuda Selempang Merah berharap harga minyak sawit mentah akan kembali stabil menjelang 2017 dan 2018 seperti jangkaan mejoriti pengalisis. 


PEMUDA SELEMPANG MERAH (Bani Jawi).
  

Tuesday, December 22, 2015

FELDA MASIH BERUSAHA MILIKI EHP




Perancangan Felda dalam usaha untuk memiliki 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantation (EHP) masih lagi belum berakhir. Usaha itu diteruskan melalui perjanjian yang telah disusun semula.

Ini berikutan keputusan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menangguhkan cadangan pembelian EHP  pada November lalu telah  memberi laluan kepada Felda Investment Corporation (FIC) memulakan rundingan dengan PT Rajawali Group dalam usaha memiliki 37 peratus saham EHP yang bernilai RM2.55 bilion. 

Justeru itu, Felda melalui sayap pelaburannya Felda Investment Corporation  (FIC)  akan membuat keputusan berkenaan pembelian EHP itu selewat-lewatnya Mac 2016.

Sudah tentu keputusan ini dibuat demi memelihara kepentingan dan kebaikan Felda keseluruhannya dimasa akan datang.

Oleh itu, walaupun keputusan ini bakal diputuskan oleh lembaga pengarah, namun masih ada pertimbangan tertentu yang perlu diambil kira sebelum ianya dimuktamadkan.

Perlu diketahui bahawa perundingan ini masih lagi di peringkat awal, belum ada apa-apa lagi keputusan bagaimana bentuk pembayaran untuk memiliki 37 peratus saham dalam EHP.

Ini merupakan langkah awal FIC dalam sektor perladangan yang mana sebelum ini diuruskan oleh FGV.

Bagi pihak PT Rajawali Group, Pengarah Urusannya Darjoto Setyawan berkata, syarikat tersebut sedang mengkaji dan berbincang bagi memuktamadkan harga pembelian bagi perjanjian yang terbaru ini.

Saya bagi pihak Pemuda Selempang Merah yakin bahawa Felda akan membuat keputusan yang bakal memberi manfaat kepada rakyat amnya dan warga Felda khasnya.