Tuesday, May 14, 2019

KETUA AUDIT NEGARA TIADA KUASA SOAL ?

Nampaknya kuasa Ketua Menteri masa Guan Eng amatlah besar.

Sehingga Ketua Audit Negara pun tak ada kuasa untuk soal.

Hari ini, Menteri Kewayangan dipaksa menjawab lagi di Mahkamah tentang penjualan tanah kerajaan negeri Pulau Pinang di Peel Avenue dengan nilai RM156 juta pada tahun 2017 secara rundingan terus tanpa tender.

Jualan terus yang di buat melalui Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) menimbulkan kontroversi pada masa itu kerana ramai berpendapat bahawa harga jualan RM560 satu kaki persegi adalah jauh di bawah harga pasaran di antara RM1,000 hingga RM1,500 satu kaki persegi untuk tanah-tanah berhampiran.

Oleh itu, harga pasaran sebenar tanah jika dijual melalui tender terbuka didakwa adalah lebih dari RM350 juta berbanding harga jualan RM156 juta.

Ini adalah antara jawapan-jawapan yang diberi oleh dia di Mahkamah sehingga kini:

1. CMI ditubuhkan oleh beliau. Beliau juga dilantik sebagai ketua CMI.

2. CMI yang diketuai oleh beliau mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan perkara yang berkaitan dengan penjualan tanah.

3. CMI tidak perlu diaudit kerana tidak mempunyai akaun atau ahli lembaga.

4. Ketua Audit Negara tak ada kuasa untuk soal CMI.

5. Ya, benar bahawa jualan itu secara rundingan terus tanpa tender.

6. Tetapi penjualan tanah ini bukan pembelian perolehan tetapi jualan itu adalah "pelaburan bernilai tinggi".

Oleh itu, dia kata tidak perlu jual secara tender.

https://www.theedgemarkets.com/article/lim-even-auditor-general-does-not-question-chief-minister-incorporated

No comments:

Post a Comment