Wednesday, April 18, 2018

GUAN ENG ISYTIHAR NGA KOR MENG BAKAL MENTERI




DAP Perak telah mengumumkan Nga Kor Meng sebagai calon pakatan pembangkang untuk kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum ke 14. Apa yang lebih mengejutkan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Nga Kor Meng bakal Menteri jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan 


Kor Ming akan berhadapan dengan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, yang sebelum ini sudah beberapa kali menyatakan hasrat mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 31 Mei 2014.

Kor Ming sebelum ini pada PRU ke 13 telah  memenangi kerusi Parlimen Taiping pada PRU-13, menewaskan Ketua Wanita GERAKAN, Datuk Tan Lian Hoe, dengan majoriti 11,745 undi.

Namun kenapa kali ini dia bertukar dari tempat yang selamat baginya. DAP begitu angkuh akan mengalahkan calon Barisan Nasional yang juga seorang Menteri seperti Datuk Mah. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, begitu berani mengumumkan bahawa, jika menang, Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di kabinet baru Pakatan Harapan”. 

Beliau berkata, oleh kerana kerusi Parlimen Teluk Intan disandang oleh seorang menteri, maka pakatan pembangkang perlu mengemukakan 'nama besar' untuk memenangi kerusi itu.

"Kita hantar seorang tokoh yang akan dilantik menjadi menteri jika pakatan pembangkang menang di Putrajaya, untuk bertanding di Teluk Intan," katanya.

Jelas sekali begitu angkuh sekali Setiausaha Agung DAP yang penuh dengan skandal penyelewengan. Inilah sikap besar kepala dan dominasi DAP di dalam Pakatan Harapan di mana di dalam banyak perkara DAP kelihatan mahu mendahului pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan mahu memaksakan kehendaknya pada mereka.

No comments:

Post a Comment