Thursday, January 18, 2018

GURU PADA MATA MASYARAKAT



Disebalik cerita kejayaan seorang Raja yang adil, Perdana Menteri yang hebat, seorang peguam berjaya, seorang arkitek yang hebat, seorang ahli korporat yang kaya, seorang artis yang terkenal... sedar tidak sedar dibelakang mereka semua wujud JASA SEORANG GURU. 

Walaupun setiap tahun, hari guru disambut dengan meriah dan diberi pelbagai sanjungan, namun ianya seolah-olah menjadi acara sambutan rasmi tanpa isi. Dalam kata lain, "roh' kejayaan seorang guru itu tidak menjadi azimat kepada anak bangsa dan masyarakat kita.

Jika dahulu para cendiakawan dan ilmuan seperti Al-Kawarizme, Ibnu Sinna, Hamka, Imam Al-Qhazali  menjadi idola dan ikutan masyarakat namun hari ini kehebatan warga  pendidik kelihatan suram, muram, mundur dan dipandang sebelah mata.

Keadaan ini jelas dapat dilihat dalam masyarakat kita. Jarang sekali ibu bapa mengingatkan anak-anak tentang jasa dan pengorbanan seorang guru. Kebanyakkan mereka tak kisah jika idola anak-anak mereka adalah artis-artis dalam dan luar negara. Hinggakan dalam bilik penuh ditampal poster selebriti kesayangan - KPOP, rockers, diva dan seumpamanya. 

Ianya seperti menjadi satu budaya baru dalam kehidupan kita apabila memartbatkan artis, pelakon atau penyanyi sebagai sumber inspirasi kejayaan. Bukannya ianya sesuatu yang salah jika ia memberi kesan positif dalam kehidupan generasi kita. Kejayaan Neelofa​ umpamanya... Patut dijadikan 'role model'. Beliau bukan saja cantik tetapi juga cerdik. Kata orang putih, 'Beauty with brain'.

Namun jika dengan cara dan gaya hidup artis yang terlalu bebas, liar dan kebaratan menjadi ikutan, ianya sudah melanggar tatacara hidup dan norma kita Orang Timur. Apatah lagi jika seseorang selebriti itu terlibat dengan kegiatan jenayah, penyalahgunaan dadah, mempunyai masalah disiplin dalam kehidupan dan sebagainya!

Apa guna kita menyanjung tinggi seseorang selebriti (yang menang anugerah di pentas dunia sekalipun) tapi terlibat dengan kes jenayah? Ini kerana, ia secara tidak langsung, kita juga bersubahat dan menyokong kegiatan jenayahnya! Sementara seorang guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa 24/7 dipandang hodoh dan hina?

Bukan hendak mempertikai segala gelaran dan anugerah yang mereka miliki, namun jika ditimbang jasa dan pengorbanan seorang guru tentulah ianya lebih tinggi nilainya dari segala pangkat dan gelaran. 

Persoalannya bagaimana kita mahu mengubah kembali budaya masyarakat yang sudah jauh tersasar ini ? Mampukah kita mengubahnya? Mampukah profesion perguruan ini berada pada tempat paling tinggi mengatasi selebriti?

#MenerajuiPerubahan  Kementerian Pendidikan Malaysia​ Mahdzir Khalid​ P.Kamalanathan​ Chong Sin Woon 张盛闻​

No comments:

Post a Comment