Monday, January 15, 2018

HAK RAKYAT LEBIH DIUTAMAKAN - PEMANDU TEKSI JANGAN MELAMPAU



Budaya ugut mengugut pemandu teksi ini bukan bermula hari ini atau semalam, tapi sejak zaman Tun Dr. Mahathir lagi budaya ugut ini subur dikalangan pemandu teksi. PSM masih ingat lagi pada ketika mereka meminta kerajaan naikkan tambang teksi. Tapi masa tu mana ada lagi internet. 

Oleh itu tak hairan sangat kalau budaya buruk ini masih lagi dipakai oleh pemandu teksi yang mahukan kehendak mereka dipenuhi. 

Tapi sampai bila kerajaan nak mengikut cakap mereka saja, jangan melampau sangat bukan kehendak mereka saja kerajaan nak kena ikut. Habis bagaimana dengan hak penumpang ? 

Memang patut pun apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menyelar pemandu teksi yang cuba mengugut kerajaan berkenaan isu e-Hailing GrabCar dan Uber. Perangai tak semenggah. 

Nasihat ini ditujukan kepada Penasihat Syarikat Pengandali teksi di Suria KLCC, Big Blue Capital Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail. Hentikan budaya mengugut kerajaan ini. Kerajaan dipilih oleh rakyat untuk menjaga hak semua orang, bukan semata-mata nak jaga pemandu teksi sahaja.

Uber dan GrabCar wujud pun berpunca daripada sikap sesetengah pemandu teksi yang melampau dan menekan pengguna. Jadi suluhlah diri sendiri sebelum hendak menyalahkan kerajaan. Ubah perangai bagi elok dulu, barulah boleh tarik pengguna. Ingat dengan kerajaan ikut semua kehendak pemandu teksi - pengguna (rakyat) akan kembali menggunakan khidmat teksi ? 

 Rakyat nak perkhidmatan yang menjimatkan, mudah dan mesra pengguna. Ini sudahlah kasar, kadang-kadang ada yang berlagak - sudah tu tak nak guna meter dan caj mahal-mahal, siapa yang nak kalau macam tu punya sikap ? 

Jadi terima kasihlah kepada kerajaan kerana  meluluskan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat. Jadi tak adalah rakyat rasa risau lagi nak menggunakan GrabCar dan Uber. 

Menurut TPM,  kerajaan tidak takut dengan ugutan Shamsubahrin bahawa pemandu teksi akan memberi undi mereka kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak. Kerajaan yang ada sekarang ini pun ada bukan hanya kerana undi dari pemandu teksi. 

"Saya minta Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri untuk berjumpa mereka bagi menyelesaikan masalah ini"

Jangan ingat Pakatan Harapan akan membantu pemandu teksi jika mereka menjadi kerajaan. Contoh yang jelas sudah ada di Pulau Pinang dan Selangor ? Ada ke mereka membantu pemandu teksi di sana ? Bahkan mereka mengugut untuk menutup beberapa agensi kerajaaan seperti SPAD andai mereka berkuasa nanti. Jika SPAD yang banyak membantu pemandu teksi pun mereka nak tutup, kepada siapa lagi pemandu teksi nak berharap ? 

Fikir-fikir dan banyakkan beramal agar murah rezeki. 



No comments:

Post a Comment