Wednesday, January 3, 2018

MEMALI - TERLEPASKAH MAHATHIR DARIPADA MENJAWAB DI DUNIA ?






Peristiwa Memali pada tahun 1985 telah mencetuskan pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung yang akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama Ibrahim Libya berserta empat anggota polis. Mahatihir menafikan dirinya bersalah dengan menyalahkan pihak lain yang pada pendapatnya tidak memainkan peranan mereka.

Seperti tidak pernah berubah, setiap masalah yang ditimbulkan oleh Mahathir ditimpakan kepada mereka yang tidak berkaitan dengan apa yang dilakukannya. Itulah Mahathir, semua keputusan yang salah dan menjadi masalah kepada dirinya dan negara - dia akan menuding kepada pihak lain sebagai kambing hitam. 

Begitu juga dengan kes Memali yang berlaku 32 tahun yang lalu, Mahathir menyalahkan institusi Mufti apabila tindakan terburu-burunya hari ini menjadi cemuhan masyarakat. Mahathir menyalahkan golongan mufti yang didakwa tidak berperanan dengan baik sehingga tragedi berdarah itu berlaku. 

Justeru itu cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatn Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi Memali merupakan satu keputusan yang tepat bagi menegakkan kebenaran siapa dalang disebalik peristiwa ini.


RCI ini mendapat sokongan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menurutnya dengan penubuhan RCI ini akan merungkaikan segala persoalan berkenaan peristiwa ini yang mana mufti dikatakan tidak memainkan peranan yang sewajarnya. “Tiada halangan untuk wujudkan RCI demi mencari kebenaran kerana sangat tidak wajar mufti dipersalahkan dalam peristiwa tersebut,” katanya.



Dr. Mahathir sebelum ini menyalahkan  Amanat Hadi sebagai punca terjadinya peristiwa berdarah Memali dan juga menyalahkan Mufti kerana berdiam diri dan tidak menegur Hadi Awang sehingga tragedi itu berlaku. 


Abdul Rahman berkata, pesa­nan tersebut merupakan kenya­taan ketua parti kepada anak-anak buahnya.“Jadi tidak boleh ma­suk campur lagipun ia melibatkan hal politik, mengapa ketika amanat itu hendak diperjuang, agamawan seperti mufti pula dipersalahkan,” 

Manakala pada pendapat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, demi mencari keadilan  beliau bersetuju RCI diwujudkan. Ini bertujuan bagi menyiasat semula tragedi Memali yang menjadi perhatian rakyat hari ini. Demi sebuah keadilan dan hak rakyat untuk mengetahui kebenarannya. Tn Sri Harussani Zakaria menyifatkan dakwaan Dr. Mahathir sebagai terdesak sehingga sanggup menyalahkan pihak lain demi kepentingan diri.

“Kenyataan Dr. Mahathir itu adalah tidak adil kepada institusi mufti kerana dengan mudah menyalahkan pihak kami sedang beliau ketika itu langsung tidak meminta pandangan golongan mufti,”


Puluhan rakyat lain terce­dera dan menyebabkan penahanan beratus-ratus orang.

No comments:

Post a Comment