Thursday, January 4, 2018

MCA, GERAKAN PERKUKUH JENTERA HADAPI PRU 14


 Dalam berhadapan dengan PRU ke 14 yang akan datang perlu ada kesinambungan, keserasian dalam membentuk satu pasukan yang kuat bagi menghadapi musuh. Tidak ada gunanya jika kita mempunyai keahlian yang ramai tapi tidak bersatu padu dan berpecah belah.

Justeru itu komponen parti dalam Barisan Nasional, MCA dan Gerakan akan menganjurkan perhimpunan khas pada Sabtu ini bagi memperlihatkan kepada musuh betapa Barisan Nasional sudah bersiap sedia untuk "berperang" pada pru ke 14 nanti. Perhimpunan ini juga akan memperkukuhkan lagi hubungan erat kedua-dua parti itu dalam usaha persiapan menghadapi PRU ke 14. 

Dijangka kehadiran mencecah kepada 2000 orang ahli daripada kedua-dua parti ini. Menurut Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan pemimpin MCA dan Gerakan dari peringkat pusat dan bahagian pun turut akan hadir dalam perhimpunan ini.

Perhimpunan ini akan membuktikan komitmen kedua-dua parti komponen BN bersatu dan akan berkerjasama bagi mencapai kejayaan dalam pru ke 14 nanti. Kerjasama MCA dan Gerakan akan memberi persepsi baik kepada kaum Cina agar mengundi Barisan Nasional. Dibawah pentadbiran Barisan Nasional dari dahulu hingga kini terbukti berjaya membawa perpaduan nasional walaupun diasak oleh DAP yang rasis dan melampau. 

Kita tidak mahu apa-apa jenis pelampau dalam negara, sama ada pelampau agama atau perkauman. Oleh itu perjuangan cauvinis DAP perlu ditolak oleh rakyat. Kita mahu rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.  

Menurut Ka Chuan, MCA dan Gerakan mempunyai konsesus yang baik dimana beberapa strategi telah dirangka untuk memperkasa  hak dan peluang komuniti Cina bagi memastikan mereka dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan negara. Yang penting matlamat untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia berjaya. 

Semoga dengan kerjasama erat kedua-dua parti komponen BN ini akan dapat membawa komuniti Cina kembalai menyokong Barisan Nasional. 




No comments:

Post a Comment