Friday, December 29, 2017

DAP GAGAL MENGHASUT KOMPONEN BARISAN NASIONAL



Asalkan ia berkenaan kuasa dan wang, DAP akan melakukan apa sahaja waimma mengorbankan keharmonian negara atau perpaduan antara kaum. Mereka tidak pernah sekali, diulangi tidak pernah sesekali memikirkan tentang kesejahteraan rakyat. 

Jika kita meneliti kesemua ucapan dan setiap kata-kata pemimpin mereka tidak akan lari dari mengungkap berkenaan kuasa dan wang. Itulah matlamat hidup pemimpin DAP, MEMUSNAH PERPADUAN RAKYAT.

Semasa PAS dalam Pakatan mereka, betapa DAP membuli dan memperkodokan PAS bagaikan budak suruhan, sehinggakan menghina kepimpinan PAS seolah-olah PAS tiada harga diri. Dalam pada itu DAP "membeli" pemimpin-pemimpin liberal PAS seperti Mat Sabu, Khalid Samad Mujahid Yusof Rawa dan ramai lagi.

Kononnya ingin membuat pecah belah didalam PAS. Matlamat DAP adalah ingin menaikkan boneka-bonekanya sebagai pemimpin PAS, malangnya kepimpinan PAS dapat menghidu niat jahat DAP lalu pantas mencantas barah pengkhianat dalam PAS.

Hari ini PAS mula menunjukkan kemesraan mereka dengan kepimpinan BN dalam UMNO atas dasar persaudaraan Islam. Ianya begitu menakutkan kaum Cina kononnya komponen Barisan Nasional MCA pun menyokong Islam PAS. 

Sebenarnya DAP risau sokongan orang Melayu kepada mereka terhakis apabila melihat pemimpin PAS lebih mesra dengan BN. Seperti biasa mereka akan memulakan jarum untuk menghasut rakyat terutama kaum Cina kononnya MCA pun telah menerima PAS yang mengamalkan Islam yang ekstrem. 

Padahal bukankah mereka dulu juga telah melabelkan PAS parti Islam yang progesif lebih baik dari UMNO semasa PAS dalam Pakatan ? Hari PAS sudah jadi jahat kerana berbaik dengan UMNO !  Dahulu merekalah yang memaksa masyarakat Cina memberi undi kepada PAS, hari ini sudah jadi sebaliknya pula. Pemimpin DAP sememangnya lidah seperti biawak.

MCA sejak dari sebelum merdeka sudah berbaik dengan parti umat Islam iaitu UMNO. UMNO sebagai tunggak kepada kekuatan orang Melayu dan Islam telah memainkan peranan mereka sebagai pemimpin kepada rakyat Malaysia tanpa ada apa-apa masalah. MCA sudah berkerjsama dengan kepimpinan UMNO sehingga hari ini termasuklah ketika PAS menyertai Barisan Nasional dahulu. Tidak pernah pula MCA atau masyarakat Cina ada masalah dengan mereka.

Kita semua tahu PAS dan UMNO mempunyai ikatan persaudaraan dalam Islam yang mana ianya memberi kebaikan kepada negara dan rakyat apabila kedua-dua pemimpin boleh duduk semeja dan berkerjsama dalam hal ehwal agama Islam seperti isu Palestin, yang DAP risau sangat kenapa? apakah kerana DAP kawan rapat dan sekutu dengan Zionis Israel ? 

Sebenarnya tidak ada hubungan atau kerjasama politik antara BN dengan PAS, itu semua tohmahan DAP yang takut kepada sokongan rakyat yang kini telah kembali kepada Barisan Nasional. 

Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, PAS bukan parti komponen Barisan Nasional - jadi itada isu yang PAS akan berkerjasama dengan BN dalam pru 4 nanti. 

Dan seperti yang kita tahu, PAS lagi masih bekerjasama dengan DAP dan PKR di negeri Selangor. Itu adalah faktanya walaupun mereka berantakan dalam politik, itu bukan isu...hakikatnya mereka bekerjasama. Jadi usahlah hendak mengelirukan rakyat.

Lagipun UMNO dan PAS hanya bekerjasama dalam isu-isu agama seperti isu Rohingya , Palestin dan RUU 355 yang mana tiada kaitan dengan isu politik. Nampaknya usaha DAP untuk memecahbelahkan Barisan Nasional gagal lagi. Dendam kesumat mereka kepada keutuhan perpaduan dalam Barisan Nasional tidak pernah padam. 




No comments:

Post a Comment