Friday, December 22, 2017

PENEMPATAN SEMULA HENTIAN MEDAN PASAR (HAB)


Sistem pengangkutan awam di Malaysia menunjukkan peningkatan yang maju dan moden sejajar dengan pembangunan pesat dalam negara. Selain teksi dan bas, negara kita sudah mengorak langkah kepada pengangkutan awam yang lebih moden seperti LRT, MRT, Monorail, Grab Car dan Uber. 

Begitu juga dengan perkhidmatan bas,sejajar dengan pembangunan negara yang semakin pesat, perlu ada perubahan dari segi penyusunan semula agar perkhidmatan bas ini sentiasa menjadi relevan terutama di kawasan bandar-bandar besar seperti di Lembah Klang. Oleh  itu Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuat beberapa perubahan bagi memudahkan aliran trafik dan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam darat terutama perkhidmatan bas.

SPAD  hari ini mengumumkan Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar  akan dialihkan berkuatkuasa Sabtu ini, 23 Disember 2017. HAB akan dijadikan sebagai hentian bas sahaja dan bukan lagi sebagai tempat Hentian Terakhir yang membolehkan bas untuk meletak atau menunggu penumpang disitu.Dengan perubahan ini, bas tidak dibenarkan lagi untuk menunggu atau diparkir di lokasi tersebut. Bas hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang. 


Kesesakan lalu lintas di waktu puncak di kawasan Medan Pasar yang berdekatan dengan HSBC menjadi asbab kepada perubahan ini. Bas yang berhenti menunggu penumpang di kawasan tersebut menyumbang kepada kesesakan di situ, jadi perubahan ini bagi melancarkan aliran trafik bagi memudahkan pengguna.

Buat permulaan peralihan ini melibatkan 50 bas yang dikendalikan oleh syarikat selangor Omnibus co Bhd dan Setara Jaya Sdn Bhd.  Perkhidmatan yang terbabit bagi Selangor Omnibus adalahbagi laluan 100, 103, 104, 107, 120, 121 & 122, manakala bagi Setara Jaya adalah laluan151 & 152. Bas -bas tersebut akan menamatkan perjalanan di HAB Lebuh Pudu di hadapan Emporium Mydin Sinar Kota, yang terletak 350 meter daripada HAB Medan Pasar. 

Maklumat bagi penumpang telah dipamerkan di dalam bas-bas terlibat serta di HAB Medan
Pasar dan Lebuh Pudu sejak minggu lepas. Bagi mempermudahkan penumpang, kakitangan daripada Selangor Omnibus, Setara Jaya, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan ditugaskan bermula hari Sabtu 23 Disember 2017 ini, di hentian Medan Pasar bagi memantau proses peralihan.

Dengan perpindahan ini, akan terdapat tiga HAB di dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur,
iaitu: HAB Munshi Abdullah bagi koridor Ampang, HAB Pasar Seni bagi koridor Lebuhraya
Persekutuan & Jalan Klang Lama, dan HAB Lebuh Pudu, yang mana akan merangkumi bas bas yang menjalankan perkhidmatan bagi koridor laluan Cheras, Sungai Besi, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang. HAB Lebuh Pudu juga digunakan oleh bas-bas Nadi Putra, Seri Indah dan RapidKL.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para pengguna boleh menghubungi hotline SPAD di
1-800-88-7723 (SPAD) atau melalui facebook.com/SPAD.my atau Twitter di @SPADchannel
atau melalui laman sesawang SPAD www.spad.gov.my. Selain daripada itu, pengguna
boleh menghubungi Selangor Omnibus di talian 03-6258 1579 atau Setara Jaya di talian 03-

4021 7692.









No comments:

Post a Comment