Monday, December 25, 2017

PEMIMPIN PH SEMUA JENIS BANGKAI



Hj Hadi Awang menyelar tindakan menamakan calon Perdana Menteri sebelum menang Pilihan Raya Umum (PRU) oleh Pakatan Harapan kerana bercanggah dengan adab yang dibawa Rasulullah SAW.

Presiden PAS itu turut menempelak tindakan PKR, PAN dan PPBM dalam Pakatan Harapan (PH) yang lebih mengutamakan calon Perdana Menteri serta pembentukan Kabinet bayangan berbanding menegakkan syiar Islam sedangkan pemimpin tertinggi dalam parti tersebut adalah mejoriti muslim.

Abdul Hadi berkata, adab Islam menyaksikan Rasulullah tidak berjuang kerana mengejar jawatan, sebaliknya menegakkan Islam berkonsepkan mendahulukan pembangunan insan yang beriman, berilmu dan berakhlak, bukannya sekadar ekonomi sahaja atau melahirkan tokoh tanpa iman, ilmu dan akhlak.

Tindakan Pakatan Harapan melantik bakal Perdana Menteri ini adalah seperti melantik siapa bakal menjadi ‘bangkai’.

Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa ketua negaranya, lantas Baginda SAW bersabda: ‘Itu urusan Allah swt yang menentukan dengan kehendak-Nya.

Abdul Hadi, juga percaya bahawa gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP akan sekali lagi menamakan calon Perdana Menteri mereka bulan depan bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS menafsirkan Perlembagaan Persekutuan, yang meletakkan Islam menjadi agama negara, bukan sekadar simbol dan ia mestilah ditadbir negara seperti ketua negara daripada penganut Islam dan Bumiputera Melayu yang beriman melaksanakan Islam bukan seperti Pakatan Harapan yang gila kuasa.

Menurut Haji Hadi, PAS boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan bertaawun dengan ketua negara yang boleh menerima Islam, sama ada kerajaan parti atau kerajaan teknokrat yang boleh diatur perubahannya yang lebih positif, bukannya perubahan dan pindaan Perlembagaan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti tikus membaiki labu.

Beliau berkata, Rasulullah turut menerima mereka yang berbaiah dan setia menunaikan baiahnya bersama Islam yang diperjuangkan dengan istiqamah dan menunggu pertolongan Allah selepas memenuhi syarat yang diperintahkan.

Begitulah PAS boleh menerima dan bersama sesiapa sahaja, termasuk kerajaan DAP sekiranya menerima Islam yang sempurna, akidah, syariat, akhlak dan nizam (sistem).

Selain itu, Haji Hadi turut mempersoalkan mengapa PAS dihalang daripada kemenangan dan dijatuhkan selepas menang? Ini bukan kerana salah dan sesatnya, tetapi kerana dengki yang berterusan daripada musuh Islam (kerajaan DAP) yang sentiasa mencari alasan dan berbohong yang dicipta dan memutarbelitkan sehingga dikelirukan.

Tegasnya, PAS tetap berterus-terang dan beristiqamah bersama Islam tanpa sembunyi dan berdolak-dalih semata-mata untuk meraih simpati sokongan daripada semua pihak.

PAS yang menegaskan kedudukan Islam dalam perlembagaannya menerima kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan menerima konsep Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggaknya, menerima juga kaum bukan Islam menjadi warga negara berkonsepkan saudara kemanusiaan, walaupun dibawa masuk oleh penjajah terdahulu.

Nyatakan sokongan anda di sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=380278092394913&id=259888034433920

No comments:

Post a Comment