Thursday, December 21, 2017

SRIKANDI BAS RAPID - TUBUH KECIL, JIWA KENTAL



Siapa kata perempuan tak boleh jadi pemandu bas ? Tuty Sofia Tajudin berjaya membuktikan dirinya mampu mengalas cabaran ini. Dia kini merupakan kapten bas elektrik wanita pertama Malaysia yang memandu Bas Rapid Trasit (BRT). Dia telah memulakan tugasnya dialaun BRT Sunway sejak Ogos lalu lagi. 

Walaupun bertubuh kecil dan pernah diperlekehkan oleh rakan-rakan sekerja apabila meluahkan hasrat ingin menjadi pemandu bas, namun keyakinan dan iltizamnya yang kuat berjaya mengenepikan semua pandangan sempit mereka.

Semangat yang kuat dan mempunyai pemikiran yang positif kunci kepada kejayaannya untuk menjadi kapten bas Rapid. Prasarana Malaysia Berhad memberikan gelaran Kapten kepada mereka yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas penumpang. 

Adalah biasa bagi lelaki menceburi bidang pemanduan pengangkutan awam, kehadiran Tuty merupakan satu pencapaian yang hebat bagi seorang ibu muda yang mempunyai dua cahaya mata lima dan lapan tahun. 


Tuty sememangnya seorang wanita yang suka kepada sesuatu yang mecabar kemampuan dirinya. Ini merupakan pengalaman barunya, sebelum ini dia pernah bekerja sebagai juruwang sambilan, menjahit pakaian dan tak kurang hebat juga sebagai pemandu teksi. Itu sudah cukup membuktikan kemampuannya wanita yang berasal dari Setiawangsa ini.

Walaupun dia dikelilingi oleh pekerja lelaki kerana dia seorang sahaja pemandu wanita namun dia tidak pernah rasa terasing. Pada awalnya rasa kekok itu ada, tentulah agak sukar untuk mengendalikan sebuah kenderaan yang besar di jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan. 

Sebenarnya prasarana sangat komited dengan pembabitan wanita dalam syarikat terbabit. “Kami sentiasa terbuka menerima pekerja wanita terutama sebagai pemandu BRT walaupun pekerjaan itu dikuasai lelaki,” kata Ketua Hal Ehwal Media Kumpulan Prasarana Azhar Ghazali. 

Laluan BRT Sunway adalah stesen yang pertama di negara ini membabitkan laluan sejauh 5.4 kilometer bermula dari Stesen Setia Jaya menghubungkan ke KTM Setia Jaya, Stesen USJ 7 iaitu stesen integrasi ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya.

“Kenderaan ini menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dengan konsep operasi seakan-akan seperti LRT dan Transit Aliran Massa (MRT) dari segi sistem tiket, pengesahan waktu bergerak serta masa menunggu.



“Saya memberanikan diri membuat permohonan dan tidak menyangka ia berjaya dan ditawarkan mengikuti latihan di akademi bas di Cheras Selatan selama empat bulan,” katanya kepada Nuansa ketika ditemui di Kompeks BRT Sunway.


Menurutnya, tidak dinafikan perasaannya gementar dan takut ketika pertama kali ditugaskan memandu BRT pada 11 Ogos lalu.


“Pada mulanya memang kekok untuk mengendalikan kenderaan besar seperti bas di jalan raya kerana bimbang tidak boleh mengawal pergerakan.


“Tetapi alhamdulilah, keyakinan mula bertambah apabila dapat kendalikan bas ini selepas stesen pertama di Stesen Soft Quay (berdekatan Mydin USJ1),” katanya yang memulakan rutin memandu bas seawal jam 5 pagi hingga 3 petang.


Tuty Sofia berkata, walaupun dikelilingi rakan sekerja lelaki kerana 24 pemandu BRT yang lain adalah daripada kaum Adam tetapi dia tidak pernah berasa terasing.


“Tidak pernah wujud jurang antara kami dan saya selesa bekerjasama dengan mereka.


“Bagi saya, ini peluang untuk mempelajari banyak ilmu kerana kebanyakan mereka lebih berpengalaman dalam bidang ini,” katanya.


Katanya, walaupun masih baru dalam bidang itu, dia bertekad memberikan perkhidmatan terbaik kepada syarikat dan pelanggan.


“Saya mahu membersihkan imej pemandu bas yang sering dipandang serong oleh masyarakat dan penumpang dengan persepsi negatif.


“Pemandu dan penumpang perlu saling memahami dengan keadaan masing-masing kerana saling berhadapan halangan tersendiri,”katanya.


Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Media Kumpulan Prasarana Azhar Ghazali berkata, Prasarana sangat komited memastikan pembabitan wanita yang menyeluruh dalam syarikat terbabit.


“Kami sentiasa terbuka menerima pekerja wanita terutama sebagai pemandu BRT walaupun pekerjaan itu dikuasai lelaki,” katanya.


Katanya, laluan BRT Sunway adalah stesen yang pertama di negara ini membabitkan laluan sejauh 5.4 kilometer bermula dari Stesen Setia Jaya menghubungkan ke KTM Setia Jaya, Stesen USJ 7 iaitu stesen integrasi ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya.


“Kenderaan ini menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dengan konsep operasi seakan-akan seperti LRT dan Transit Aliran Massa (MRT) dari segi sistem tiket, pengesahan waktu bergerak serta masa menunggu.

No comments:

Post a Comment