Friday, November 17, 2017

PELUANG EKONOMI DARI PROJEK ECRL



Kita sedia maklum Projek La­luan Rel Pantai Timur (ECRL) memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi negara. Namun keuntungan atau pulangan daripada ECRL ini tidak boleh dikira daripada hasil jualan sektor penumpang dan kargo semata-mata kerana pembangunannya melibatkan pelbagai sektor.
Kerajaan telah melakukan kajian terperinci mengenai projek ini dan manfaat sistem pengangkutan ini perlu dinilai daripada perspektif yang lebih besar.

ECRL tidak seharusnya dilihat se­­kadar inisiatif meningkatkan taraf pengangkutan awam di luar bandar sebaliknya merupakan pelan jangka panjang yang akan membawa limpahan ekonomi berimpak tinggi secara menyeluruh kepada negara.

Selain menjadi mod pengangkutan yang selesa, dan selamat, ECRL sebagai projek infra-rakyat akan menyumbang pembangunan kepada kawasan baharu di sepanjang laluan rel, sekali gus merapatkan jurang pembangunan antara negeri-ne­ge­ri pantai timur dengan negeri-negeri pantai barat.
Apa yang lebih menarik, MRL juga sedang merancang untuk melaksanakan program Transit Oriented Development yang akan membawa wajah baru terhadap pembangunan bandar dan penempatan baru disepanjanga laluan rel bermula dari Pelabuhan Klang ke Pangkalan Kubor di Kelantan.  Semua ini memberi impak positif  kepada pertumbuhan ekonomi di negeri Pantai Timur.

Sudah tentu ini akan meningkatkan prestasi ekonomi  negara sekaligus yang mana  pertambahan nilai KDNK dijangkakan akan berkisar pada kasar 1.5 peratus.

Kereta api ECRL yang berkelajuan 160 km sejam itu akan memendekkan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan menjadi empat jam berbanding tujuh hingga lapan jam menggunakan kereta.

Jajaran rel kereta api sepanjang 688 kilometer ini juga akan menghubungkan dua pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan di Pahang.

“Ini tidak termasuk manfaat pengangkutan yang bakal di­terima oleh sektor ekonomi lain seperti pelancongan, pertanian, perdagangan dan pendidikan.


Keperluan terhadap sistem kereta api itu juga amat mendesak pada ketika ini untuk merapatkan jurang ekonomi antara Pantai Barat dan kawasan timur Semenanjung.

“Kereta api yang beroperasi di atas landasan tunggal formasi berkembar ini juga dibina dengan ruang kabin yang luas serta tolok standard dengan geometri landasan yang membolehkan kelajuan dipertingkatkan kepada 200 km sejam.

Pembangunan ECRL melibatkan dua fasa utama iaitu pembinaan rel dari Gombak, Selangor ke Wakaf Bharu, Kelantan dan fasa kedua yang mempunyai dua komponen iaitu penambahan jajaran di utara (Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor sepanjang 23 kilometer) dan di selatan (Gombak ke Pelabuhan Klang).

Manakala pembangunan fasa pertama melibatkan pembinaan terowong di 44 lokasi de­ngan jarak keseluruhan mencecah 45 kilometer dan 76 buah jamba­tan (128 kilometer) bagi menetapi aspek pemuliharaan alam sekitar di negeri-negeri terbabit.

“Terowong terpanjang dianggarkan mencecah 17 kilometer yang akan dibina antara Gombak dan Bentong.

Pemeriksaan ta­nah dan kerja pembinaan pejabat di tapak lokasi sedang berjalan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala pembinaan fizikal dijangka bermula serentak di beberapa lokasi utama di setiap negeri terbabit pada Januari 2018 dan berope­rasi sepenuhnya pada 2024.

Beliau berkata, proses pengambilan alih tanah berjalan lancar melibatkan 70 peratus tanah milik persendirian dan 30 peratus tanah milik kerajaan negeri.

“Proses ambil alih tanah melibatkan keluasan 17,000 hektar atau melebihi 20,000 lot kini berjalan dengan lancar,” katanya.

Darwis berkata, sebanyak 30 peratus daripada projek pembinaan sivil diberikan kepada kontraktor tempatan.

“China Communications Con­struction Company (C­­CCC) se­laku kon­tra­k­tor uta­­ma akan ber­tanggungjawab terhadap pembinaan landasan, pemasangan sistem, signal dan komunikasi.

“CCCC juga bersetuju memberi lebih banyak peluang penglibatan syarikat tempatan melalui kontrak penyediaan bekalan bahan mentah untuk pembinaan.

“Setakat ini, kita telah mene­rima dan membuat penilaian terhadap 1,118 kontraktor tempatan yang berminat dalam projek ini,’’ katanya dan menganggarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan daripada projek ini.

Selain membuka peluang kepada kontraktor tempatan, MRL turut mengumumkan Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) kepada graduan yang berminat merebut peluang pekerjaan dalam pembangunan ECRL.

No comments:

Post a Comment