Thursday, November 16, 2017

ADUN BN KELUAR DEWAN, USUL HENTIKAN PROJEK MAUT LERENG BUKIT DI TOLAK




Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini bertindak meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai menunjukkan protes terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang meminda usul dibawa wakil mereka.


Usul itu dibentangkan ADUN Pulau Betong, Datuk Dr. Muhammad Farid Saad yang meminta kerajaan negeri menghentikan semua pembangunan di lereng bukit serta-merta hingga pemaju menyediakan pelan penguraian air dan pengukuhan tanah.


Bagaimanapun, usul itu dipinda Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang mahu Kerajaan Persekutuan berkerjasama dengan kerajaan negeri dalam menubuhkan jawatankuasa bersama untuk menangani implikasi perubahan iklim.


Mengulas hal itu, Muhammad Farid berkata, ini adalah kali kedua Kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan kuasa majoriti meminda usul dibawa wakil rakyat BN.


“Mereka gunakan peraturan dewan untuk tidak membahaskan usul kerana selepas dipinda, cadangan itu menjadi idea mereka.


“Kita mahu memfokuskan peranan kerajaan negeri tetapi mereka libatkan Kerajaan Persekutuuan sedangkan semua kelulusan pembangunan di negeri ini di bawah peranan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, tindakan kerajaan negeri tersebut menggambarkan politik tidak sihat kerana mereka sebelum ini mengakui telah meluluskan beberapa projek pembangunan di lereng bukit. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment