Kerajaan sentiasa berusaha keras untuk memastikan rakyat selesa dengan kenderaan perkhidmatan awam. Bukan itu saja, kerajaan juga mengkaji dan mencuba pelbagai cara untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan murah kepada rakyat.
Justeru itu kerajaan dan Rapid KL bercadang menawarkan pakej pas bulanan pada tahun hadapan kepada semua pegguna. Pakej pas bulanan ini dengan faedah yang istimewa dijangka ditawarkan menjelang suku pertama 2018.
Pakej ini dicadangkan hasil dari rungutan pengguna yang mendesak supaya pas bulanan tanpa had penggunaan segera dilaksanakan agar pengguna dapat penjimatan yang lebih. Justeru itu kerajaan dan Rapid KL dalam fasa perbincangan meneliti samaada pakej berkenaan boleh dilaksana kembali bagi mengurangkan peningkatan bebanan kos hidup rakyat ketika ini.
Sebelum ini Rapid KL telah mengunakan kaedah ini iaitu pas mingguan dan bulanan yang harganya tetap tanpa mengira penggunaan terhadap mana-mana perkhidmatan bas dan rel bandar. Kemudiannya ia ditukar kepada pas berkonsepkan pemberian diskaun tetapi perlu ditambah nilai dari semasa ke semasa.
Namun banyak pihak mencadangkan dan meminta mengembalikan pas bulanan yang mudah dan menjimatkan agar mereka boleh merancang kos perjalanan setiap hari.
No comments:
Post a Comment