Thursday, November 30, 2017

MAHATHIR SUDAH KENA CUCUK HIDUNG



DAP licik mencari jalan untuk meraih sokongan masyarakat Melayu biar pun terpaksa menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh seteru utama mereka iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendakwa, apabila menjalinkan hubungan dengan Dr. Mahathir, ini menunjukkan DAP sebenarnya sudah terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Dalam DAP ramai masyarakat Cina dan mereka perlukan sebuah parti Melayu untuk membantu menarik sokongan masyarakat Melayu dan sebab itu mereka terima PPBM selepas Pas meninggalkan DAP.

“Dahulu DAP bermusuh dengan Dr. Mahathir sekarang mereka bersama dan kini DAP berjaya mengawal PPBM.

“Mereka menjadikannya boneka, mahu Dr. Mahathir mengikuti arahan mereka dan semuanya mempunyai kepentingan untuk DAP ,” katanya ketika menjadi panel dalam Diskusi UMNO Online: Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam program tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjadi moderator dengan menampilkan seorang lagi panel iaitu Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan. -UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment