Sunday, November 5, 2017

RANCANG PERJALANAN ANDA DENGAN JOURNEY PLANNER



Pengangkutan awam yang maju dan efisien merupakan satu  perintis kepada pertumbuhan sosio ekonomi sesebuah negara.  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan bagi mengemudi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara, dengan tujuan memastikan pengangkutan awam darat negara sentiasa berkembang dan bertambah maju dari semasa ke semasa.

Dalam menjayakan sasaran untuk mencapi angka 40 peratus pengguna yang menggunakan pegangkutan awam menjelang 2030, SPAD telah memperkenalkan dua aplikasi terbaru untuk pengguna telefon pintar iaitu aplikasi  'Journey Planner'.

Journey Planner merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan oleh SPAD sebagai projek untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat berasaskan sistem data dan maklumat ketersediaan pengangkutan awam.

Sistem ini dibangunkan bagi bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan mereka dan juga dengan harapan untuk memberikan insentif bagi mereka yang tidak menggunakan pengangkutan awam supaya mencuba mod alternatif ini berbanding pengangkutan persendirian.

Pengguna boleh memilih mod perjalanan yang disediakan, seperti perjalanan dari satu tempat ke tempat lain dengan anggaran tambang dan masa menunggu. Apa yang menariknya tentang apalikasi ini ia menggunakan data masa sebenar atau real-time data dari pihak yang mengendalikan sistem ini seperti KTMB dan bas henti-henti bagi 72 laluan bas. Ini baru diperingkat permulaan, nanti apabila semua mod sudah tersedia pengendali RapidKL akan menggunakan data masa sebenar bagi 155 laluan termasuk dari MRT.

Belum ada nama rasmi untuk apalikasi ini lagi. Aplikasi perancang perjalanan ini sedang dibangunkan oleh bahagian NKRA SPAD masih dalam versi Android dan iOS.  

Buat masa ini, aplikasi ini sedang menjalani pengujian dalaman (beta testing) oleh hampir 60 orang sukarelawan. 

No comments:

Post a Comment