Teknologi hijau kini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran berikutan kos penyelenggaraannya adalah minimum. Begitu juga dalam pengangkutan awam di Malaysia kini telah berubah dari satu tahap yang lebih maju dan moden.
Baru-baru ini pelancaran Bas mesra alam atau lebih tepat Bas Elektrik PUTRA NEDO yang berlangsung di Putrajaya Sentral Presint 7. Pelancaran Bas Teknologi hijau ini bertujuan mengurangkan tahap pelepasan karbon sebanyak 40 peratus. Ini selaras dengan usaha menjadikan Bandar Putrajaya sebagai bandar perintis dalam teknologi hijau menjelang 2025.
Pelancaran ini di rasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Adnan Md Ikshan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan. Turut menyaksikan pelancaran ini ialah YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya serta Mr. Makoto Watanabe, Executive Director of New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) Jepun.
Antara kelebihan bas elekrtik berbanding bas konvensional ialah ia bukan sahaja tidak mencemarkan udara malahan tidak menghasilkan bunyi bising enjin diesel. Penumpang juga akan lebih selesa kerana tidak seperti enjin diesel, bas elektrik tidak menghasilkan gegaran ketika bergerak. Tiada gegaran juga membuatkan bas elektrik lebih tahan lama dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.penyelenggaraannya adalah minimum berbanding bas konvensional.
Projek ini merupakan usahasama antara Putrajaya Corporation dan Japan's NEDO (New Energy and Industrial technology Development Organisation), dibawah rancangan Putrajaya Green City 2025. Dengan menggunakan sisem "Super Quick Charge" bas EV ini mampu bergerak sejauh 25 hingga 30 kilometer dengan tempoh mengecas lebih kurang 10 minit.
Apa yang menarik bas EV ini menyediakan 33 tempat duduk penumpang satu ruangan untuk penumpang OKU yang berkerusi roda dan ruang untuk penumpang berdiri yang luas.
Kenderan yang mengunakan bateri sepenuhnya memberi jaminan tiada lagi pencemaran alam. Malahan bateri yang digunakan memang menepati standard keselamatan piawaian antarabangsa (UN/ECE-R100.02).
No comments:
Post a Comment