Sunday, March 13, 2016

PEMBEKAL BERSIH , HALAL DAN BERKUALITI KEUTAMAAN McDONALD's



Sejak kempen boikot McDonald's yang dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Berlakulah rentetan daripada itu cerita yang bukan-bukan tentang produk makanan McDonald's. Sudah tentulah cerita yang sampaikan itu bersifat negatif dan fitnah. 


Antaranya saya pernah melihat di media sosial video yang menunjukkan lembu-lembu yang mati dimasukkan dalam satu mesin pengisar dan dikisar sehingga hancur dan dikatakan "dari daging inilah burger McDonald's dihasilkan". Video fitnah di berterusan dimainkan di media sosial facebook, youtube dan lain-lain lagi sehingga kini.



Sebagai seorang yang berfikiran waras dan matang kita perlukan fakta bagi membuktikan semua ini. Bagi saya untuk mendapat jawapan ini kita perlu merujuk sendiri dengan pihak yang di fitnah, iaitu McDonald's. Rakyat Malaysia perlu mengetahui kebenarannya. "The Truth is out there".


Setelah beberapa kali tertangguh, saya dan beberapa rakan dijemput oleh pihak McDonald's ke MacFood Services (M) Sdn. Bhd., PEMBEKAL UTAMA produk makanan McDonald's. Kami dibawa melihat sendiri bagaimana produk makanan McDonald's diproses. 


MacFood Services (M) Sdn. Bhd. merupakan pembekal produk makanan yang berkualiti, segar, sihat dan semestinya lazat untuk dibekalkan kepada McDonald's. Nugget dan daging burger yang kita makan sehari-hari di McDonald's adalah dihasilkan dari MacFood


Sebelum dibenarkan memasuki ke kawasan MacFood, pelawat mesti diperiksa suhu badan terlebih dahulu. Jika demam atau suhu melebihi 37 darjah celcius, anda tidak akan dibenarkan memasuki kekawasan MacFood. Ini bagi memastikan sebarang  jagkitan atau virus tersebar. Sekitar kawasanluar MacFood kelihatan amat bersih dan tersusun. Saya rasa seekor lalat pun tidak dibenarkan sesat ke kawasan ini. 


Sebelum di bawa memasuki tempat pemprosesan makanan protein, kami di beri taklimat pengenalan terlebih dahulu oleh Managing Director MacFood , selama setengah jam. Untuk memasuki tempat proses tersebut, kami diminta tinggalkan semua barang termasuk, handphone cincin dan bag duit. Ini kerana kawasan tersebut tidak dibenarkan sama sekali apa jenis logam dibawa masuk. Kami dimaklumkan ada tiga tempat proses produk yang kami akan dibawa, iaitu tempat proses ayam untuk dibuat Nugget, tempat proses daging burger dan tempat Quality Inspection. 


Sepanjang menuju ke kawasan pemprosesan nugget saya melihat kawasan disekelilingnya bersih. Longkangnya pun bersih, susah hedak lihat sebutir sampah pun diatas lamannya. Disetiap beberapa meter disetiap kawasan MacFood dipasang perangkap tikus yang saiznya sebesar kotak kasut. Perangkap ini dipasang bagi mengelak dari tikus masuk ke kawasan proses makanan. Pada pandangan saya, amat susah tikus hendak sesat masuk ke kawasan itu kerana ia dijaga 24 jam, 7 hari seminggu. 


Masuk sahaja pintu pertama ke tempat proses tersebut, kami diminta untuk mematuhi beberapa prosuder keselamatan demi menjaga kualiti produk makanan tersebut. Pertama kami diminta untuk tanggalkan kasut dan  memakai selipar yang disediakan. Tangan perlu di basuh kerana telah memegang kasut ketika membukanya. Masuk pintu kedua, kami disediakan pakaian khas seperti lab coat, kain tutup kepala, dan face mask. Lengkap berpakaian masuk pula ke pintu ke tiga, selipar ditanggalkan dan disediakan kasut boot. 


Kasut boot itu perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan cecair khas yang telah disediakan. sebelum melangkah masuk pintu seterusnya kami semua diminta memakai sarung tangan plastik. Ini bagi memastikan tangan tidak tersentuh produk. Langkah ke empat dan terakhir disediakan air untuk mecuci tapak kasut boot tersebut, barulah bermula lawatan ke tempat pemprosesan nugget. 


Begitu ketat sekali kawalan untuk masuk ke dalam kawasan tempat pemprosesan nugget. Kami dimaklumkan bahawa prosuder ini dilakukan untuk semua tempat pemprosesan makanan. 


Proses pertama yang saya lihat adalah bahagian dada ayam yang akan dibuat nugget. Dada ayam ini datang dalam sejuk beku dibawah -14 darjah celcius. Dimasukkan dalam oven untuk menyahkan beku selama beberapa minit sehingga suhunya meningkat kepada -4 ke -2 darjah celcius. Daging ayam ini akan diperiksa 200 peratus bagi mengelak ada bahan asing atau tulang yang tersisa didalamnya. 


Dalam proses nugget ada sesuatu yang menarik perhatian saya, ada satu bahagian dimana terdapat alat untuk mengesan logam. Jika terdapat logam didalam nugget tersebut mesin automatik akan menjatuhkan nugget ke dalam kotak yang disediakan di bawah tempat proses.


Semua pekerja memakai seperti pakaian seperti yang kami pakai termasuklah yang ditugaskan mengelap lantai. Selepas melawat tempat proses menyediakan nugget kami dibawa keluar melalui prosuder yang sama ketika masuk. 


Begitu ketat sekali cara penyediaaanya dari barang mentah masuk sehinggalah ia dibawa keluar. Peranan suhu antara yang terpenting. Suhu lori yang hendak bawa keluar produk jika tidak mencapai tahap tertentu iaitu negatif -14  tidak akan dibenarkan keluar. Ini bagi memastikan produk yang dibawa keluar terkawal kualitinya. Semua produk itu akan di "seal" kan bagi menandakan proses kawalan mutunya telah selesai. 


Jika hendak membandingan cara kita menyediakan masakan, rasanya awal-awal lagi sudah gagal mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan. Singki dan lantai rumah kita pun tidak di cuci hari-hari. 




















No comments:

Post a Comment