Monday, August 7, 2017

TEKSI PUN DAPAT MANFAAT DARI PINDAAN AKTA E-HAILING

Tidak pernah sama sekali kerajaan mengabaikan perkhidmatan teksi. Tidak pernah ! Apakah pemandu teksi hari ini lupa, telah bermacam-macam kaedah bantuan yang telah kerajaan berikan kepada mereka. Masalah yang timbul adalah apabila sesetengah pemandu teksi tidak amanah dan menipu pengguna.

Justeru itu kehadiran GrabCar dan Uber menjadi perkhidmatan alternatif kepada rakyat. Pakej yang menarik, perkhidmatan yang cekap dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi daripada pengguna menyebabkan perkhidmatan mereka dipilih oleh rakyat. Sejak itu perkhidmatan GrabCar dan Ubber menjadi musuh utama kepada pemandu teksi.



Kerajaan melalui agensinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah berusaha memberikan yang terbaik untuk semua. Usaha kerajaan ini diterjemahkan melalui pengabungan perkhidmatan e-hailing kepada teksi seperti yang terkandung dalam butiran pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD2010).

Ianya merupakan satu berita gembira untuk semua pemandu teksi kerana mereka boleh menjalan dua perkhidmatan dalam satu masa - iaitu dengan cara biasa mengambil penumpang dan juga melalui perkhidmatan e-hailing.

Pindaan APAD 2010 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Julai 27, 2017 telah membolehkan pemandu teksi  meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka disamping dapat menambah pendapatan.  Oleh itu gunakan kelebihan ini untuk bersaing dengan perkhidmatan GrabCar dan Uber secara sihat.

Hal ini diperjelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah semasa ditemuramah oleh wartawan dipejabatnya ibu pejabat SPAD. SPAD menetapkan bentuk kandungan di dalam pengurusan dan perjanjian pajak antara pengendali berlesen dengan pemandu teksi.




Jelas sekali teksi, Uber dan GrabCar dipantau secara sistematik oleh SPAD. GrabCar dan Uber tidak terlepas begitu sahaja, mereka juga perlu membuat pemeriksaan kereta di Puspakom. Pemandu mereka juga perlu berdaftar.


Di bawah ini adalah perincian butiran sebelum akta ini diluluskan untuk di wartakan.

OPERASI E-HAILING
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Mempunyai model perniagaan yang baik.
Syarikat mesti ada sekurang-kurangnya seorang pengarah warga Malaysia.
Pemandu dan kenderaan perlu berdaftar dengan SPAD.
Perlu ada insurans yang akan melindungi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga.
Perlu ada aplikasi yang dikhususkan oleh SPAD seperti keupayaan GPS, sistem 'rating' dan butang keselamatan ketika kecemasan (SOS).

PEMANDU E-HAILING
1. Kad Digital yang akan mengandungi :
- Lesen sah memandu (CDL).
- Kehadiran latihan khidmat pelanggan.
- Melepasi saringan kesihatan di klinik yang diiktiraf kerajaan.
- Tiada rekod jenayah.
- Tidak memiliki saman dan kompoun.
2. Pemandu perlu menghantar kenderaan mereka ke PUSPAKOM setahun sekali selepas 3 tahun kenderaan didaftarkan dengan JPJ.

INDUSTRI TEKSI
Penggunaan tambang yang dinamik.
Kepelbagaian model bagi teksi baharu.
Hantar kenderaan ke PUSPAKOM setahun sekali (sekarang setahun dua kali) selepas 3 tahun kenderaan didaftarkan dengan JPJ.


Semoga konflik Teksi dengan Grabcar dan Uber berakhir dengan terlaksananya Akta e-hailing ini. Masing-masing berusahalah mencari rezeki dengan adil dan saksama. 

No comments:

Post a Comment