Thursday, June 8, 2017

PAKATAN ProDAP LAYAK JADI PEMBANGKANG, BUKAN KERAJAAN




Rakyat jangan mudah  terpedaya dengan hasutan baru Rafizi berkenaan  dana 1MDB kononnya dibayar sejumlah RM9.5 juta telah dipindahkan dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah. Ini merupakan satu lagi siri fitnah Rafizi yang cuba mengalih perhatian rakyat terhadap pergolakan dalam Pakatan ProDAP yang masing-masing bermimpikan kerusi Perdana Menteri.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam satu temuramah berkata, apa-apa berita atau dakwaan yang datang dari Rafizi perlu dilihat dengan satu timbangan yang tertentu kerana kewibaan beliau yang banyak tercalar dengan berita-berita yang tidak sahih dan fitnah. "Beliau adalah "spin doctor", apabila dia mendapat berita yang separuh benar, dia suka war-warkan. Kadangkala tanpa ada bukti-bukti kukuh yang mana akhirnya dia terpaksa berdepan dengan tindakan mahkamah dan dijatuhkan hukuman. 

Ini adalah kerana keghairahan beliau untuk menjadi bahan berita, dengan ada sedikit bahan cerita beliau suka menokok tambah. Bagi saya apa-apa sahaja yang datang dari Rafizi berdasarkan track rekodnya  perlulah dilihat dengan rasa sangsi. 

Lagi pun pembangkang ini perlukan cerita-cerita panas untuk terus hidup dimata rakyat. Kononnya mereka bekerja untuk rakyat, padahal tak ada satu pun usaha mereka yang membantu rakyat. Semuanya dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional. 

Sebenarnya rakyat sudah muak dan mangli dengan isu-isu yang dibawa oleh pembangkang terutamanya Rafizi, apatah lagi isu 1MDB yang sudah lama kerajaan selesaikan. 

Mereka sesama sendiri pun mempunyai masalah yang tidak boleh selesai. Sehingga kini masih berbalah tentang calon Perdana Menteri. Masing-masing membawa agenda parti sendiri. Mereka tidak ada asas dasar pejuangan sendiri.  Hidup mereka berdasarkan isu bukannya dasar, sebab itulah apa yang kita lihat mereka hanya mainkan isu agar rakyat bangkit marahkan kerajaan, itu sahaja yang mereka boleh lakukan. Tidak ada apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara yang mereka bawa.  

Justeru itu mereka hanya layak untuk sekadar menjadi pembangkang, kerana mereka tidak ada kemampuan untuk menjalankan tugas berkhidmat kepada rakyat seperti yang dilakukan Barisan Nasional. 

No comments:

Post a Comment