Friday, March 31, 2017

PAS PERTAHAN TINDAKAN KERAJAAN / UMNO

Pindaan Akta 355 : PAS Bentang !

Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. PAS telah membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 pada 26 Mei 2016 buat kali yang pertama pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke 13 dan perbahasannya ditangguhkan ke persidangan berikutnya.

2. Kali kedua PAS membentangkannya dengan sedikit pindaan terhadap draf asal pada 24 November 2016 di Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke 13. Sekali lagi PAS memilih untuk menangguhkan perbahasan ke persidangan berikutnya bagi memberi ruang secukupnya kepada ahli parlimen membuat kajian terhadap pindaan yang dicadang serta persediaan perbahasan.

3. Pada 17 March 2017 yang lalu, YAB TPM Dato' Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Barisan Nasional lah yang akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke 13 ini. Sementara PAS tidak pula pernah berunding dan mengumumkan untuk tidak membentangkan pindaan akta tersebut.

4. Ekoran pengisytiharan tersebut, meskipun PAS belum menyatakan sikap rasminya kepada umum, kenyataan YAB TPM itu dilihat sebagai satu option yang boleh diguna pakai bagi mengurus status dan format Pindaan Akta 355 bagi kali ini.
5. Namun pihak musuh politik PAS segera mencetus propaganda kononnya PAS telah ditipu oleh BN. Setelah sekian lama PAS berusaha membawa Pindaan Akta 355 ke parlimen dan mengorbankan segalanya, maka sepantas kilat BN pula "take over".

6. Semalam 29 March 2017, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Abd Razak pula mengisytiharkan bahawa kerajaan BN tidak akan membentangkan Pindaan Akta 355 tersebut ke parlimen, sebaliknya kekal sebagai Rang Undang-Undang Persendirian. Ertinya ia akan dibentangkan oleh PAS sebagaimana sebelumnya.

7. Pengisytiharan itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah "kekal pada format asal". Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam 'mode standby' bagi menghadapi perbahasan di parlimen.

8. Hanya beza jika kerajaan BN bentang maka ia menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu Rang Undang-Undang Persendirian maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan dewan.

9. Sekali lagi musuh politik PAS pantas mencaras kononnya PAS menjadi mangsa "game" UMNO dan BN. Entahlah, mana satu yang betul ?

i- Jika PAS bentang, mereka kata PAS diperalat oleh UMNO dan BN, kenapa tidak kerajaan BN sahaja yang membentangnya ke parlimen ? Bukankah UMNO menyokong ?, maka sepatutnya BN yang bentang, bukan PAS.

ii- Apabila TPM umum kerajaan BN yang akan bentang Pindaan Akta 355, mereka juga "meloncat tidak ketahuan punca" kononnya PAS kena kencing oleh UMNO. Pada mereka, serba tidak kena.

10. Sikap PAS tidak berubah. Persediaan PAS tidak terjejas. Kedua-dua menjadi option yang boleh dipertimbangkan. PAS sejak awal memperjuangkannya.

i- Pertengahan jalan pihak kerajaan mahu mengambil alih, pihak PAS tidak bermasalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti dan berjaya dipinda.

ii- Kemudiannya mereka tidak jadi mengambil alih. Ianya mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu. Insyaallah PAS akan meneruskan langkahnya menuju destinasi dengan langkahan bergaya tanpa tempang.

iii- Maka PAS sedia untuk bentang Pindaan Akta 355 dan terus bersedia untuk membentang dan membahaskannya pada bila - bila masa.

Perkasakan Syariat Rakyat Sejahtera

Sekian.

Thursday, March 30, 2017

UEC - DENGAR DULU PENJELASAN





UEC  -Ramai yang tidak mengetahui bahaw UEC ini  telah pun diiktiraf oleh kerajaan sebagai sijil kemasukan ke universiti Swasta dan juga untuk masuk ke maktab perguruan

Namun pengiktirafan ini tidaklah bermaksud pengiktirafan secara keseluruhan. Masih ada terma-terma yang UEC masih lagi tidak penuhi. Oleh itu UEC tidak di iktiraf secara spesifik sebagai sijil kelayakan untuk masuk ke IPTA dan untuk memohon perjawatan di perkhidmatan awam.

Hanya dua mauduk ini sahaja yang belum diiktiraf. Mereka yang tidak memahami isu ini termasuk sudah tentulah tidak pernah mengambil tahu tentang duduk perkara ini yang sebenarnya.

Justeru itu timbul persoalan, kenapa ia belum diiktiraf (untuk masuk ke IPTA  memohon perjawatan di perkhidmatan awam). 

Ada dua isu yang UTAMA  punca ia tidak diikitraf untuk masuk ke IPTA  memohon perjawatan di perkhidmatan awam. Yang pertama ia berkenaan level BAHASA MELAYU. Peperiksaan Bahasa Melayu mereka tidak setara dengan peperiksaan Bahasa Melayu  SPM. Yang kedua pula, kontent sejarah yang mereka ajar tidak memenuhi piawaian atau standard yang telah ditetapkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia. 

Apa yang menjadi masalah dalam mata pelajaran Sejarah dikatakan 30 peratus sejarah dunia, 30 peratus sejarah negara China 30 ke 40 peratus sejarah Asian yang mana sejarah Malaysia dikatakan sebahgian dari sejarah Asian.  

Sebab itulah kita perlu ada satu hubungan yang positif supaya tidak berlaku salah faham. Sebab itu perlu dicari jalan penyelesaian melalui perbincangan. Dan perbincngan ini tidak akan berlaku jika kita tidak mahu duduk dan mendengar, barulah satu keputusan dapat dibuat dengan harmoni. 

Oleh itu isu iktiraf atau tidak itu terletak kepada keputusan kerajaan dan buat masa ini keputusan ini masih tergunapakai, UEC belum boleh lagi diiktiraf berdasarkan keadaaan semasa kini. 

Hasil dari penjumpaan dan perbincangan secara mata ke mata, Dong Zong mengakui pendidikan Bahasa Melayu UEC semaemangnya begitu, mereka akui masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh kementerian. Namun ada sedikit percanggahan tentang sejarah. Dong Zong mengatakan sejarah Malaysia lebih 50 peratus diajarkan dalam kurikolom mereka. Ia memang benar ia tidak cukup 100 peratus, dan tidak memenuhi kurikolom kebangsaan. 


UEC tidak boleh dilihat secara perkauman, UEC bukan soal orang Cina, UEC ini soal pendidikan dan soal Content yang perlu menepati dasar pelajaran kebangsaan, perlu mematuhi akta pelajaran dan perlu mematuhi perlembangaan negara. Tidak ada kompromi.



SIAPA "TOK LEBAI" TU AZMIN ? SOAL PAS SELANGOR





Pas Selangor menuntut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan penjelasan, selepas Menteri Besar itu sekali lagi dilihat 'membelasah' kepemimpinan Pas ketika berucap dalam sebuah majlis anjuran PKR, yang videonya kini tular di media sosial.


Setiausahanya, Mohd. Khai­rud­din Othman berkata, penjelasan adalah perlu bagi memboleh­kan Pas Selangor mengetahui maksud sebenar Mohamed Azmin dalam memperlekehkan perangai 'tok lebai' susulan perang mulut dengan kepemimpinan parti itu ditujukan kepada siapa.

“Kita (Pas Selangor) tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Mohamed Azmin di sebalik kenyata­annya itu, jadi kita akan minta penjelasan daripada beliau. Siapa yang dia nak rujuk sebenarnya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.


Sejak semalam, video ucapan Mohamed Azmin yang memperlekehkan 'tok lebai' berpera­ngai hodoh dipercayai ditujukan kepada pemimpin Pas tersebar dan kenyataan tersebut susulan kepada sindiran sinisnya kepada Ketua Pemuda Pas, Nik Moha­mad Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam ucapannya itu juga, Timbalan Presiden PKR tersebut mendakwa, beliau tersinggung apabila pemimpin Pas membuat kenyataan terbuka mahu meram­pas Selangor yang kini ditadbir PKR.

Diminta mengulas lanjut ke­nyataan dibuat Mohamed Azmin itu, Mohd. Khairuddin berkata, Menteri Besar perlu mengelak daripada membuat kenyata­an terbuka kerana dibimbangi pemahaman rakyat berbeza de­ngan niat sebenar yang hendak disampaikan.

Menyentuh mengenai masa depan hubungan Pas dengan PKR pula, beliau mengulangi pendirian bahawa sebarang keputusan mengenainya hanya boleh dibuat dalam muktamar parti itu yang akan berlangsung pada April ini.

Menurutnya, usul memutuskan hubungan Pas dengan PKR masih belum dimuktamadkan dan setakat ini, hanya empat Dewan Pemuda Pas kawasan meluluskan usul itu daripada 22 Pas kawasan di seluruh Selangor.

“Bagaimanapun, sebarang ca­dangan mengenai kedudukan hubungan Pas dan PKR di Sela­ngor ini, eloklah dapatkan pandangan pimpinan Pas di Selangor terlebih dahulu. Kita ada data kawasan mana yang boleh ma­suk (menang) dan kawasan mana kita tak boleh masuk,” ujarnya.



Wednesday, March 29, 2017

RAFIZI DEDAH KEKAYAAN, PUAK BUNGA BENGANG !





Selepas menonton video Rafizi di TV3 dan media sosial yang menghentam dengan begitu teruk sekali terhadap keluarga Tun Mahathir, saya lihat kedua-dua pihak menjadi PEKAK, BISU DAN TULI.


Sebelah pihak Rafizi menyesal tak sudah membongkarkan hal ehwal keluarga Tun. Nak u-turn pun dah terlambat. Kata Pepatah Melayu bijaksana, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata - padan muka Rafizi.


Manakala disebelah pihak bunga pula, tentu mereka tidak puashati dengan Rafizi, tapi apa boleh buat Rafizi telah menjadi teman seangkatan mereka dalam Pakatan Tak Boleh Harap.


Saya menjangkakan pada PRU 14 nanti masing-masing akan kembali menunjukkan wajah sebenar mereka. Mungkin Hantu Raya, Jembalang, Polong dan Pontianak akan keluar menunjukan diri masing-masing.

Sebenarnya ada banyak lagi yang akan didedahkan, kita buka satu persatu sampai terlondeh.

PEMUDA  SELEMPANG  MERAH 

MINTA MAAF ! NURUL IZZAH BENAR, SAYA SALAH




BENAR KATA-KATA NURUL IZZAH WALAUPUN DIA PEMBOHONG

Saya terpaksa akui kebenaran kata-kata pembangkang terutama Nurul Izzah. Walaupun terpaksa menebalkan muka, kebenaran tetap dipertahankan.

Nurul beberapa kali dalam ceramahnya menyatakan "Kerajaan tak boleh menipu rakyat lagi, mejoriti rakyat sekarang semakin cerdik. Mereka tahu kerajaan mana yang patut dipilih pada PRU akan datang (PRU13)".

Oleh itu saya melihat kata-kata nurul ini sangat benar, terutama apabila selepas melihat "tragedi" RESEDENSI KERINCI saya bertambah yakin, mejoriti rakyat memang bertambah cerdik berbanding yang tak berapa cerdik.

472 penduduk meletakkan keyakinan mereka kepada kerajaan pimpinan DS Najib berbanding 35 orang yang terpedaya dengan tipu helah Nurul Izzah.

Jelas terbukti kata-kata Nurul, MEJORITI RAKYAT SEMAKIN CERDIK .

RAMAI JADI SAWAN KERANA FOREST CITY




Ada Orang Kurang Akal (OKA) mengatakan kerajaan membawa masuk komunis 700,000 komunis ke dalam negara, dalam erti kata lain membawa masuk 700,000 warga negara China ke Forest City. Sedangkan dahulu Tok nenek kita berjuang menentang komunis. 

Dia lupa ke atau dia tak baca sejarah. Yang kita tentang dahulu adalah Parti Komunis Malaya yang mengancam keselamatan negara. Yang mengangkat senjata dan membunuh bangsa kita. Pemimpin kita bersemuka dan membuat rundingan dengan mereka pun, tetap mereka berdegil. 

Sedangkan yang kerajaan hari ini menjalinkan kerjasama ekonomi antara negara dengan negara. Hubungan diplomatik negara kita dengan negara China pun berada ditahap yang terbaik ketika ini. Tidak ada sebab kita perlu bermusuhan dengan ideologi mereka. Mereka pun tidak ada niat nak memerintah negara kita seperti DAP yang terang-terangan anti Melayu dan Islam. 

DAP bukan parti komunis, akan tetapi kebanyakan pemimpin mereka anti Melayu dan Islam. Jadi kita tetap menentang mereka atas sebab itu. 

Sunday, March 26, 2017

HADIAH UNTUK RAKYAT DI AYER HITAM


Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong bersama Menteri Besar Johor, YAB Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin turun padang melawat kawasan parlimen Ayer Hitam, Johor.

Bermula dari awal jam 8 pagi, YAB Menteri Besar bersama Datuk Seri Wee telah diberi sambutan meriah oleh rakyat dari pelbagai kaum di Ayer Hitam. 

Dalam lawatan kerja ini, YAB Menteri Besar telah sudi merasmikan dewan serbaguna SJK (C) Yong Peng 2. Dewan ini dibina dengan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak RM350 ribu.

YAB Menteri Besar juga turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM150 ribu disalurkan kepada SJK (C) dalam kawasan Ayer Hitam. Jelas sekali kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap pendidikan semua kaum. 

Dalam kesempatan itu juga, YAB Menteri Besar bersama Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong turut melawat kampung Parit Awang, Ayer Hitam membawa berita gembira kepada penduduk sana iaitu pengumuman peruntukan RM2.6 juta untuk pembinaan Masjid Ar Rahman di kampung tersebut. 


Selepas itu rombongan YAB Menteri Besar telah mengunjungi Kompleks Bazar Niaga Bandar Baru dan gerai-gerai lama Jalan Johor. YAB Menteri Besar dan Datuk Wee sempat beramah mesra dengan pemilik-pemilik gerai. Menteri Besar juga turut menandatangani plak pengisytiharan Kompleks Bazar Niaga di Bandar Baru Ayer Hitam.

Bagi penyelenggaraan dan naik taraf jalan kampung,jalan negeri dan PBT,  YAB Menteri Besar telah mengumumkan Kerajaan Negeri akan memperuntukan RM21.833 juta.

YAB Menteri Besar juga turut mengumumkan kelulusan pembinaan rumah mampu milik dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng, Ayer Hitam. Projek rumah mampu milik ini  membolehkan lebih ramai rakyat Ayer Hitam dapat memiliki rumah idaman mereka dengan harga yang lebih rendah. Projek ini akan dilaksanakan di atas tanah seluas 33 ekar dan merangkumi Pakej A bernilai RM42,000 seunit dan Pakej B (RM80,000). 

Sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan kerana tidak meminggirkan pembangunan di kawasan parlimen Ayer Hitam. 




Selain itu YAB Menteri Besar juga telah membawa beberapa berita baik kepada seluruh warga Ayer Hitam hari ini. Parlimen Ayer Hitam akan menerima peruntukan berjumlah RM43 juta daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan projek-projek baharu dan yang sedang berjalan.

Selain untuk membantu menyelesaikan masalah setempat, peruntukan tersebut juga adalah bagi memenuhi kehendak serta keperluan masyarakat di situ.

Berikut adalah pecahan peruntukan yang telah diumumkan oleh MB: 

1. Pemberian Hak Milik Tanah kepada 15 orang penduduk di Kg. Sawah Sagil.


2. Pembinaan Rumah Mampu Milik:

– Rumah Rakyat Yong Peng di atas Tanah Rizab seluas 33 ekar
– Pengambilan Balik Tanah di Parit Sumarto seluas 5 ekar

3. Pembinaan sebuah lagi Sekolah Agama Fasa 6 di Kg. Parit Tengah, Mukim 7.


4. Pembinaan Projek Pam Penggalak di Kg Sg Beliat (RM3.7 juta)


5. Pembinaan Masjid:

– Masjid Ar Rahman, Kg. Parit Awang (RM2.6 juta)
– Masjid Kg Parit Haji Ali (RM2.5 juta)

6. Sistem Perparitan di Parlimen Ayer Hitam:

– Bina baharu dan naik taraf jalan-jalan ladang (RM1.844 juta)
– Selenggara dan naik taraf Jambatan Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Pagar (RM1.480 juta)
– Mengganti dan selenggara lintasan konkrit rumah-rumah yang telah usang (RM1.850 juta)
– Selenggara dan mendalamkan parit pertanian sedia ada (RM2.568 juta)

7. Selenggara dan naik taraf jalan kampung, jalan negeri dan PBT (RM21.833 juta)


8. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM150,000)

– Pembinaan Dewan Terbuka di SJKC Yong Peng 1
– Baik pulih pagar SJKC Kangkar Baharu
– Baik pulih pagar SJKC Lam Lee
– Baik pulih siling SJKC Malayan
– Bina pejalan kaki berbumbung Sekolah Tinggi Yong Peng

9. Naik taraf padang sekolah SMK Suria Perdana, Parit Semarang (RM200,000)


10. Pemasangan 329 batang lampu jalan.


11. Baik pulih Dewan Putra Ayer Hitam (RM200,000)



12. Pembinaan Dewan Muafakat di Bandar Baru Ayer Hitam (RM4.1 juta)


TERIMA KASIH KERJAAN BARISAN NASIONAL !





Saturday, March 25, 2017

LIMA'17 TAMPILKAN SEKTOR KOMERSIAL BERBANDING KETENTERAAN



LIMA ‘17 telah membawa perspektif baru yang menarik bagi pertumbuhan maritim dan aeroangkasa terutamanya di rantau ASEAN ini.

Ini menarik minat kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain dan Rusia untuk menyertai LIMA kali ini. Bahkan terdapat 10 negara baru turut menyertai LIMA'17 kali ini antaranya Austria, Belanda, Poland dan Ukraine.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pempamer yang terlibat hadir daripada sektor komersial juga meningkat naik dengan jumlah tertinggi berbanding penganjuran sebelum iaitu le­bih dari 45 peratus.

Bagi meningkatkan promosi sektor penerbangan awam dan maritim, kementerian akan memberi lebih penekanan kepada sektor komersial pada tahun ini. Daripada keseluruhan 555 pempamer, 240 merupakan mereka yang terlibat dalam industri komersial, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Pameran yang akan berlangsung pada 24 hingga 25 Mac akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Para delegasi sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk mengukuhkan rangkaian mereka dalam sektor ini kerana LIMA'17 telah menarik minat mereka terutama bagi pertumbuhan maritim dan aeroangkasa di rantau ini. 


Liow menjelaskan, pihak kementerian melalui Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menganjurkan edisi kedua Sidang Kemuncak Penerbangan Awam ASEAN bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Rabu ini. 

“Bertemakan Kelestarian Pe­nerbangan Awam Hijau Global, sidang kemuncak ini bakal dihadiri oleh menteri-menteri pengangkutan ASEAN selain kumpulan utama pemegang berkepentingan kerajaan, pe­ngawal selia industri, syarikat penerbangan dan lapangan terbang, pengeluar pesawat serta pembekal perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO).

“Sidang ini diadakan susulan daripada kejayaan sidang pertama pada LIMA ‘15. Selain itu Forum Ketua Agensi Ke­selamatan Maritim Asia Pasifik kendalian Jabatan Laut Malaysia akan turut diadakan pada 20 hingga 23 Mac sekali gus memberi penekanan terhadap kelestarian alam sekitar bagi sektor maritim,” katanya.




GEGARAN SITI KASIM




Saya dengar sendiri beberapa kenyataan seorang makhluk yang terhasil daripada goncangan menyatakan seorang lelaki memberitahunya "Tuhan"terhasil daripada energy, getaran dan sebagainya.


Cukup menarik apa yang dia cuba sampaikan walaupun jelas kelihatan dia dalam KESESATAN. Namun dalam satu segi ia menunjukkan makhluk ini cuba mengunakan otaknya untuk mencari Tuhan, berbanding lazimnya manusia lain yang menerima Islam sejak lahir amat jarang "mencari" tuhan walaupun mereka kenal Allah itu Tuhan mereka.
Dalam pada itu pun dia berani menyatakan dia lebih kenal Islam dari orang lain. Sehinggakan dia menyanggah beberapa ketetapan undang-undang yang dibuat khas untuk umat Islam.


Makhluk ini juga bersyukur kerana "tuhan" (mengikut konsep pemahamannya) menciptakan manusia bukan Islam. Kerana mereka bersama-samanya menentang undang-undang yang baginya diciptakan oleh agamawan Islam. Dia juga berharap mereka membiakkan benih-benih seperti ini lebih ramai.


Pada pendapatnya pindaan undang-undang Islam ini adalah helah ahli politik dan agamawan Islam untuk membawa negara ini kepada undang-undang Islam terutama hudud. Saya tidak pasti sejauh mana pemahamannya tentang Islam dan hudud.
Banyak sekali kontradiksi dalam kenyataannya. Namun saya memilih untuk tidak mencemuhnya kerana ia tidak akan mengubah apa-apa. Makhluk yang "bertuhankan" energy keegoan tidak akan mendengar apa apa penjelasan ketika ini melainkan "kebenaran" dari kaca matanya.


Terpulanglah kepada kebijaksanaan kerajaan dan agamawan Islam untuk menangani serangan makhluk ini. Kekeliruan dan kecelaruan yang dibawanya perlu ditangani segera dengan bijak. Jangan sampai ia menjadi satu ajaran baru kepada masyarakat Islam.

TAKUT TEMBELANG KIT SIANG PECAH, DAP BUAT LAPORAN POLIS






Cakaplah macam mana sekalipun, berlakonlah apa watak sekalipun, waimma pakailah songkok ke, lebai ke, jubah Tok Arab ka,  Lim Kit Siang tidak boleh menafikan bahawa dia sememangnya anti Melayu dan Islam. Tengok riak muka pun kita boleh tahu. 

Ekoran daripada pengumuman Tan Sri Annuar Musa (TSAM) mengadakan pertandingan penulisan artikel berkenaan dirinya sebagai seorang yang anti Melayu dan Islam, ahli parlimen Gelang Patah yang sentiasa tidak ada di kawasannya bertindak menyuruh beberapa "ekor" budak suruhannya yang terdiri daripada beberapa pemimpin pembangkang membuat laporan polis terhadap Tan Sri Annuar Musa. 

Ini merupakan satu lagi siri drama Lim Kit Siang untuk mengabui mata rakyat kononnya dia bukannya seorang anti Melayu dan Islam. 

Tak usahlah hendak berlakon, jika dibuat filem berkenaan Siri anti Melayu dan Islam YB Gelang Patah ini, tentu lebih dari 50 episod baru siap drama ini. 

"Drama" terbaru Lim Kit Siang ini dihadiri dan dijayakan oleh Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Damansara Utama dari DAP, Yeo Bee Yin di Balai Polis Damansara. Laporan ini dibuat pada jam 10 pagi. 

Turut hadir membuat laporan polis itu ialah ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San; Ahli Jawatankuasa Eksekutif Sosialis Muda DAP (DAPSY), Dyana Sofya dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Edry Faizal Eddy Yusof. Semuanya bagaikan lembu yang sudah dicucuk hidung. 

Menurut mereka, laporan polis dibuat kerana kerana beliau (TSAM) cuba mempromosikan kebencian menerusi pertandingan karangan yang menawarkan hadiah benilai RM10,000. Dia kata semua orang boleh menang, kalau orang nak menang apa mereka buat? Mempromosikan dasar kebencian antara satu sama lain.

“Ini sangat bahaya. Kita mahu dia disiasat serta bimbang akan keselamatan Kit Siang. Beliau (Kit Siang) biasanya datang Petaling Jaya dan tinggal di SS2, jadi kami perlu juga buat laporan di sana untuk memastikan polis melindungi keselamatan beliau. Ini sangat-sangat bahaya,”.

Yeo mendakwa, tindakan Ketua Penerangan UMNO itu mempromosikan kebencian dalam kalangan rakyat terhadap pemimpin nombor satu parti berkenaan serta secara tidak langsung turut mengancam keselamatan Kit Siang.

Apakah ADUN Damansara Utama itu ingat rakyat sayang kepada Lim Kit Siang ? Berpijak di bumi yang nyatalah YB, rakyat Malaysia rata-rata memang sudah lama membenci Ahli Parlimen yang sentiasa bersikap anti Melayu dan Islam.

Kalau Lim Ki Siang tak anti Melayu, janganlah menentang kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu, jika Lim Ki Siang tidak anti Melayu jangan minta jawatan Perdana Menteri diisi oleh bukan Melayu, jika Lim Ki Siang tidak anti Islam, janganlah menentang undang-undang Islam, Hudud dan RUU 355.

Jika YB Yeo dan Kit Siang perhatikan dengan betul-betul apa yang Tan Sri Annuar Musa umumkan berkenaan Artikel tersebut, beliau hanya menganjurkan pertandingan penulisan artikel berkaitan dakwaan rasis, anti-Islam dan diktator membabitkan Kit Siang berdasarkan FAKTA TEPAT  termasuk daripada dakwaan SAHABAT TERSAYANG Kit Siang, Tun Dr. Mahathir yang dulunya kuat menentang DAP. 

Sebenarnya hendak melondeh wajah DAP sebenar tidaklah susah, Laporan Mangeran 13 Mei 1969 cukup untuk membuktikan DAP dan Kit Siang sememangnya terlibat dalam kempen anti Melayu dan Islam. 

Oleh itu tidak ada salahnya Tan Sri Annuar Musa sebagai ahli dan pemimpin UMNO mengajak rakyat merakamkan sikap anti Melayu dan Islam pemimpin tertinggi DAP tersebut dalam artikel dan sebagainya asalkan ianya BERFAKTA dan berasaskan KEBENARAN. Pemimpin DAP tak boleh menerima kebenaran kah ? 

Dan yang paling menarik, apabila Tan Sri Annuar Musa menaikan lagi jumlah hadiah kepada pemenang dari RM10 ribu kepada RM50 ribu. 

Topik artikel yang dipilih  masih lagi sama iaitu ‘Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai seorang rasis, anti-Islam, anti-Melayu dan juga diktator, apakah benar?’ 
Lim 
Jika ahli DAP ada fakta-fakta yang benar tidak ada masalah untuk menyertai pertandiangan ini dengan syarat artikel ini hendaklah berfakta dan benar. Jika ianya bersifat fitnah seperti yang pemimpin DAP selalu buat tu, ianya  tidak dibenarkan. 

Pertandingan ini sedikit pun tidak menyemaikan kebencian kepada mana-mana kaum pun, tetapi menjurus kepada kebenaran yang berfakta. DAP tidak perlu risau dan takut jika mereka di pihak yang benar. 
salah satu petikan laporan dari buku 13 May


Jika DAP menuduh Tan Sri mempromosi kebencian, apa bukankah selama ini DAP sering menyemaikan kebencian kepada Perdana Menteri dan pemimpin UMNO ? Hari-hari DAP mempromosikan kebencian rakyat kepada kerajaan dan pemimpin UMNO boleh pula ?

Kononnya DAP bimbang keselamatan Lim Kit Siang, lawaklah....sehingga kini tak ada seguris calar pun pemimpin agung DAP tu. Bahkan umurnya sehingga kini masih panjang kerana hidup dinegara yang aman damai di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.   

Tan Sri Annuar Musa sudah menjelaskan, tujuan pertandingan itu bagi membantu pemimpin itu mendapatkan maklumat, gambar, petikan atau sebagainya berkaitan dakwaan bahawa Kit Siang merupakan seorang diktator, rasis dan anti-Islam.

Oleh itu permintaan pemimpin DAP agar Tan Sri Annuar memohon maaf kepada mereka sebenarnya tidak perlu. Tidak ada apa yang perlu dimaafkan, dan pemimpin DAP pun tidak perlu diberi maaf kerana sikap anti Melayu dan Islam mereka tidak pernah padam dari dulu, kini dan mungkin selamanya. 


BUKTI  DAP ANTI MELAYU DARI LAPORAN 13 MEI

Jika Lim kit Siang tidak anti Melayu dan Islam, beliau sewajarnya membuktikannya dengan mengangkat Tun Dr. Mahathir sebagai Ketua kepada PAKATAN TAK BOLEH HARAP.






GEGARAN



Saya dengar sendiri beberapa kenyataan seorang makhluk yang terhasil daripada goncangan menyatakan seorang lelaki memberitahunya "Tuhan"terhasil daripada energy, getaran dan sebagainya.


Cukup menarik apa yang dia cuba sampaikan walaupun jelas kelihatan dia dalam KESESATAN. Namun dalam satu segi ia menunjukkan makhluk ini cuba mengunakan otaknya untuk mencari Tuhan, berbanding lazimnya manusia lain yang menerima Islam sejak lahir amat jarang "mencari" tuhan walaupun mereka kenal Allah itu Tuhan mereka.
Dalam pada itu pun dia berani menyatakan dia lebih kenal Islam dari orang lain. Sehinggakan dia menyanggah beberapa ketetapan undang-undang yang dibuat khas untuk umat Islam.


Makhluk ini juga bersyukur kerana "tuhan" (mengikut konsep pemahamannya) menciptakan manusia bukan Islam. Kerana mereka bersama-samanya menentang undang-undang yang baginya diciptakan oleh agamawan Islam. Dia juga berharap mereka membiakkan benih-benih seperti ini lebih ramai.


Pada pendapatnya pindaan undang-undang Islam ini adalah helah ahli politik dan agamawan Islam untuk membawa negara ini kepada undang-undang Islam terutama hudud. Saya tidak pasti sejauh mana pemahamannya tentang Islam dan hudud.
Banyak sekali kontradiksi dalam kenyataannya. Namun saya memilih untuk tidak mencemuhnya kerana ia tidak akan mengubah apa-apa. Makhluk yang "bertuhankan" energy keegoan tidak akan mendengar apa apa penjelasan ketika ini melainkan "kebenaran" dari kaca matanya.


Terpulanglah kepada kebijaksanaan kerajaan dan agamawan Islam untuk menangani serangan makhluk ini. Kekeliruan dan kecelaruan yang dibawanya perlu ditangani segera dengan bijak. Jangan sampai ia menjadi satu ajaran baru kepada masyarakat Islam.

Friday, March 24, 2017

"Young LPT Supporter." AJAK ANAK MUDA DEKATI PERANAN SPAD



Dalam  menarik anak muda mengenali dengan lebih mendalam kerja dan usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam darat negara, SPAD telah menganjurkan satu sesi interaksi bersama anak muda "Young LPT Supporter." 

Dalam program ini mereka berpeluang mengetahui kerja  di sebalik tirai bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam darat negara. Seterusnya dapat melahirkan satu kepimpinan akan datang yang sedar betapa pentingnya pengangkutan awam darat di kalangan anak muda remaja. 




Seramai 6 orang anak muda yang berumur daripada 16 sehingga 20 tahun telah dipilih untuk program yang pertama kalinya diadakan ini. Keenam-enam anak muda yang terpilih adalah: (1.) @ashraff junior, berumur 20 tahun daripada Kuala Lumpur, (2.) Budak Bas JB berumur 17 tahun daripada Skudai Johor, (3.) @razim, berumur 22 tahun daripada Kulim, Kedah, (4.) @amirur rashid zaid, berumur 17 tahun daripada Pontian Johor, (5.) @ho yee tat adison berumur 17 tahun daripada Kelana Jaya, Selangor dan @aliff mohd rafik, berumur 16 tahun daripada Kuala Lumpur.


Semasa sesi tersebut (bermula pada 20 Mac 2017), mereka telah mengunjungi pelbagai tempat menarik, bermula dengan ibu pejabat SPAD. Anak-anak muda ini telah berpeluang untuk bertemu dengan YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD dan diberikan penerangan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif serta fungsi-fungsi SPAD. 


Seterusnya mereka telah dibawa ke Terminal Bersepadu Selatan bagi penerangan mengenai operasi bas Kemudiannya mereka telah mengunjungi Bas Academy RapidKL, Cheras Selatan, di mana mereka diberi peluang untuk mencuba simulator bas yang digunakan untuk melatih pemandu bas RapidKL. Akhir sekali mereka dibawa untuk melawat depoh MRT bagi penerangan mengenai operasi MRT pihak Rapid.



LELAKI HINA SULTAN JOHOR DITAHAN

GAMBAR SEBAGAI HIASAN


Polis Johor menahan seorang lelaki yang dipercayai bertindak memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, lelaki itu ditahan di pekarangan Balai Polis Baling, Kedah pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Menurutnya, penahanan lelaki itu dibuat dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.


“Turut dirampas tiga buah telefon bimbit, tiga kad sim, lima kad memori dan satu pemacu pena,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE



AZALINA "BELASAH" KHALID SAMAD, HANIPA MAIDIN SAMPAI BISU



Bebe­rapa wakil rakyat pembangkang hari ini ‘disekolahkan’ apabila secara semberono membuat tu­duhan kononnya keputusan ke­rajaan mahu semakan semula keputusan tun­tutan Pulau Batu Pu­teh yang sebelum ini memihak kepada Si­nga­pura dilakukan atas dasar politik.

Sebaliknya, Mente­ri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa semakan semula itu adalah hak Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

Beliau pada masa sama menzahirkan kekecewaan terhadap sikap Moha­med Hanipa Maidin (PAN-Sepang) dan Khalid Samad (PAN-Shah Alam) yang mempersoalkan tindakan kerajaan dan Peguam Negara itu dengan menyifatkannya sebagai mainan politik.


“Ini bukan rayuan, ini semakan semula. Yang Berhormat sebelah sana pakar perundangan seperti Sepang, bukalah laman web Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), ada siaran akhbar bertarikh 3 Februari 2017. Yang bertanya macam tidak buat kajian.

“Ada bukti baharu dan semakan dalam tempoh masa diberikan, ini bukan mainan politik, ini maruah negara. Yang tanya itu mainan politik, semua kita buat politik, semua kita buat ada niat, semua kita buat untuk pilihan raya, ini maruah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan Azalina itu menyebabkan Mohamed Hanipa senyap membisu dan hanya Khalid yang bangun mencelah cuba mempertahankan pertanyaan beliau.

Mengulas lanjut, Azalina mem­beritahu, Malaysia membuat ke­putusan untuk semakan semula keputusan tuntutan itu kerana telah menemui bukti baharu.

Berikutan itu, beliau mene­gaskan tidak timbul isu mainan politik dan mahu kaburi mata rakyat sebaliknya semua pihak termasuklah penyokong kerajaan atau pembangkang perlu memberi sokongan 100 peratus.

“Menang kalah soal kedua, yang penting tuntut hak kita. Kita boleh berlainan dari segi politik tetapi soal kedaulatan, maruah mesti dipertahankan,” jelas beliau.



KAD MERAH, PUNCA MALAYSIA DIBELASAH



Skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara tewas 4-0 di tangan Thailand pada aksi kedua Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebentar tadi.

Lebih memeritkan, perlawanan tersebut dicemari tiga layangan kad merah kepada skuad kebangsaan, menyaksikan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi, penyerang Safawi Rasid dan pemain tengah Ahmad Khairil Anuar dibuang padang.

Biarpun beraksi dengan hanya 8 pemain untuk tempoh 15 minit terakhir akibat dibuang padang, namun anak-anak buah Frank Bernhardt tetap memberi saingan kepada barisan negara Gajah Putih itu.


Keempat-empat gol Thailand disumbang oleh Sittichok Kannoo pada minit ke-19 menerusi sepakan penalti, Sasalak Hariprakhon (minit ke-60), Phitiwat Sookjitthumakul (minit ke-65) dan Tanasith Siripala (minit ke-90).

Skuad projek Sukan SEA 2017 itu bakal berdepan Singapura Ahad ini dalam usaha memburu tiga mata pertama setelah terikat 1-1 dengan China pada aksi pembukaan, Selasa lalu. - UTUSAN ONLINE


Thursday, March 23, 2017

PEMANDU AKAN DI KENAKAN TINDAKAN : SPAD BERTINDAK

NYAWA PENUMPANG DALAM BAHAYA !


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan segera terhadap pemandu bas  yang membawa kenderaan tersebut secara merbahaya. Bas yang diviralkan dalam satu video yang berdurasi 53 saat menunjukkan cara pemanduan yang membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Dalam video tersebut salah seorang penumpang dari kenderaan yang kelihatan dikejar bas tersebut merakam insiden bas yang dipandu secara merbahaya di Lebuh raya Karak. Berdasarkan video tersebut, keederaan yang dinaikinya dipercayai cuba dihimpit oleh pemandu bas tersebut.

Bas yang dimiliki oleh Syarikat Darul Naim Express Sdn. Bhd. akan dikenakan tindakan oleh SPAD. SPAD akan menyiasat kes ini mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi pemandu bas tersebut adalah pemandu kenderaan awam yang boleh jadi ada penumpang didalamnya. Jika berlaku kemalangan tentu insiden ini lebih buruk akibat. Perkara seperti ini perlu dicegah dan mereka yang melakukannya perlu diberi hukuman. 

SPAD dalam satu sidang media akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) bagi menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pemandu berkenaan. 

Bagi admin siapa yang membuat onar dulu itu kemudian cerita, tapi yang lebih penting adalah nyawa manusia. Bersabarlah apatah lagi jika anda pemandu kenderaan awam. 



TSAM TARIK DIRI, RAKYAT DAN UMNO LEBIH UTAMA



Tan Sri Annuar Musa (TSAM) mengumumkan penarikan dirinya daripada pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di satu sidang media di Parlimen hari ini. Ini memberi makna DYTM Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal Presiden FAM.  

Keputusan itu dibuat setelah  TSAM menimbang semua perkara antaranya termasuklah kesibukan beliau dalam melaksanakan amanah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada dirinya sebagai ahli parlimen Ketereh. Bahkan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia juga merupakan dorongan untuk beliau menarik diri daripada pemilihan ini. 



TSAM juga berpendapat adalah lebih baik beliau menumpukan untuk kepada pasukan bola sepak negeri Kelantan  dalam meningkatkan lagi program bola sepak dari akar umbi bagi melahirkan lebih ramai lagi pemain berbakat daripada kalangan anak negeri. 

Keputusan ini dibuat sebagai satu tanda penghormatan kepada DYTM Tengku Mahkota Johor (TMJ) agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding. Keputusan ini sebenarnya telah lama beliau suarakan kepada baginda sendiri untuk memberi kemenangan tanpa bertanding kepada baginda. 

TSAM juga menjelaskan keputusan ini dibuat tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, kata beliau "ia merupakan keputusan saya sendiri yang saya lakukan secara jujur dan ikhlas demi kebaikan masa depan FAM dan Bolasepak Malaysia".  

PEMBANGKANG AKUI NAJIB PERDANA MENTERI TERBAIK


NURUL IZZAH TINGGALKAN MEREKA DIKALA KESUSAHAN



MUKADIMAH 


SELEPAS Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, DATUK SERI RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), beliau tetap berkhidmat kepada penduduk Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Meskipun tiada jawatan lagi dalam kerajaan, beliau percaya pengundi dan rakyat di dalam dan luar Lembah Pantai mampu menilai khidmat yang mereka terima daripada wakil rakyat PKR di situ, Nurul Izzah Anwar dalam tempoh dua penggal ini.

Raja Nong Chik ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia ZULK IFLI JALIL di ibu negara semalam yang turut disertai Ketua Penerangan UMNO bahagian itu Datuk Mohamad Sazali Kamilan, menarik perhatian isu-isu yang pernah disensasikan oleh PKR di Lembah Pantai. Ini termasuklah isu hangat membabitkan 34 penduduk Kampung Kerinchi yang ‘berputih mata’ gagal menduduki rumah berharga hampir setengah juta ringgit di Residensi Kerinchi.

Apa sebenarnya berlaku di sebalik cerita 34 penduduk flat empat tingkat Kerinchi yang gagal menduduki rumah baharu di Residensi Kerinchi?


RAJA NONG CHIK: Ini semua berlaku kerana hasutan ahli Parlimen di situ. Dia kata dia tidak hasut mereka tetapi kita (UMNO Bahagian Lembah Pantai) ada bukti jelas melalui video bagaimana dia bawa aktivis pelajar dan sebuah pertubuhan alam sekitar Selangor buat onar di Kampung Kerinchi pada waktu itu. Ini sehinggakan dibawa juga masuk orang Cina dengan berseluar pendek ke dalam surau yang hendak dirobohkan (untuk pembangunan). Kalau dia tidak hasut, 100 peratus mereka tidak akan rugi.

Bukankah sepatutnya 34 penduduk ini ikut jejak lebih 400 penduduk Kampung Kerinchi terima tawaran tinggal di rumah baharu?

Sebenarnya banyak manfaat yang mereka peroleh jika tidak termakan hasutan ini. Antaranya, duit sewa kira-kira RM5,000 pun dibayar untuk berpindah (sewa dibayar oleh pemaju). Apabila berpindah balik (ke rumah baharu) pun mendapat amaun sama. Berpindah pun di kawasan bersebelahan sahaja dekat rumah lama (flat empat tingkat Kerinchi).

Apa yang telah disensasikan pembangkang ketika itu?

Bila projek (Residensi Kerinchi) ini sudah hampir siap, mereka masih tidak puas hati sehingga `ukur ’ kenapa projek itu sudutnya tidak tepat berada di kawasan yang diambil alih. Masa itu menjelang PRU-13, mereka main sentimen kerajaan dan tularkan kononnya BN rampas rumah orang Melayu.
 Baki 34 penduduk ini yang enggan berpindah, kemudian tinggal di PPR. Cuma kita persoalkan mengapa projek yang sama dan usia rumah (lama) yang sama dengan flat empat tingkat Kerinchi yang dimajukan PKNS di Datum Jelatek, Taman Keramat, Kuala Lumpur, kerajaan ­negeri PKR Selangor terus pergi ke mahkamah untuk keluar perintah penduduk supaya berpindah. Penduduk tidak dapat rumah pun, sekadar pampasan sahaja. Itulah yang saya kesalkan terhadap Nurul Izzah Anwar. Lebih pelik lagi, selepas 34 penduduk ini terlepas duduki rumah baharu, boleh pula dia `pusing’ kata Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak layak bercakap atau menyentuh isu 34 penduduk ini. Padahal dialah yang tidak layak bercakap lagi.

Barangkali UMNO Lembah Pantai boleh fikirkan cara untuk bantu 34 penduduk ini?

Ada kalangan mereka yang datang berjumpa dengan wakil saya mohon bantu mereka dapatkan rumah. Saya akan cuba berjumpa dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Kalau diingatkan balik, hampir dua tahun projek (Residensi Kerinchi) ini terpaksa ditangguhkan disebabkan jadi kes mahkamah (berikutan projek dibantah).  Apabila mahkamah putuskan mereka mesti berpindah, kita juga yang dapatkan mereka rumah PPR dan bantu lagi mereka berpindah. Waktu itu Nurul Izzah pun tinggalkan mereka.

Kalau dia sayangkan mereka, mengapa tidak cuba dapatkan rumah baharu untuk mereka di Selangor? Saya kasihan mereka, lagipun mereka ini sudah berumur, ada yang tidak sihat dan impian mereka untuk duduki rumah baharu pun tidak kesampaian. Kalau dapatkan rumah baharu ketika ini, ia tentu suatu hadiah berharga untuk anak-anak dan cucu mereka. Itu yang saya sebak dan kesalkan.

Apa nasihat Datuk Seri kepada orang Melayu di Wilayah Persekutuan termasuk di Lembah Pantai?

Pengundi Melayu merangkumi 40 peratus populasi pengundi ­keseluruhan di Wilayah Persekutuan dengan enam daripada 13 kerusi Parlimen ditandingi oleh UMNO.
 Saya akui peluang untuk BN ambil balik kerusi Lembah Pantai agak sengit. Memang sukar bertempur dengan pihak yang pakar mensensasikan isu. Dia pasti bawa isu-isu nasional dalam kempen PRU-14 nanti berbanding isu tempatan yang banyak diselesaikan oleh UMNO. 
 Saya harap pengundi di Lembah Pantai dapat menilai ­perkhidmatan Nurul Izzah dalam dua penggal ini. Baru-baru ini dia turun beri bunga kepada kira-kira 40 wanita di pasar malam di Lembah Pantai. Itu sahajalah khidmatnya yang menguar-uarkan sesuatu yang populis. Padahal isu-isu pasar malam banyak diperjuang dan diselesaikan BN.
 Oleh kerana 40 peratus daripada kira-kira 76,000 pengundi di Lembah Pantai berada di luar kawasan itu, saya seru mereka agar kembali untuk mengundi nanti. Mereka ini antaranya yang pernah bekerja di KTM, Universiti Malaya, Tenaga Nasional Berhad dan RTM.

Juga, telah mendapat manfaat di situ sejak bermastautin di Lembah Pantai. Mungkin kini sudah balik kampung dan meninggalkan rumah-rumah sewa mereka di kawasan ini. Malah, di rumah PPR hanya 51 peratus sahaja yang benar-benar tinggal di Lembah Pantai. Maka, UMNO dan BN Lembah Pantai seru mereka kembali untuk mengundi nanti.
Semasa PRU-13, saya lihat ramai orang Cina yang tinggal di luar Lembah Pantai termasuklah yang memakai plat kereta dari Pulau Pinang hatta Singapura pun balik mengundi di kawasan ini.

Adakah Datuk Seri yakin pengundi Cina boleh kembali kepada BN di Lembah Pantai?

Sukar saya mahu beri jaminan. Saya bagi contoh yang paling baik. Isteri saya seorang Cina (mualaf). Dia datang dari kampung baharu Cina. Sebelum PRU-13, kami buka pusat khidmat di Taman Seri Sentosa, yang majoriti penduduknya kaum Cina tinggal di rumah kos rendah flat empat/lima tingkat. Perkhidmatan yang diberikan terbaik. Pernah Perdana Menteri pun turun ke situ dalam program mengecat blok rumah di situ. Rumah nampak cantik selepas itu. Daripada harga RM50,000 kini boleh dijual lebih RM100,000. Pusat khidmat pun diuruskan oleh orang Cina. Tetapi apabila tiba pilihan raya, BN kalah teruk di situ.