Friday, March 24, 2017

AZALINA "BELASAH" KHALID SAMAD, HANIPA MAIDIN SAMPAI BISU



Bebe­rapa wakil rakyat pembangkang hari ini ‘disekolahkan’ apabila secara semberono membuat tu­duhan kononnya keputusan ke­rajaan mahu semakan semula keputusan tun­tutan Pulau Batu Pu­teh yang sebelum ini memihak kepada Si­nga­pura dilakukan atas dasar politik.

Sebaliknya, Mente­ri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa semakan semula itu adalah hak Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

Beliau pada masa sama menzahirkan kekecewaan terhadap sikap Moha­med Hanipa Maidin (PAN-Sepang) dan Khalid Samad (PAN-Shah Alam) yang mempersoalkan tindakan kerajaan dan Peguam Negara itu dengan menyifatkannya sebagai mainan politik.


“Ini bukan rayuan, ini semakan semula. Yang Berhormat sebelah sana pakar perundangan seperti Sepang, bukalah laman web Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), ada siaran akhbar bertarikh 3 Februari 2017. Yang bertanya macam tidak buat kajian.

“Ada bukti baharu dan semakan dalam tempoh masa diberikan, ini bukan mainan politik, ini maruah negara. Yang tanya itu mainan politik, semua kita buat politik, semua kita buat ada niat, semua kita buat untuk pilihan raya, ini maruah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan Azalina itu menyebabkan Mohamed Hanipa senyap membisu dan hanya Khalid yang bangun mencelah cuba mempertahankan pertanyaan beliau.

Mengulas lanjut, Azalina mem­beritahu, Malaysia membuat ke­putusan untuk semakan semula keputusan tuntutan itu kerana telah menemui bukti baharu.

Berikutan itu, beliau mene­gaskan tidak timbul isu mainan politik dan mahu kaburi mata rakyat sebaliknya semua pihak termasuklah penyokong kerajaan atau pembangkang perlu memberi sokongan 100 peratus.

“Menang kalah soal kedua, yang penting tuntut hak kita. Kita boleh berlainan dari segi politik tetapi soal kedaulatan, maruah mesti dipertahankan,” jelas beliau.



No comments:

Post a Comment