Friday, November 18, 2016

KOMITMEN SPAD KEPADA PENGGUNA PERKHIDMATAN AWAM





Jika kita lihat sejak tahun 80an, 90an hinggalah hari ini, perkhidmatan pengangkutan awam kita telah berubah dengan pesat dan maju. Bermula dengan Bas bandaran, bas mini di Kuala Lumpur, Intrakota hinggalah kini perkhidmatan pengangkutan awam telah diperlbagaikan dengan LRT, TREN, Bas dan Teksi. 

Inilah tranformasi yang telah dilaksanakan dalam industri pengangkutan awam darat yang diuruseliakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti apa yang diharapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Sejak ditubuhkan SPAD telah membantu kerajaan dari segi aspek perlaksanaan membaikpulih infrastruktur dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam agar lebih lancar, selamat, selesa dan mesra kepada pengguna. 

Contohnya, sebelum ini ramai pemandu teksi mengadu mereka tertekan dengan sistem sewa pajak yang membebankan mereka. Setiap hari mereka perlu membayar RM50 hingga 60 kepada pemilik syarikat teksi. Ditambah lagi dengan kehadiran GrabCar dan Uber yang dikatakan telah menambahkan lagi persaingan sengit antara mereka. 

Justeru itu dalam Program Tranformasi Industri Teksi (TITP), peluang pemandu teksi ini untuk keluar dari sewa pajak terbuka luas. Mereka berpeluang memiliki lesen individu dengan bantuan dari kerajaan berbentuk geran yang berjumlah RM5000. Mereka boleh mengunakan bantuan tersebut sebagai modal untuk membeli kenderaan baru sebagai teksi. Menurut SPAD, sejak 1 September lalu, 1600 permohonan telah diterima oleh pihak mereka. 

Jelas sekali pemandu teksi menyambut baik program yang diusahakan oleh kerajaan. Mereka berpeluang berdikari dan mampu memperolehi pendapatan yang lebih tinggi. Inilah antara usaha yang telah di bawa oleh SPAD bagi membantu meringankan beban pemandu teksi. 

Oleh dengan pada itu, SPAD akan mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perkara ini perundingan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan, Setiap pindaan akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum diluluskan oleh Parlimen. Berharap kelulusan ini dijangka tercapai pada suku pertama 2017 nanti.

Ini bermakna SPAD akan mengendalikan sistem e-hailing yang mana akan mengupayakan operasi UBER dan Grab Car di negara kita. Hal ini bukanlah satu penindasan kepada pemandu teksi akan tetapi ia bakal memberikan lebih pilihan kepada para pengguna untuk memilih. 

Pemandu teksi tidak usah bimbang kerana persaingan sihat perlu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan para pengguna.

No comments:

Post a Comment