Lagi isu berkenaan Bas GO-KL ni tak habis-habis menjadi bahan mereka yang tidak berpuashati dengan usaha kerajaan membantu rakyat dalam negara ini. Kali ini dakwaan kononnya perkhidmatan bas GO-KL ini tidak efisien dan rakyat tidak manfaat dari keberadaannya di tengah-tengah kota.
Sebenarnya tidak perlu diperjelaskan lagi dengan panjang lebar bagi menangkis dakwaan ini kerana perkhidmatan bas percuma GO-KL dimanfaat sepenuhnya oleh rakyat.
Ini dibuktikan sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan yang turun padang melihat sendiri bagaimana bas ini beroperasi dan sambutan yang diberikan oleh rakyat terhadap perkhidmatannya.
Beliau menerima aduan yang menyatakan perkhidmatan bas ini tidak memuaskan, tidak selesa serta tidak dimanfaatkan sepenuhnya seolah-olah bas ini tidak mendapat sambutan dari orang ramai. Namun apa yang beliau lihat adalah sebaliknya, bas ini mendapat sambutan oleh pengguna termasuklah pelancong, para pelajar dan warga kota yang berkerja di pusat bandar dan kawasan sekitarnya.
Adnan yang melakukan lawatan dan tinjauan perkhidmatan bas GO-KL berpuashati dengan keselesaan dan sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan bas tersebut. Bas yang dilengkapi pendingin hawa melalui laluan - laluan utama di ibu kota. Beliau meluangkan masa kurang satu jam menaiki Bas GO-KL dari hentian Pasar Seni serta melalui beberapa hentian utama pusat bandar termasuk Menara Kuala Lumpur, Bukit Bintang dan Pavilion.
Bagi penulis yang sering mengunakan bas ini untuk ke lokasi-lokasi utama merasakan dakwaan sesetengah pihak ini bukan sahaja tidak benar tetapi lebih kepada mempunyai agenda untuk memburuk-burukan usaha baik kerajaan membantu rakyat terutama warga kota.
Pada mula ia dilancarkan pada 2012, Bas GO-KL ini beroperasi dengan memperkenalkan hanya dua laluan iaitu LALUAN HIJAU DAN UNGU. Oleh kerana ada permintaan untuk ke kawasan, bas ini menambah lagi dua laluan iaitu BIRU dan MERAH yang merangkumi laluan utama ibu negara terutama yang beehampiran stesen transit ringan LRT.
Sebenarnya bas GO-KL ini menjadi tumpuan pelancong luar negara untuk ke tempat-tempat utama di Kuala Lumpur. Selain percuma, bas ini memudahkan mereka untuk ke lokasi-lokasi utama di Kuala Lumpur.
Sewajarnya rakyat bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk meningkat mutu perkhidmatan awam secara berterusan. Janganlah mensabotaj dan memburuk-burukan apa yang baik untuk rakyat.
BERSYUKURLAH , RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .
No comments:
Post a Comment